Nuffnang-ADVertisemeNT

Assalamualaikum~~

Tuesday, May 3, 2011

Penantian~~ Menunggu dan terus menunggu~~ (dedicated to Miss Amrien Hamila bt Ma'arop)

Assalamualaikum n hye ALLs~~


today, i've got somethng to write.. its all about my beloved TUTOR~~ enjoy this~~

__________________________________________________________


Setiap hari dan saban hari. Setiap masa dan setiap ketika. masa mengubah sikap manusia. Masa mengubah citarasanya. mengubah jiwa. tetapi hakikat tidak bisa diubah oleh gerakan masa. Kini adalah penamat kepada 1000 penantian dan nanti adalah sesuatu yang dinantikan kepastian.
PPISMP Tesl 3 Semester 2
__________________________________________________________________
Penantian adalah kepahitan. ia juga bisa menjadi kebosanan. kemanisan. kesangsian. dan pelbagai rasa yang rencam. hakikatnya, yang tidak boleh dirubah walau masa menjalar pergi menghampiri penanti. Hakikat penantian akan terus mendebarkan. menenangkan. menakutkan. 
our BELOVED misses~~ Miss Izzati, Miss Amrien & Miss Salma

Apa yang mampu dilakukan, menadah pengharapan mendoakan ketenangan dan ketabahan dari Allah Yang Maha Berkuasa lagi Maha Bijaksana~~
"Ya Allah Ya Tuhanku, Kau permudahkanlah urusan kami, urusan kedua ibu-bapa kami, urusan guru-guru kami" AMIN

thats all for today~~ Salam penantian from Muzakkir~~ 

Insan yang DIRINDUI~~ (dipetik drpd blog asal Tinta Al-Murabbi)



Assalamualaikum... insyaAllah utk post yg sterusnya, kita


 akan mengikuti adab2 MENGHORMATI GURU~~


(dipetik drpd blog asal http://waznulhaq.blogspot.com/2009/04/insan-yang-dirindui.html )






Hati ini terasa berbunga-bunga apabila muncul kotak "Instant Message" dari seseorang yang saya amat rindui! Selama ini, saya agak segan untuk bertegur dengan beliau kerana sering ber'status' bz-kelas~. Tetapi semalam dalam sejarah beliau menghantar sebuah fail microsoft office word bertajuk "ADAB ULAMA' MENGHORMATI GURU". Mempunyai 8 muka surat, saya terasa ingin berkongsi ilmu ini dengan pembaca sekalian, selamat membaca:)

ADAB ULAMA MENGHORMATI GURU

Sesuai dengan ketinggian darjat dan martabat guru itu, maka tidak hairanlah bahawa para ulama sangat menghormati guru mereka. Di antara cara mereka memperlihatkan penghormatan mereka terhadap guru ialah:

1. Mereka merendah diri terhadap ilmu dan guru dan sentiasa menurut perintah serta nasihat guru dan sentiasa meminta pendapat serta pandangan guru dalam setiap urusan mereka.
Mereka mentaati setiap arahan serta bimbingan guru umpama seorang pesakit yang tidak tahu apa-apa yang hanya mengikut arahan seorang doktor pakar yang mahir.

Mereka juga sentiasa berkhidmat untuk guru-guru mereka dengan mengharapkan balasan pahala serta kemuliaan di sisi Allah dengan khidmat tersebut.

2. Mereka memandang guru dengan perasaan penuh hormat dan takzim serta mempercayai kesempurnaan keahlian dan kepakarannya dalam bidang perguruannya. Ini lebih membantu mereka sebagai pelajar untuk memperolehi manfaat daripada guru mereka dan akan mengukuhkan lagi apa yang didengar dan diajarkan oleh guru.
Ulama-ulama salaf sangat memuliakan dan mengagungkan guru-guru mereka. Ini jelas termaktub dalam kisah-kisah tentang akhlak mereka dalam majlis-majlis ilmu dan kesopanan mereka terhadap guru-guru mereka. Sebagai contoh:

- Mughirah berkata: Kami menghormati Ibrahim an-Nakha‘ie sepertimana kami menghormati raja.

- Imam Asy-Syafi‘e pula berkata: Aku membelek kertas di hadapan Imam Malik perlahan-lahan kerana menghormatinya supaya dia tidak terdengar (bunyi belekan kertas tersebut).

- Rabie‘ berkata: Demi Allah aku tidak berani meminum air sedangkan Imam Asy-Syafi‘e memandang kepadaku.

- Sayyidina Ali Karramallahu wajhah berkata: Antara hak seorang alim ke atasmu ialah memberi salam ke atas orang ramai secara umum dan mengkhususkan gurumu dengan penghormatan yang khusus dan istimewa.



3. Mereka sentiasa mendampingi guru supaya mendapat berkat serta beroleh ilmu yang akan tercurah daripadanya pada bila-bila masa serta menjadikannya qudwah (ikutan).

Imam Asy-Syafi‘e misalnya, sejak pertemuannya dengan gurunya iaitu Imam Malik pada tahun 170 Hijrah, hampir tidak pernah meninggalkan gurunya sehingga gurunya itu wafat pada tahun 179 Hijrah. Ini kerana Imam Asy-Syafi‘e tidak pernah meninggalkannya kecuali ketika pergi ke Makkah untuk menjenguk ibunya ataupun pergi ke pusat ilmu dan feqh. Itu pun setelah beroleh keizinan serta restu daripada gurunya. Jika direstui, Imam Malik akan menyiapkan bekal dan memberikannya wang perbelanjaan sambil mendoakan keselamatannya.

4. Mereka tidak menggunakan ganti nama diri seperti "engkau" dan "awak" dan tidak memanggil atau meneriaki guru dari jauh.

Al-Khatib berkata: Hendaklah dia berkata "Wahai guru, apakah pendapat kamu mengenai hal ini?" dan kata-kata seumpamanya. Dan tidak menggelarkannya dengan namanya kecuali disertakan dengan gelaran-gelaran yang menunjukkan penghormatan serta takzim kepadanya. Misalnya syeikh ataupun ustaz atau syeikh kami.

Maksudnya di sini, mereka memanggil guru dengan gelaran yang penuh adab serta penghormatan. Jika nama guru tersebut Muhammad misalnya, maka mereka akan memanggilnya dengan nama ustaz, cikgu, guru kami dan sebagainya dan tidak menyebutkan namanya kecuali disertakan dengan gelaran yang penuh penghormatan seperti Ustaz Muhammad, Cikgu Muhammad dan sebagainya meskipun sewaktu ketiadaan guru itu.

5. Mereka tidak sekali-kali berbantah-bantah ataupun berlawan cakap dengan guru. Sesungguhnya berbantah-bantah itu secara umumnya sudah merupakan suatu perbuatan yang keji, apatah lagi untuk berbantah-bantah dengan guru yang merupakan pembimbing serta qudwah! Perbuatan ini akan menjauhkan mereka sebagai pelajar daripada kebaikan dan merupakan penjerumus kepada kejahatan dan ianya adalah penyebab diharamkan ke atas mereka bermacam-macam bentuk kebaikan.

Sesungguhnya, menuntut ilmu itu adalah satu bentuk ibadah dan salah satu cara untuk mendekatkan diri kepada Allah , bukannya untuk bermegah-megah ataupun untuk berbantah-bantah dengan ilmu tersebut.

Dalam satu hadits riwayat Imam Al-Hakim, Ka‘ab bin Malik Radhiallahu ‘anhu berkata bahawa Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam telah bersabda:

Maksudnya: “Barangsiapa mencari ilmu untuk menyaingi para ulama atau untuk bertengkar dengan orang-orang bodoh atau supaya hati manusia menghadap kepadanya maka ia akan masuk neraka.”

(Hadits riwayat Al-Hakim)

6. Mereka berterima kasih kepada guru atas segala tunjuk ajar serta bimbingannya terhadap segala kebajikan dan tegahan serta tegurannya ke atas segala kekurangan atau kemalasan dan sebagainya bagi memperbaiki diri dan mengganggap teguran, asuhan, didikan serta keprihatinan guru itu sebagai rahmat dan kurniaan yang tak terhingga kepada mereka oleh Allah .
Jika bimbingan serta teguran yang diberikan oleh guru itu sudah diketahui, maka mereka tidak menunjukkan yang mereka sebenarnya sudah mengetahuinya, bahkan mereka menghargai dan berterima kasih atas bimbingan serta keprihatinan guru tersebut terhadap mereka.

7. Jika mereka berhajat kepada guru mereka di luar waktu mengajar sedangkan guru tersebut sedang berehat ataupun tidur, maka guru itu tidak akan diganggu. Mereka akan menunggu sehingga guru tersebut terjaga dari tidur ataupun selesai dari berehat.

Ibnu ‘Abbas Radhiallahu ‘anhuma pernah mendatangi salah seorang daripada sahabat Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam untuk bertanya kepadanya mengenai suatu hadits. Lalu dikatakan kepadanya: Dia sedang tidur. Maka duduklah Ibnu ‘Abbas di muka pintu. Lalu dikatakan kepadanya: Tidak perlukah kita mengejutkannya? Ibnu ‘Abbas pun menjawab: Jangan.



Bersambung~~~

Sunday, May 1, 2011

~~ di satu MALAM yang MALANG ~~ :-(

Assalamualaikum n salam sjahtera to all my beloved friends~~ 
al-kisah, tersebutlah kisah diri tuan hamba ~~ 1 MEI 2011~~ 9.05 pm

Man Utd vs ARSENAL---

stelah slesai menunaikan tuntutan seorang hamba kpd Tuannya, Allah swt, ak segera menggapai helmet and kunci motor yg tersimpan rapi di atas rak di dalam bilik akuw, berkedudukan di tepi sebelah kiri laptop Acer Aspire 4736G... Dgn smangat yg berkobar-kobar utk menonton match between MU and Arsenal, aku terus memecut laju Yamaha 135 LC merahku.. TAPI, tinggal kad dulu at pak guard punya post, well, good student~~   setelah melilau utk beberapa ketika, ak menjumpai spot yg seswai utk melayan game tuh, yaitu Restoran As-Syakirin (dpn gate UNISZA).. xsempat nk matikan enjin, lautan manusia memenuhi ruang makan n perkarangan restoran (dh mcm perkarangan istana dh ak tulis nih)... lps ciap prking, ak melilau carik tmpat duduk, nk dijadikan cerite, ak nmpak ZULI n his brother.. ak pon join skaki~~ ak layan game tuh from minit ke 7 smpai lah half-time but xde sebarang gol dijaringkan.. ak pulang dgn hati yg sedih.. smpai je kat bilik, ak terus bukak livescore.com~~ suddenly, scoreboard menunjukkan Arsenal 1- 0 Man UTD~~ warghhh!!!! what happen???!!! aduyai, ak blik je terus ade score, dh ah Arsenal yg dpt.. tension betol~~ warghh!!!! takpe ah, bg diorang menang plak~~ yg penting Man UTD still on the TOP~~ Glory2 MAN UTD

                                                        0      -      1

Counter Strike - Condition Zero

malam malangku berterusan untuk beberapa jam slps itu~~~ dgn mood yg still down setelah kekalahan MAN UTD, seorang sahabat baik menjmput ak utk join skaki maen CS, lwn team SENIOR~~ at 11.130, ak accept the offer (dh mcm negotiate player laa plak)... keinginan ku utk menang mengatasi segala-galanya sbb td dh kalah (MAN UTD).. masuk2 je terus kene headshot!! @##$!$*!!! (bkn mencarut @ kata-kata kasar) ak terus jerit!! KENAPA LAH MALANG SGT MALAM NIH!!! tp aku x berputus asa, ak terus lawan, lwn n LAWAN!!! stelah penat berperang, score masih lg kurang, 9-2... ak x menghiraukan sume tuh, berjuang bersama rakan CT forces yg laen, jurang score dikurangkan, 9-6.. stelah sejam stengah maen mnatang CS tuh, ak give uP!! ak dh ngantok sgt2 n mau tidow.. rumetku dh tidow sejak kul 11 lagi..

AT 1.30 am, aku pom tidow dgn nyenayknye~~ mulakan hari baru dgn smangat baru~~ 2 MEI 2011 (Tuesday)

kalu camni ah maen, HANCUS!!!

sekian sahaja nukilan tuan hamba~~ renung-renungkan n slamat beramal!!!

Assalamualaikum~~

Saturday, April 30, 2011

Kami semua bakal jadi CIKGU!! C.I.K.G.U.~~

'Sir Muzakkir~~ hihihihi'
Kami akan jadi cikgu 5 tahun lagi.. INSYAALLAH~~ 


Kehidupan seorang guru bukan senang taw :)
becoz we deal dgn human being..
kita ada feeling n anak2 didik kita pon sama..
kadang2 diorang perlukan perhatian n mcm2 lagi..
sometimes kita memangg akan rase tekanan..
tp memang gitu lumrahnye.. be positive.. insyaAllah, all is well
jangan jadik CIkgu camni~~ takot anak2


banyak yg perlu dipelajari sebelum jdik cikgu...
aku ni dh sedia belom jdik cikgu nih??
mcm x jew...
TAPI..
aku excited nk gi SBE atau name penuhnye School Based Experience..
hehehe..
ak nak ngaja SK Padang Mengkuang, skolah rendah aku dulu
tapi kan... aku baru Semester 2 PPISMP...
aduyai, kene tunggu tahun depan jugak lah nampaknya..
SO
from now on, ak da kene blaja camne nk jadi 
seorang CIKGU yg baik...
aku cam nk try jadik cikgu ganti kat SKPM tu nanti...
sekurang2nye sbgai permulaan bagi aku utk jadik cikgu...
fahmi~~


TAPI...
cube imbas balik sebelom2 ni...
banyak kes dlm paper yg mana guru menjatuhkan sendiri status seorang guru...
so sebagai bakal guru,,,
aku ngn kawan2 lain mesti cover balik...
naik taraf status cikgu!!!
yeaaaayyy!!!
kene jugak!!!
supaya masyarakat pndang kami dengan rase hormat...
amin :)

Ya Allah Ya Tuhanku, kau berkatilah perjuanganku ini..
AMIN~~

Sunday, April 24, 2011

Roommate - Kawan.Sahabat.Teman

diam xdiam, dh 2 sem i kat ipg kdri. jadual kat cni mmg padat, buat hidup i bertambah miserable, xtentu hala. otak i jd smakin serabut! haizz... tp i xstres pon. sebab i ada rumet penyayang! dia syg i tangat2. sy punnn.. nama dia Alimi. dia ni mmg comel. i xsgka plak masa mula2 masuk dulu i akan ada rumet sekiut dia. heeee... sukanya sukanya! <3 everytime i ada masalah, pasti dia akan tanya, cuba nk selesaikan masalah2 i. hehe.. baik kan dia. ko ade?? xde kannnn.. HAHA.. dia ni suka kalau diusik bertubi2. lagi2 kalau diperli2, dicubit2 manja.. dia xmarah pon. paling teruk pon dia merajuk. tp xlama pon dia merajuk. kalau buat 'cikucak', msti hilang punye kemerajukan dia tu.. hehe.. i bersyukur sgt dpt rumet mcm dia. dpt mknan free.. mknn berlambak dlm bilik. jimat la duit i.. hehe.. i harap i akan kekal sebilik dgn dia smpai kami kena keluar dr hostel.. :)

Sunday, October 24, 2010

Assignment ICT~~

sahabat2 sekalian... silalah submit bende2 yg sepatutnya~~ power point, iklan n essay...

Sunday, October 10, 2010

Hari ni JAWAB KUIZ ICT~~

dalam kelas ICT mnggu nih.. lecturer aku, En. Ku Lan... menyeru sume pljr2 TESL 4 jawab kuiz ICT.. agak bereh dan senang..