Nuffnang-ADVertisemeNT

Assalamualaikum~~

Friday, July 22, 2011

~~KEMAHUAN -vs- KEPERLUAN~~

Assalamualaikum n hye ALLs~~
today's entri is all about WILL vs NEED~~


Antara kemahuan atau keperluan pasti menjadi taruhan dalam sesuatu pemilihan. Benar, setiap dkali alam kehidupan ini kita pasti akan bertembung dengan pilihan untuk memilih yang mana satu yang menjadi idaman kalbu. Soalnya, adakah ia berupa Kemahuan ATAU Keperluan? aku sendiri juga pernah berdepan dengan keadaan sebegini. Pastinya, berkerut dahi memikir hal sebegini. Nampak ringkas, tetapi rimas . aku akan cuba membawa daripada sudut pandangan aku sendiri dalam memahami kemahuan dan keperluan.

Kemahuan

Kemahuan ini berasaskan kamus Dewan Bahasa & Pustaka yang IR rujuk merupakan dari kata ‘mahu (kata kerja). Bersinonim dengan hendak, ingin, berkeinginan, berkepingin, berhajat, berhasrat, berkenan, bersedia, sanggup, rela, sudi, reda; suka, gemar, berminat, berharap, bercita-cita, berazam, mengidam, dahaga akan, damba akan, berahi akan, sir, embuh, kasik, lepau;, Kata Terbitan : mahu tak mahu, mahupun, semahunya, semahu-mahunya, kemahuan‘


Melihat kepada maknanya aku rasa ia lebih kepada bersifat keinginan kepada sesuatu yang teramat sangat. Bila sudah teringin kepada sesuatu, maka pertimbangan akal akan menjadi nombor dua dalam menentukan keputusan. Walaupun kemahuan itu akan membawa kepada pembaziran, tetapi kerana kita mahukannya, kita inginkannya, maka ia tidak akan dijadikan kewajaran dalam pertimbangan. Mungkin ideologi dalam membuat keputusan aalah berbeza. Namun asasnya tetap sama. Kita terlalu inginkannya. Sebagai kesimpulan paling mudah, aku mengambil contoh telefon bimbit. Kita sedia maklum, telefon bimbit kini menjadi satu kegunaan yang cukup-cukup penting dalam kehidupan seharian. Tidak kiralah jenama Nokia, Samsung, Sony Ericsson dan lain-lain lagi. Aku sudah memiliki telefon bimbit yang biasa2 je pada perkiraan  aku sendiri iaitu NOKIA .. erm ape ntah model dia. Tetapi aku rasa seperti mahukan satu lagi telefon bimbit yang canggih lagi dari yang sedia ada. Maka ini yang dinamakan kemahuan sedangkan keperluan aku sendiri sudah dipenuhi. Muhasabah diri ana kali ini ye.Hehe. Itulah secara peribadi, aku simpulkan kemahuan ini lebih kepada nafsu kerana itu akal selalunya tidak dijadikan asas pertimbangan apabila kita sudah meletakan target kemahuan kita!


Keperluan
Ya. Apakah itu keperluan? Bukankah daripada kemahuan timbulnya keperluan? Mari kita rujuk juga kamus Dewan Bahasa & Pustaka. ‘Keperluan ini merupakan kata dari perlu (kata tugas)’
  1. Bersinonim dengan
    berguna: berfaedah, bermanfaat, mustahak, penting,
  2. Kata Terbitan : memerlukan, keperluan,

Initipati dari maksud keperluan yang aku boleh fahami disini adalah, keperluan merupakan sesuatu yang menjadi wajib dan mesti kerana ia berguna, berfaedah dan lain-lain perkara yang sinonim dengannya. Maka, kesimpulan mudah keperluan merupakan satu perkara yang tidak dapat tidak secara tabi’inya kita memerlukannya. Sebagai contoh aku memerlukan baju untuk bermain. Maka ini merupakan satu keperluan kerana pakaian sememangnya adalah keperluan manusia secara fitrahnya. Try aku bawakan contoh lain. Aku berkehendakan baju kemeja. Pada dasarnya kita melihat ia seolah-olah satu kemahuan. Tetapi ia merupakan satu keperluan kerana baju kemeja tidak sama fungsinya dengan baju yang digunakan untuk bermain. Melihat pemikiran simplistik kita, baju kemeja juga boleh dibuat bermain tetapi adakah ia sesuai dengan peranannya sebagai baju kemeja. Tentu tidak. Anda sendiri boleh menilainya. Kita tiada telefon bimbit, maka, adalah menjadi keperluan untuk memilikinya kerana digunakan untuk berhubung dan seumpamanya. Mungkin apabila kita sudah memiliki telefon bimbit, akan menjadi satu keperluan juga untuk memiliki sebuah lagi telefon bimbit yang baru. Ringkasnya ia bergantung kepada keadaan. Kita sendiri bijak untuk menilai apakah ia merupakan satu keperluan ATAU kemahuan. Kesimpulan mudah bagi memahami keperluan, biasanya naluri akal sendiri meletakkan ia sebagai satu keperluan secara fitrahnya seperti makan, minum dan seumpamanya.




Rumusannya. Kita sudah diberikan akal untuk berfikir oleh ALLAH tentang setiap perkara baik buruk dan segala yang berkaitan dengan kehidupan. Pertimbangan yang berlandaskan Al-Quran dan Hadis adalah suatu pemikiran aras tinggi yang melepasi kesemua pemikiran yang ada di muka bumi. Bukankah ALLAH telah berpesan kepada sekalian makhluknya dalam surah Ar-Ra’d ayat 19:

“Maka Adakah orang Yang mengetahui Bahawa Al-Quran Yang diturunkan kepadamu dari Tuhanmu itu (Wahai Muhammad) perkara Yang benar, sama Dengan orang Yang buta matahatinya? Sesungguhnya orang-orang Yang mahu memikirkan hal itu hanyalah orang-orang Yang berakal sempurna.”

Sekarang keutamaan kita kepada keperluan ATAU kemahuan? Mulakan pengembaraan kendiri anda!


~ Kejadian akal yang diciptakan oleh ALLAH adalah Maha Hebat kuasa ciptaannya. Gunakan ia dengan sebaiknya pasti kebaikan mengiringi bersama ~



sekian saja nukilan aku hari ini~~ slamat membaca y'allsss~~
wallahua'lam~~

Sunday, July 17, 2011

Kawin time muda2~~ insyaAllah smpai lah masa tuh~~

Assalamualaikum sahabat sahabiah sekalian~~ entri kali nih aku petik from laman web www.iluvislam.com~~ sama2 kita renungkan n amalkan~


Setiap saat, setiap waktu, setiap hari, setiap detik, para remaja di "bomb" dari segenap penjuru dengan pelbagai bentuk godaan yang boleh merangsang mereka agar tunduk kepada nafsu. Biasalah bila dah baligh, umur pun sudah meningkat, tanpa godaan pun keinginan tersebut akan timbul juga secara automatik. Apatah lagi sekiranya terdapat banyak godaan daripada suasana sekeliling. Maka secara logiknya, pasti keinginan seksual tu boleh teransang berlipat kali ganda malah, kadang kala ia turut berlaku pada belia yang baru menginjak ke usia remaja lagi.
Berita baru-baru ni mendedahkan kes remaja berumur 14 tahun secara senyap-senyap menjadikan hubungan seks sebagai hobi, dan ibu bapa remaja terbabit tidak tahu menahu langsung akan hal tersebut. Perkara ini mungkin mengejutkan masyarakat yang membacanya tetapi sebenarnya perkara sebegini sudah banyak terjadi dalam masyarakat kita. Ini kerana semuanya tidak mustahil apabila terdapat godaan dan rangsangan yang terlalu banyak di media massa dan elektronik. Maka inilah akibatnya apabila segala-galanya tidak dibendung dan segala perkara yang haram dihalalkan. Penyebab utama yang menyebabkan keruntuhan akhlak dan moral para remaja Islam.

Bayangkan jika sekarang ini sudah bermacam-macam perkara buruk terjadi terhadap generasi muda ini bagaimana pula nasib generasi muda pada masa akan datang? Berkemungkinan besar moral anak-anak muda akan lebih hancur, masyarakat menjadi punah ranah, dan negara akan jatuh kerana penuh dengan belia yang sudah rosak akhlaknya.
Maka apakah diantara jalan yang terbaik utk selesaikan masalah ini? Adakah jalan utk selamatkan spiritual remaja-remaja ini?
Setelah dirujuk pelbagai risalah dan buku-buku Islamik, yang membahaskan isu-isu semasa, dan cara-cara terbaik utk menyelamatkan masyarakat dan anak-anak muda, kebanyakkannya mencadangkan nikah awal sebagai satu cara untuk menghindarkan remaja daripada berterusan melakukan maksiat. Oleh itu, sebagai masyarakat yang prihatin kita seharusnya menggalakkan anak-anak muda supaya kahwin awal disamping menyediakan jalan untuk mereka agar dapat bernikah dengan sah tanpa syarat-syarat yang membebankan.
Islam amat menggalakkan anak-anak muda berkahwin awal. Kerana Islam melihat jiwa remaja pasti akan terancam lebih2 lagi dengan pelbagai godaan yg datang. Di dalam Al-Quran, Allah S.W.T ada berfirman:
"Dan kahwinkanlah orang-orang yang bujang di antara kamu....Jika mereka miskin, Allah akan memberi kemampuan kepada mereka.." (24:32)
Memang benar Islam mengajar kita untuk berpuasa dan menahan nafsu, menjaga pandangan dan sebagainya, tetapi harus diingat, bukan mudah untuk mengawal keinginan nafsu, lebih-lebih lagi nafsu remaja. Oleh itu, perkahwinan adalah jalan terbaik untuk mereka agar menghindarkan diri mereka daripada nafsu.
Namun perkahwinan bukanlah perkara yang mudah. Ibu bapa sudah tentu menginginkan anak-anak mereka berjaya dalam pendidikan, seterusnya memiliki kerjaya yang stabil dan sebagainya. Sudah tentu ibu bapa berfikir bahawa sekiranya mereka membenarkan anak-anak mereka bernikah awal sudah tentu jumlah wang yang terpaksa dikeluarkan tidak terkira banyaknya. Untuk perkahwinan sahaja mungkin akan mencecah tiga puluh ribu ringgit itu belum termasuk kewangan untuk menyara kehidupan mereka selepas berkahwin. Maka disebabkan hal-hal ini ramai yang beranggapan bahawa kahwin awal itu seolah-olah membebankan dan menyusahkan.
Namun, sebagai ibu bapa relakah anda melihat anak-anak remaja anda menghampiri maksiat dan seterusnya terjerumus dalam perkara-perkara yang tidak diingini? Nauzubillah.. Bukankah lebih baik sekiranya anda mempermudahkan anak-anak anda untuk bernikah seandainya mereka dan pasangan mereka sudah terlalu sayang akan satu sama lain? Mungkin perbuatan tidak semudah kata-kata tetapi kita perlu teliti semua aspek dan kesan-kesan yang bakal anak-anak anda hadapi seandainya dibiarkan berterusan bercinta tanpa sebarang ikatan.
Maka, di sini ada disenaraikan beberapa cara untuk membantu anak-anak muda zaman sekarang kahwin awal , yg pertama:
1."Sokongan kewangan" daripada ibu bapa yang berkemampuan.
Ibu bapa yg berkemampuan digalakkan supaya memberi sokongan kewangan kepada para remaja-remaja ini agar mereka dapat berkahwin awal dan bantu mereka menyelesaikan apa-apa yang patut. Islam menggalakkan kita untuk menolong manusia lain yang berada dalam kesusahan sebagai contohnya membantu orang-orang miskin dan orang sakit, oleh itu, sudah tentu sekiranya kita membantu anak sendiri membina masjid iaitu mendirikan rumah tangga ganjarannya pasti lebih besar bukan? 
2. Sokongan Masyarakat.
Masyarakat sewajarnya mewujudkan sebuah organisasi yang menyediakan dana untuk menolong anak-anak remaja ini berkahwin awal. Mengikut sejarah, pernah sekali, seorang lelaki ditangkap dan dibawa menghadap Sayyidina Ali atas perlakuan yg tidak sopan. Selepas Ali menjalankan hukuman yg sepatutnya, beliau mengahwinkan pemuda ini dengan menggunakan kewangan negara.
3. Nikah Gantung.
Iaitu si teruna dan dara tersebut bernikah untuk menghalalkan hubungan antara lelaki dan wanita. Majlis perkahwinan tersebut ditangguh selepas satu ketika dimana pasangan tersebut telah mempunyai sumber kewangan yang kukuh. Kebiasaannya mereka akan tinggal berasingan untuk memfokuskan diri terhadap pelajaran dan sebagainya. Tetapi mereka ini dihalalkan untuk berjumpa dan berpegangan tangan, berdating dan sebagainya ini kerana hubungan antara mereka telahpun halal jika mengikut syarak. Oleh itu andainya mereka bercinta sakan umpama sepasang kekasih yang selalu kita lihat berpeleseran di shopping-shopping complex sekalipun mereka tidak akan mendapat dosa kerana mereka tidak melakukan maksiat.  Malah, seandainya mereka mengambil keputusan untuk tinggal bersama dan melakukan hubungan suami isteri juga tidak salah malah di galakkan didalam Islam. 
4.  Bernikah seperti biasa tetapi..
Cara yang terakhir adalah pasangan remaja ini bernikah dan mengadakan majlis perkahwinan seperti biasa namun, bijak merancang kekeluargaan agar tidak menimang cahaya mata sehingga mempunyai pekerjaan yang tetap dan mempunyai sumber kewangan yang kukuh. 
Ya,begitulah antara kaedah-kaedah yang boleh anda lakukan untuk menggalakkan perkahwinan antara remaja agar dapat mengelak fitnah dan maksiat. Namun, perlu diingatkan ibu bapa perlulah bersikap terbuka sekiranya anak mereka menyatakan hasrat untuk berkahwin walaupun dikala usia masih muda. Selaku ibu bapa anda juga perlu menasihatkan anak bahawa mereka perlu serius dan komited sekiranya benar-benar ingin berkahwin. Ini kerana perkahwinan bukanlah sesuatu yang mudah. Onak duri kehidupan itu pasti akan lebih terasa selepas berada di dalam alam perkahwinan. Sabar, tabah dan keimanan yang tinggi perlu di terapkan dalam jiwa agar perkahwinan yang dibina itu tidak berakhir dengan perkara-perkara yang tidak diingini. Selepas berkahwin, pasangan perlulah membimbing antara satu sama lain agar dapat mendekatkan diri mereka kepada Allah S.W.T.
Apabila kita memahami perspektif Islam yang menggalakkan perkahwinan awal, maka insya-Allah kita akan bersikap lebih terbuka untuk membenarkan remaja-remaja ini berkahwin awal. Andainya ada antara mereka yang belum sempurna pendidikan agamanya, adalah baik seandainya ibu bapa mendidik mereka dengan ilmu agama samada sebelum dan selepas berkahwin. Usahlah anda menghalang para remaja yang ingin mendirikan rumah tangga seandainya mereka masih belajar di Universiti atau Kolej. Yakinlah, dengan bantuan Allah sudah tentu mereka masih boleh menamatkan pengajian masing-masing walaupun bernikah ketika masih belajar.
Bukanlah, niat saya hendak memaksa para ibu bapa mengahwinkan anak-anak anda diwaktu usia muda. Namun, ini adalah antara jalan terbaik yang diajarkan oleh Islam itu sendiri. Terpulang pada anda untuk menentukan yang mana yang lebih baik untuk anak-anak anda kerana sudah tentu anda lebih mengenali mereka. Cuma, seandainya anda mendapati anak remaja anda sudah terlalu sayang dan cintakan kekasihnya bukankah lebih baik untuk menghalalkan hubungan tersebut
Sama-sama kta  merebut kejayaan !


so aku nak tanya kat sini ape pendapat korang sume?? agak2 nak tak kalau korang diberi kesempatan untuk kahwin di usia muda~~ kalau aku NAK!!! sbb dapat mengelakkan maksiat, nak2 pada akhir zaman skarang.. tp duk asing2 ah, fokus study.. just halakan perhubungan itu.. bukankah itu lebih bagooss pada berdating sana sini, berziinaaaa.. nauzubillah~~ aku xnak jadik camtu, malu mak ayah aku~~ so aku serahkan kepada minda n fikiran rasional kawan2 untuk berfikir sejenak~~ semoga rahmat Allah sentiasa ada.. insyaAllah

sekian wallahua'lam~~

Tuesday, July 5, 2011

~~ PENDIDIKAN VS PELAJARAN ~~ (tugasan PN - Pengantar Pendidikan)

Assalamualaikum n hye all~~ todays entri is about GURU.. hehehe.. ni tugasan yang diberikan oleh Pn. Maimunah Ropal, Lecturer PN aku.. so slamat membaca~~

Bismillahirahmanirahim..

Hari ini aku banyak terfikir tentang dua perkara ini. Apa sebenarnya Pendidik dan Pengajar? Pentingkah tahu perbezaan diantara dua benda ni? Kenapa tidak penting pula? Banyaknya soalan... Belajar subjek PN ni mengajar aku untuk berfikir lebih kritikal. Belajar untuk menyelesaikan masalah, kena tahu dari pelbagai sudut. Baru dapat penyelesaian yang terbaik.

Berbalik kepada soalan. Pendidikan dan Pelajaran itu dua perkara yang berbeza, sangat-sangat berbeza-bagi aku. Sebabnya ejaan pun dah berbeza, apatah lagi maksudnya. Pendidikan ini penuh dengan hikmah. Orang yang mendidik semestinya ikhlas mendidik. Orang yang dididik akan cenderung mendengar kata dan hormat pada orang yang mendidik. Tapi bagi pelajaran, ia hanya berdasarkan prestasi akedemik sahaja. Orang yang mengajar boleh jadi tidak ikhlas. Dan bila tiada keikhlasan dalam mengajar, orang yang diajar kurang cenderung untuk hormat pada orang yang mengajar. 

Pengajar boleh jadi pendidik. Tapi pendidik bukanlah pengajar. Sebabnya? Pengajar boleh belajar untuk ikhlaskan hati. bila ikhlas itu ada, dia akan berusaha memastikan orang yang diajar itu faham dan mengaplikasikan perkara yang diajar dalam kehidupan seharian. Bila pengajar itu berusaha bersungguh-sungguh, jadilah dia pendidik. Jadinya pendidik bukan lah pengajar. Tapi pendidik boleh jatuh pada level pengajar bila keikhlasan itu hilang. Kunci utama perbezaan adalah keikhlasan dan faham tugas menjadi guru.

Guru tidak semestinya seseorang yang mengajar di institusi pengajian yang diiktiraf. Tapi sesiapa sahaja yang sudi memberi dan berkongsi ilmu-ilmu yang bermanfaat, dikategorikan sebagai guru. Ibu bapa kita, mereka guru pertama kita, adik-beradik kita juga guru, kawan-kawan, musuh-musuh, penceramah, mereka semua guru tidak rasmi kita. cikgu-cikgu, pensyarah-pensyarah; itu semua guru rasmi.

Bila wujudnnya guru rasmi ini, adakah mereka yang menjadi guru rasmi faham akan tugasan mereka? Adakah mereka itu pedidik atau pengajar. Bila hanya menjadi pengajar, mereka hanya mengajar pelajaran yang berkaitan dengan skop jurusan mereka. Tapi bila jiwa pendidik tertanam di jiwa mereka, walaupun mereka tidak lagi menjadi guru rasmi, mereka tetap akan berusaha mengajar dan mendidik anak-anak agar menjadi insan berguna kepada agama khasnya dan kepada masyarakat amnya. 

Dunia sekarang, kita ditekan dengan kepentingan pelajaran. Perlunya mendapat keputusan yang cemerlang. Apabila hanya pelajaran yang jadi ukuran, apa akan jadi pada sahsiah muda-mudi yang akan menerajui pemerintahan negara akan datang? Apabila guru-guru yang dilahirkan itu berkesedaran untuk mengajar, tercapaikah kita untuk melihat generasi yang terbentuk atas dasar Islam? Penuh dengan akhlak yang tinggi. Jawapannya terletak pada minda kawan-kawan yang dikasihi :-). 

Tapi bila sahsiah itu tidak dibentuk, kepentingan akhlak tidak di tanam, tidak mustahil dunia akan kucar-kacir walaupun bijak pandai berada di merata-rata. Tidak dinafikan pelajaran itu penting. Peperiksaan itu perlu. tapi andai hanya yang pandai itu otak, tidak bertunjangkan iman, kemana hala tuju mereka; generasi muda? Wujudkanlah pelbagai subjek berkaitan adab, akhlak dan sivik, kalau tak tertanam dalam hati tentang kesedaran sivik dan akhlak mulia, tetaplah akan berlaku kerosakan. Walhal tidak mustahil kerosakan yang terjadi itu datangnya dari bijak pandai. Yang skor subjek-subjek tersebut. 

Kalau hanya menjadi guru yang mengajar bukan guru yang mendidik, tetaplah kerosakan itu berlaku. Kuasa mendidik lebih tinggi dari kuasa mengajar. Pendidik mampu menyentuh hati anak-anak muridnya. Sedangkan pengajar? Sampai manakah dia akan terus mampu menongkah mehnah karenah anak-anak muridnya?

Pendidikan itu lebih utama dari pelajaran. Sebabnya; ia merangkumi pelbagai aspek seperti pelajaran, akhlak dan juga kehidupan sebenar di dunia. Kalau pelajaran; merangkumi kepentingan ilmu duniawi sahaja.

Jadinya, ibu bapa memang mendidik kita dengan penuh ikhlas dan rasa kasih. kawan-kawan, sedara-mara, musuh-musuh, mendidik kita secara tidak sedar. Pengalaman itu sendiri mendidik kita. Luasnya skop pendidikan!

Bakal-bakal guru seperti kita harus faham mehnah menjadi seorang pendidik. Agar terus cekal mendidik anak-anak generasi akan datang. Bukan sekadar untuk mendapat pekerjaan tetap. Niat perlulah betul. Andai semua yang bercadang untuk menjadi guru itu sekadar untuk mendapat pekerjaan tetap maka musnahlah generasi remaja akan datang.

Mesti sehabis baik untuk mengelakkan diskriminasi diantara pelajar yang sedia baik dan yang nakal tak bertempat. pelajar yang sedia bijak dan pelajar yang kurang dan lambat memahami pelajaran. Kalau wujud diskriminasi sebegini, mereka yang kurang bernasib baik akan terus hanyut dan tenggelam punca. Wajarkah ia berlaku?

Bukan senang nak jadi seorang guru. dia harus berjiwa besar! Cuba tengok cerita gokusen(cerita jepun), message yang cuba disampaikan, sangat besar. Macam mana nak mendidik mereka yang sudah tertanam rasa diri tidak berguna kepada masyarakat, yang terus-menerus melakukan vandalism. Punca perubahan hanya pada guru yang dapat menyelam hati anak-anak muridya.

Nak mengubah manusia bukan suatu kerja yang mudah. Memang tak dinafikan. Tapi tak mustahil untuk mengubahnya. Jadilah pendidik bukan pengajar. Elakkan diskriminasi di antara pelajar.

coretan ini hanya sekadar pandangan aku Tidak ada kaitan dengan yang hidup atau yang mati. Andai ia memberi manfaat, sahabat-sahabat boleh ambik buat tauladan
.wallaahu`am~

Sunday, June 26, 2011

~~ sudah tiba masanya aku bangkit mengangkat ISLAM ~~

Assalamualaikum sahabat sahabiah yg disayangi.. moga sentiasa berada di bawah rahmat Allah s.w.t. pencipta sekalian ciptaan~~




entri hari nih special sket.. entah ah, dah sekian lama aku tak menulis, tetiba jadik nak menulis.. hahahaha... mesti korang tertanya-tanya aku nak tulis pasal ape.. tgk tajuk tu dah bleh agak.. "Sudah tiba masanya aku bangkit mengangkat ISLAM di IPG KDRI" insyaAllah dipermudahkan urusan oleh-Nya.. AMIN~~

pada satu hari aku didatangi seorang hamba Allah.. dia n aku ade buat meeting sket pasal topik yg diperbincangkan.. isi perbincangan tuh dirahsiakan~~ hihihihi.. dengar pada tawaran yg dioffer kat aku.. fuhh!!!! berdebar woooo!! memang aku berat hati sangat2 laa nak accept hamba Allah nih punya offer.. bukan apa, jawatan nih bukan main2, besar tanggungjawab.. kat padang mahsyar nanti aku akan disoal ngan Allah s.w.t. --- 



at first aku fikir2, aish, saya rasa macam tak berapa nak yakin ah nak pegang post nih... besau nih!! berat responsibility nye!!! besor bapook amanoh yang ditanggung tuh bro!!! Allah jela yang tahu camne perasaan aku masa tuh.. berkecamuk~~ tapi masuk sem 3 nih memang aku ade azam, massive resolution punye, ak tekad nak libatkan diri dalam aktiviti kepimpinan yang lebih tinggi, yg lebih mencabar... yela, masa sem 1 takde pegang pape, masuk sem 2 belambak lambak (bukan nk riak ye), masuk sem 3 ak hajat nak rilex skejap.. masuk degree sem 1 insyaAllah bermulalah era kepimpinan aku.. insyaAllah~~~

Man proposed, Allah disposed, gitulah sunnatullah nye.. kita bleh rancang apa saja tapi Allah yang tentukan.. insyaAllah akan ku ikhlaskan niat di hati untuk pegang POST tesebut... ya Allah berikanlah aku kekuatan untuk bangkit mengangkat AGAMA-MU.. di dalam suasana umat AKHIR ZAMAN INI, berikanlah peluang kepada ku untuk kembali kepada-MU.. lembutkanlah hati sahabat sahabiah ku yang beragama ISLAM untuk terus berada di landasan agamu.. dan semoga mereka mencapai REDHA-MU YA ALLAH~~~

insyaAllah, jika telah tertulis takdirku di Luh Mahfuz utk memegang jawatan ini, aku menerimanya qada' dan qadar MU dengan REDHA~~~ bantulah aku ya ALLAH~~ 

ALLAHUAKBAR !!!!!

SESUNGGUHNYA ENGKAU MAHA PENGASIH LAGI MAHA PENYAYANG~~ AMPUNILAH SEGALA DOSAKU YANG TELAH LALU-- AMIN



sekian saja coretan aku..
muzarK~~

Monday, June 13, 2011

Assalamualaikum sahabat sahabiah yg dirahmati Allah sekalian... moga sentiasa berada dalam rahmat-Nya insyaAllah.. todays entry, aku nk kongsi sket2 pasal ways to live secara ISLAM~~



Sudah tiba masanya untuk masing-masing merenung secara mendalam untuk kembali kepada penghayatan Islam dalam segenap aspek kehidupan. Umat Islam wajib kembali hidup secara Islam. Syeikh Fathi Yakan telah menggariskan beberapa perkara yang penting untuk dihayati agar dapat hidup secara Islam iaitu:
  1. Mengetahui tujuan hidup
Kehidupan yang songsang timbul akibat seseorang yang tidak mempunyai matlamat dalam kehidupan. Lalu mereka akan mencedok apa sahaja yang datang kepada mereka tanpa melihat baik buruknya. Sedangkan Allah SWT telah menyatakan dengan tegas dalam surah al-Zariyat ayat 56 tentang motif penciptaan manusia melalui firmanNya yang bermaksud: "Tidak Aku (Allah) ciptakan jin dan manusia kecuali supaya mereka mengabdikan diri kepadaKu". Justeru, apakah seseorang yang sudah akil baligh masih tidak mempunyai matlamat dalam kehidupan mereka untuk mengabdikan diri kepada Allah?


  1. Mengetahui nilai dunia berbanding akhirat
Kehidupan dunia hanyalah sementara. Kehidupan yang abadi ialah kehidupan di akhirat. Oleh itu, seorang muslim yang cerdik dan bijak ialah yang pandai menggunakan kesempatan hidup di dunia untuk kebahagiaan di akhirat. Apakah seseorang yang tanpa segan-silu melakukan maksiat semasa hidup di dunia akan memperoleh kebahagiaan di akhirat?


  1. Menyedari tentang kematian
Kematian ialah sesuatu yang pasti. Firman Allah dalam Surah al-Mulk ayat 2 bermaksud: "Dialah yang telah mentakdirkan adanya mati dan hidup (kamu) untuk menguji dan menzahirkan keadaan kamu: Siapakah di antara kamu yang lebih baik amalnya; dan Dia Maha Kuasa (membalas amal kamu), lagi Maha Pengampun, (bagi orang-orang yang bertaubat)". Adakah para belia hari ini menyedari hakikat kematian yang tidak mengenal usia? Apakah para remaja yang mati dalam keadaan meneguk minuman najis yang memabukkan atau yang meniarap di atas motor yang dipecut laju sambil memadamkan lampu itu berkeyakinan bahawa mereka mati dalam keadaan 'husnul khatimah'?


  1. Mengetahui dan memahami hakikat Islam
Islam ialah agama ilmu. Orang yang berilmu sahajalah yang dapat merasai kehebatan nilai Islam, lantas tidak akan membuang masa mengejar keredhaan Allah. Manakala orang Islam yang Islamnya hanya pada nama yang tidak memahami hakikat Islam, nescaya akan tersasar jauh daripada kebenaran. Terdapat segelintir remaja lelaki dan wanita yang meninggalkan perintah Allah seperti solat, atau melakukan maksiat seperti tidak menutup aurat, lalu menyatakan bahawa Allah tidak melihat luaran, akan tetapi Allah melihat hati seseorang. Apakah orang sebegini memahami hakikat Islam? Apakah mereka tidak merenung sabda nabi S.A.W. yang bermaksud: "Sekiranya baik, baiklah keseluruhannya, dan sekiranya buruk, buruklah keseluruhannya, tidak lain dan tidak bukan itulah hati". 


  1. Mengetahui hakikat jahiliah.
Saidina Umar pernah berkata: 'ikatan Islam akan terungkai satu persatu apabila wujud di dalam masyarakat Islam itu mereka yang sudah tidak mengenali Jahiliah'. Apakah umat Islam pada hari ini sudah tidak mengenali Jahiliah, sehingga ada yang sanggup menderhaka kepada ibubapa, mengunjungi pub, disko dan kelab malam, berhibur di luar batasan, berpelukan di antara lelaki dan wanita yang bukan mahram, berzina dan sebagainya?
Masanya sudah tiba untuk sama-sama merenung tanggungjawab dan amanah yang wajib ditunaikan sebagai seorang hamba Allah. Bukanlah masanya untuk umat Islam terus lena dan dibuai mimpi yang tidak berkesudahan sedangkan nilai dan ajaran Islam dilucut dan ditelanjangkan satu-persatu. Ibubapa wajib memberi perhatian kepada anak-anaknya yang masuk ke peringkat akil baligh akan tanggung jawab mereka sebagai hamba Allah. Masyarakat juga hendaklah prihatin dengan keadaan persekitaran agar busuknya bangkai maksiat itu tidak menerjah ke dalam hidung-hidung mereka.


insyaAllah apa yg kita baca ni, sama2 dijadikan tauladan dan ikutan in order for us to live a better life.. ISLAM itu CARA HIDUP~~

sekian, wallahua'lam~~

Thursday, June 9, 2011

~~ Cuti - Holiday - dovolená - छुट्टी - bakasyon - festo - праздник - de vacances ~~







Assalamualaikum n hye ALL~~

todays entry takde pape nk cite something yg sensasi sangat, just one nice topic yang sume orang dalam dunia nih sangat menyukainya.. iaitu CUTI!!! hahahahaha.. takde orang dalam dunia nih yang membenci akan cuti.. haaa~~ tanyolah sapo2 yang tak suko cuti, semestinya ada something wrong somewhere dengan beliau~ ish3


~> 1st WEEK of CUTI <~
start ngan hari ahad (29 Mei 2011), aku takde buat pape melainkan ngadap laptop.. korang, jgn fikir yang bukan2, aku ngadap laptop bukan online FB tp mencari info2 yang berkaitan dengan gajet popular masa kini - telefon bimbit n sort of digital camera.. payoh jugop nok mencari ke info untuk semua material yang aku listkan nih~~ habih sume website ak survey.. and at last aku puas hati.. aku dah dapat 2 model phone yang aku agak berkenan di hati.. sehari je aku buat research nih.. keesokan harinya aku try search something yang related to novel yang akan aku blaja untuk semester 3 at IPG KDRI nih yaitu TO KILL A MOCKINGBIRD.. ade yang tulis summary, character profile and so on.. aku baca pon agak menarik tapi aku biarkan dulu.. nak tunggu sket agi...
Selasa~~ dalam pukul 12.00 aku on lappy.. lepas masukkan pass sume skali, aku klik Google Chrome.. selang beberapa minit... pppaaaaaaaaannnnnnnngggggg!!!! kilat berserta guruh yang sangat kuat memecah kesunyian suasana... aku berfikir sejenak.. (habis dah modem tuh, takdop ape-ape ah kalu kilat kuat gini gop.. memang ye sambor ke modem, tobak ah..) aku yang masa tuh ade kat dalam bilik terus keluar n tgk2, modem tuh dah pon KO~~ wargh!!! dah laa tak save page, abis sume skali research aku~!!.. sabar2.. nak wak guane, Allah nk bagi kita ujian~~ 1st week holiday aku beralih kepada aktiviti berkomputer kepada aktiviti menulis.. hehehe.. aku tukar plan, siapkan folder LDS Sem 2.. Miss SALMA nak kutip bukak sem 3 nih so kena siapkan sume skali~~ ade hikmah jugak modem rosak nih kan.. haaaa~~ ingat, bila ditimpa bencana, be positive, there must be something good behind it!! something that is very2 GOOD!!! kan kan kan~~...

~> 2nd WEEK of CUTI <~
start hari SABTU (4 JUN 2011)~~ 2nd week nih agak best and syok sebab my family and I nak balik kampoong!! PASIR Mas, KELATE~~ kitorang gerak from umah dalam pukul 10.30 pagi.. gerak awal sebab ada banyak tempat nak singgah.. kebiasaannya gerak lepas asar.. lepas singgah di beberapa destinasi terpilih (fuh, dh macam program jalan2 cari makan la pulak), my dad terus memandu ke arah KELANTAN DARUL NAIM melalui jalan pantai (lalu ikut IPG KDRI n LeBEST).. alhamdulillah kitorang sampai sane dalam pukul 5 petang.. sepanjang perjalanan, keadaan lalu lintas memang agak sesak.. this is because banyak keluarga lain juga turut sama ingin memanfaatkan masa cuti untuk pulang ke kampung halaman (aduhai, ayat macam karangan student standard 6).. takpe laa, keluar nanti aku ngaja diorang gak kan.. hehehehe.. actually, mak sdare aku dah plan untuk pegi mandi kolam keesokan harinya, tu yang jadi syok tuh.. hahahaha.. bes gak ah pegi mandi tp tak brape sangat.. swim kat TER lagi besh.. tp takdehal, janji leh eratkan silaturahim, tuh yang penting.. kan kan kan.. ~~huhuhuhu--- next day, my mom pegi Pengkalan Kubor.. biasa laa, businesswoman berjaya la katakan.. my mom ada jalankan bisnes kecil kecilan sket.. pinggan mangkuk sume ada.. biasanya aku akan ikot my mom sbb nak pegi survey JERSI2 kat sana tp aku tak pegi.. ye la kan, season pon dh abish, tnggal International match je sume so tak berapa nak pegi laa jawabnya.. aku stay je kat umah tok, layan ASTRO.. leh gak ilmu layan Discovery and NatGeo~~ besh!! on WEDNESDAY, kitorang dh siap packing untuk balik terengganu.. yang ni pon kitorang balik awal, dlm kul 10 pg.. biasa lepas asar gak.. balik awl coz my mom nak stop dkt telaga batin, she needs to be there utk memantau students SMK Wakaf Tapai yang join PraJambori Malaysia ke-12.. sbg preparation utk International Scout Jambory yang akan diadakan pada bulan November nanti bertempat di Kem Telaga Batin, Terengganu, Malaysia~~ international tuh... sampai je kat sana, sempat ah aku lepak kejap.. lepas siap smayang asar, kitorang balik umah... my mom cakap malam nanti aku kene jadi driver dia, sbb ada malam kebudayaan... we all move lepas maghrib, smayang isyak sana~~ sedang aku syok layan persembahan budak2, ade 2 orang student lebest panggil aku, ARIF and JIBEX~~ laa, ade budak lebest upenye kat sini.. pastu aku jumpa ngan CG MULIYADI and TCER ZUAINI!! wow!! cikgu2 bidong ade kat sini... CG Mulya ak memang slalu jumpa coz selalu lepak ngan ex-student LEBEST~~ kul 11 mlm, aku bwk kete pulang...
hari khamis~~ aku gerak ke KT TOWN utk mencari modem sbb yang lama dh rosak kene panah petir.. nak parking punye laa susah.. penuh kenderaan dalam bandar!!! sabar2.. finally aku jumpa gak port utk letak kete.. at first singgah kat TMPOINT, brader tuh cakap modem habih licing!! modem habih licing doh boh, dop tau ah sapa bile pulok~~ (dialog brader tuh).. aduyai, nak parking dh laa susah, smpai2, modem pulak ttakde.. sabar2.. so aku amik keputusan utk beli je kat kedai tepon.. last2 dapat jugak.. aku pon pulang dengan hati yang senang.. ade peristiwa yang lagi best happened masa aku on da way balik ttakyah cite ah.. di lain hari pulak yek~~ hehehehe
lepas habish setting sume skali, finally internet going on as usual~~ yeay!! dh bleh online!!! tu yang aku update blog tuh.. haaaa~~~ saja, bosan2..

~> 3rd WEEK of CUTI <~
haaaa, minggu nih aku tak tau lagi nak buat ape.. tapi aku rase cam nak sambung research pasal novel TKAM sbb yang last week punya postponed~~ so, aku mintak kawan2 doakan aku semoga aku jadik rajin utk habiskan novel ni yek~~ hehehehe.. aku pon doakan sume kawan aku rajin n sihat selalu.. AMIN~~

and not to forget, kpd sume peminat cite NORA ELENA, tgk cite tuh leklok yek, kalau nak syok, baca novel dia.. hahahaha.. aku dah baca~~ 


wuish, panjang kan aku mengarang.. takpe, korang bleh baca.. (",)
sekian saja nukilan aku utk tatapan sahabat2 yang disayangi~~
Assalamualaikum - muzark7

Monday, May 23, 2011

_-~| Maka nikmat Tuhanmu yang manakah yang engkau dustakan? |~-_

Assalamualaikum sahabat n sahabiah yg dsygi.. semoga berada di dalam rahmat Allah selalu.. AMIN
rasanya baru sahaja ak m'update blog ni,tapi tiba2 rasa nk update lagi...=)


Topik kita pada hari ini, nikmat Tuhanmu yang manakah yang kamu dustakan?






Pernahkah kita terfikir, betapa besarnya nikmat yang Allah kurniakan kepada kita? Atau sekurang2nya, pernahkah kita merasai pada wktu nikmat Allah datang menjelma, atau kita sekadar dapat merasa sukarnya apabila Allah mendatangkan kita ujian, sedangkan nikmatNYA tidak pernah sekalipun kita hargai pada waktu kita di kurniakan nikmat? Pernah terfikir?





Allah telah berfirman di dalam surah ar-rahman...surah yang menerangkan mngenai sifat Allah yang maha pemurah... DIA telah menurunkan Al-Quran, menciptakan manusia dan mngajarkan manusia pandai berbicara, dan menciptakan tumbuhan serta pohon2 yg tunduk kepadaNYA, dan meninggikan langit dan mewujudkan keseimbangan, menciptakan bijian yg berkulit, bunga yang harum baunya, menciptakan manusia dari tanah kering seperti tembikar, menciptakan jin dari api tanpa asap, yang mentadbir dua barat dan dua timur, yang membenarkan dua sungai mengalir lalu bertemu, dalam keadaan tidaklah satu itu melampaui batas yang kedua...ini adalah sebahagian dr sifat pemurah Allah yang sy petik dari tafsir surah ar-rahman....Subhanallah,begitu banyaknya nikmat yang Allah kurniakan kpd kita...







DIA menurunkan Al-Quran, yang menjadi petunjuk kpd manusia dalam mencari jalan kebenaran, jalan hak yang membawa ke syurga, bagi mereka yang memahami dan menghayati isi kandungannya...





Dia menciptakan manusia, yang membenarkan saya, kamu, Mr Chandru, En Ali, Puan Ramlah dan semua umat manusia merasai kehidupan yang sedang kita kecapi sekarang ni..tapi adakah kita menghargai nikmat hidup ini? adakah kita bersyukur? sedangkan dpt kita lihat di luar sana...putus cinta,kelar lengan... gagal exam,gantung diri.... tertekan,telan racun..sedangkan Allah telah berfirman dalam surah Al-ankabuut ayat 2-3, "Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; "Kami telah beriman, sedangkan mereka tidak diuji?" Maka sekarang, nikmat Tuhan yang manakah yang kita telah dustakan?





DIA mengajarkan manusia pandai berbicara, yang membolehkan saudara mengenali saya...Hamid mengenal Hazirah...Muniandy mngenali Tan Lee...Robert mengenali Hasmah...kita dapat bertutur, dapat berhubung..dapat bertukar pendapat..tidak kiralah sama ada menerusi tulisan, menerusi tutur kata dan sebagainya, semuanya adalah kerana nikmat dan rahmat Allah...pelbagai idea dapat di salur, pendapat dapat di ukur..tapi sayang...di luar sana...umpatan menjadi halwa telinga, fitnah menjadi budi bicara, penipuan menjadi agenda utama.. di manakah rasa syukur kita? nikmat yang di beri, di gunakan untuk menyalah erti sesama sendiri...maka nikmat Tuhan yang manakah yang kita telah dustakan?




DIA menciptakan tumbuhan serta pohon2 yg tunduk kepadanya....dan tumbuhan serta pohon2 ini lah yang menjadi sumber rezeki pd kita...pada seorg pengusaha, penjualan tumbuhan ini mndtgkn pendapatan utk mnampung khidupannya sehari2...pd seorg pekilang, dia memproses bahan2 mentah ini utk kegunaan org rmai... bagi seorg pengguna, dia menikmati tumbuhan ini, spt sayur2an, buah2an dan sbgnya utk mndapatkan nutrien yg kita perlukan...iron yg ade byk dlm green leafy vegetable, bgitu juga vitamin B12 dan folic acid....mngelakkan pelbagai pnyakit spt iron deficiency anemia, megaloblastic anemia, pernicious anemia dan sebagainya...lalu apa yang terjadi? kita ada byk duit...berkoyan-koyan..sayur sekali beli smpi 5 kilo,lps tu x abis makan...ape kita buat? kita tolak dalam tong sampah.....atas nama pembangunan kita ranapkan semua pokok2 yg ade, lps tu jd pemanasan global yg mlampau2....lepas kita mngeluh pula,baru nk buat projek tanam pokok sana, tanam pokok sini..bumi hijau dan sebagainya...maka sekarang ni, nikmat Tuhan yang manakah yang kita dustakan?



DIA menciptakan bijian yang berkulit, dan bunga yang harum baunya...bijian yg berkulit,untuk melindungi isi....dan bunga yang harum baunya,menenangkan diri..lalu apa yg berlaku? buah2an berbiji susah nk di makan! penyelesaiannya: kita buat R&D, kita hasilkan buah kacukan tanpa biji...bunga yang harum x tahan lama! penyelesaian: kita buat bunga plastik..psti tahan biar panas atau hujan..tambah sdikit bau2an,kasi nmpk mcm real skit..scara tdk langsung,kita cuba mngubah kejadian Tuhan sbnrny..kita cuba bertindak sbg pencipta...mmg benar mgkn ade sesuatu yg mnyukarkn kita pd satu2 perkara itu, ttapi bukankah setiap yang berlaku itu ada hikmahnya? maka,sekarang ni, nikmat Tuhan yang manakah yang kita dustakan?




Terlalu banyak nikmat kurniaan Allah pada kita, dan terlalu sedikit rasa syukur yg kita berikan kembali pd yg maha pemurah..Allah tidak mgharapkan rasa syukur kita itu..bahkan Allah tidak sedikit pon terjejas jika seluruh manusia dlm dunia ini tdk beribadah kpdNYA...DIA tdk mgharapkan dari sesiapa, tetapi kita yg sntiasa berharap kepadaNYA ( Yas aluhu man fissama watiwal ard- dan makhluk di langit dan di bumi sentiasa meminta kepadaNYA) jadi marilah kita sedar kedudukan kita...soalan2 ini harus kita tanyakan pd diri kita sebelum kita di soal dgn soalan yg besar dari Tuhan..





Siapakah kita?
Di manakah kita berada?
Apakah tanggungjawab serta kewajipan yang terpikul pd bahu kita ?
Bagaimanakah kita ingin mencari redhaNYA dan menjauhi murkaNYA?
Bilakah harus kita sedar utk mngatakan syukur pd nikmatNYA dan sabar atas dugaanNYA?

maka apakah jawapan kita? terutama untuk soalan terakhir ini:

Maka nikmat Tuhanmu yang manakah yang telah engkau dustakan?

 
Sekadar coretan seorang hamba.
Semoga rahmat dan perlindungan Allah mengiringi setiap jejak langkahan kita, insyaAllah...
Assalamualaikum~