Nuffnang-ADVertisemeNT

Assalamualaikum~~

Saturday, August 13, 2011

~~Bila cinta berputik, ADAKAH DIA JODOHKU ? ~~

Assalamualaikum n hye alls~~ oleh sbb skang aku dalam mood jiwang2 sket, so entri hari nih adalah berkenaan CINTA.. biase ah, remaja.. slamat membaca~~


~~~~~~~~~~~>>>>>>>><<<<<<<~~~~~~~~~~~~~
"Tiada terfikir,
Terlintas Engkau akan tiba,
Membawa perangsang.
Tiada terfikir, Terlintas,
Engkaukan membuka,
Sempadan perasaan.
Bunga kembang bertali hati, Bunga kembang di puncak akli"
Begitu indah cinta, membawa perasaan yang tidak dapat digambarkan dengan kata-kata. Akan tetapi diluah melalui boneka jasad serta lirikan mata, lidah kelu diam seketika, jantung berdegup pantas tidak mencemaskan tetapi indah.
Remaja pada awalan usia mereka merasakan diri mereka ingin dicintai dan ingin mencintai. Akhirnya mencari cinta. Cinta pada usia muda yang sering digelar cinta monyet.


Tidak kurang pula ketika mereka melangkah ke menara gading. Mitos memaksa mereka mencari pasangan sebelum mendaki anak tangga pentas konvokesyen, kononnya, menara gading tempat mencari pasangan hidup yang akan hidup bersama mereka selepas graduasi.
Akan tetapi, alangkah sedihnya cinta yang berputik dan berbunga-bunga akhirnya tewas, melebur membentuk luka yang pedih dan sakit. Sesak nafasnya!
Lebih teruk kesannya jika apabila mereka sedar (meskipun tidak mengakui atau tidak menunjuk) bahawa perjalanan kisah cinta mereka telah pun melangkaui batasan agama, bersentuhan, berkucupan, berkhalwat dan terlanjur. Malu dan kesal serta sedih kerana diri telah menjadi tidak suci dan kotor, akan tetapi orang yang bersama-sama untuk berkongsi kotor dan jijik tidak lagi bersama. Risau pula jika perbuatan mereka dikhabarkan.


Yang nyata dan pasti, kamu tidak terlepas dari pandangan Allah dan Allah mengetahui perbuatan kemungkaran kamu. Taubatlah!
Jika kamu merasakan dia jodohmu, adakah dia mengajak kamu kepada kebaikan lebih banyak daripada membawa kamu kepada kemungkaran?

Oleh sebab itu, saya ingin mengajak para adik-adik untuk berfikir sejenak apakah niat kita bercinta dan di mana kita mahukan ia berakhir? Terutamanya adik-adik yang bakal bergelar graduan.
Ketika cinta kamu berputik pada si dia dan kamu sendiri mengakui di dalam hati kamu bahawa kamu ada rasa sayang pada dia, dan hati kamu punya rasa cinta padanya, renung seketika, di mana kamu ingin meletakkan cinta Allah yang jauh lebih hebat dari dia.
Jika cinta Allah lebih kamu sayang, letaklah cinta Allah sebagai batasan pergaulan kamu.
Apabila kisah cinta mula melorot dari satu episod ke satu episod yang lain. Renung kembali apa salahnya kamu pada Allah dan apa ajarannya telah kamu ikuti?
Pada ketika itu, fikirlah adakah pernikahan yang kamu cari atau hanya suka-suka? Jika suka-suka, tiada cinta yang berharga dari kamu dan untuk kamu. Jika pernikahan yang kamu cari, maka tidak usahlah buang masa lagi. Dekatilah pernikahan kerana kamu perlu mencari keredhaan Allah.
Bersama keredhaan Allah, langkah-langkah kamu menghampiri pernikahan sangat mudah jadinya. Kadang-kala di luar jangkaan kamu. Namun, jika dugaan yang datang, tabahkan hati tetapkan niat kamu untuk mencapai keimanan yang lebih baik melalui pernikahan.
Kerapkan menunaikan solat sunat tahajjud dan istiqarah. Mohonlah ditunjukan jalan dan memastikan dialah jodoh kamu. Jika tidak diilhamkan bahawa dia adalah jodoh kamu, terima qada Allah, teruskan kehidupan dan persahabatan, serta carilah pasangan yang bakal menjawab istiqarah sebagai jodoh kamu.
Jauhi dari hati yang makin berbunga dan berputik cinta walhal kita sebenarnya jauh dari jodoh. Itu hanya melukakan hati yang sangat lembut ini.
Cinta sesama manusia tentu tidak setanding dengan cinta dari Allah S.W.T, tetapi, kerana cintakan Allah, kita mencintai manusia juga.
Cinta berputik biar bertapis. Agar diberkati dan diredhai Allah S.W.T.


so, pesanan kpd sahabat2 yang disayangi~~ bercinta lah 

KERANA ALLAH~~ sekian, wallahua'lam.. 


Friday, August 5, 2011

~~RemajA dan CINTA~~ c..i..n..t..a.. ---

Assalamualaikum n salam sjahtera ALLs~~ entri hari nih ak bawak sdikit cerita yg dipetik from FB.. agak menarik dan sgt menusuk maknanya~~ slamat membaca

------------------------------------------->>>>>><<<<<<------------------------------------------
1. Saya da jatuh hati kat die la… camne lak ni?

~ “Dan kahwinkanlah orang-orang yang sendirian (bujang) di antara kamu”.
Surah An-Nur: 32

~ "Nikah adalah sunnahku (jalan agamaku), maka barangsiapa yang cintakan agamaku hendaklah dia menjalankan sunahku itu”.
Riwayat Abu Ya’la dari Ibnu Abbas

~ “Berkahwinlah supaya kamu menjadi ramai, bahawasanya aku bermegah-megah dengan kamu akan segala umat pada hari kiamat hingga dengan anak yang gugur dari perut ibunya”.
Riwayat Abu Bakar bin Mardawiyah dari Ibnu Umar


------------------------------------------->>>>>><<<<<<------------------------------------------
2. Tapi saya x cukup duit laaaa nak kawin…. Huhu


~ “Dan orang-orang yang tidak mampu kahwin hendaklah menjaga kesucian (diri)nya, sehingga Allah memampukan mereka dengan karunia-Nya”.
Surah An-Nur : 33

Rasulullah S.A.W bersabda :
~ “Wahai kaum pemuda! Barang siapa di antara kamu sekelian yang sudah mampu memberi nafkah, maka hendaklah ia menikah, kerana sesungguhnya menikah itu lebih dapat menahan pandangan mata dan melindungi kemaluan (alat kelamin). Dan barang siapa yang belum mampu, maka hendaklah ia berpuasa, karena puasa itu dapat menjadi penawar bagi nafsu”.


------------------------------------------->>>>>><<<<<<------------------------------------------
3. Memang saya xcukup duit / xmampu nak kahwin, tapi kalau saya diam je, nanti kena “kebas” lak ngn org lain.…

~ Musa berkata kepada kaumnya: "Mohonlah pertolongan kepada Allah dan bersabarlah; sesungguhnya bumi (ini) kepunyaan Allah; dipusakakan-Nya kepada siapa yang dihendaki-Nya dari hamba-hamba-Nya. Dan kesudahan yang baik adalah bagi orang-orang yang bertakwa."
Surah Al-A’raf : 128

~ “Sesungguhnya Allah pasti menolong orang yang menolong (agama)-Nya.Sesungguhnya Allah benar-benar Maha Kuat lagi Maha Perkasa”
Surah Al-Hajj : 40

~ “Kerana sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan. Sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan”.
Surah Alam Nasyrah : 5-6

Dikisahkan ketika tiba musim untuk memetik buah tamar, para sahabat r.a tidak sempat untuk memetik buah tamar kerana panggilan jihad daripada Rasulullah S.A.W. Lantaran itu, mereka meninggalkan kebun tamar mereka tanpa dipetik. Setelah berbulan mereka pergi berjihad, alangkah gembiranya hati mereka kerana Allah S.W.T masih lagi memelihara buah tamar mereka seolah-olah mereka meninggalkan kebun mereka semalaman.

Jika tentang kisah tamar Allah mampu memelihara, bagaimana pula tentang orang yang kita minat? Bertaqwa kepada-Nya, nescaya Allah juga mampu pelihara dia untuk dijadikan dia sbg jodoh kamu..


------------------------------------------->>>>>><<<<<<------------------------------------------
4. Tapi saya da syok kat dia.. I can’t live without him/her..

~ “Katakanlah kepada orang lelaki yang beriman: "Hendaklah mereka menahan pandanganya, dan memelihara kemaluannya; yang demikian itu adalah lebih suci bagi mereka, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang mereka perbuat”.
Surah An-Nur : 30

~ “Kemudian Kami jadikan kamu berada di atas suatu syariat (peraturan) dari urusan (agama itu), maka ikutilah syariat itu dan janganlah kamu ikuti hawa nafsu orang-orang yang tidak mengetahui”.
Surah Al-Jatsiyah : 18

~ “Orang yang berjihad itu ialah mereka yang berjihad menentang nafsunya”.
Riwayat Bukhari


------------------------------------------->>>>>><<<<<<------------------------------------------
5. Ala.. saya bercinta bukan slalu pon dapat jumpa dia.. dia duduk jauh.. ktorang xpenah pon berdua-duaan…


~ “Dan janganlah kamu mendekati zina, sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji. Dan suatu jalan yang buruk”.
Surah Al-Isra : 32

~ “Pandangan adalah panah beracun dari panah-pandah Iblis. Barangsiapa yang menundukkan pandangannya dari keelokkan wanita yang cantik karena Allah, maka Allah akan mewariskan dalam hatinya manisnya iman sampai hari kiamat”.
Musnad Ahmad

~ “Mata boleh berzina dengan melihat, lidah boleh berzina dengan bercakap, tangan boleh berzina dengan berpegangan. Kaki boleh berzina dengan berjalan ke arah tempat maksiat. Hati pula boleh berzina dgn merindui, mengingati dan membayangi si dia”.
Riwayat Bukhari Muslim


------------------------------------------->>>>>><<<<<<------------------------------------------
6. Tapi saya bukan hensem/ lawa mana pun, saya pun risau saya xde jodoh.. saya rasa cuma dia seorang je yang boleh terima saya..

~ “Maha Suci Tuhan Yang telah menciptakan makhluk-makhluk semuanya berpasangan, samada dari yang ditumbuhkan oleh bumi atau dari diri mereka ataupun dari apa yang mereka tidak mengetahuinya”.
Surah Yasin : 36

~ “Dan Yang menciptakan semua yang berpasang-pasangan dan menjadikan untukmu kapal dan binatang ternak yang kamu tunggangi”.
Surah Az-Zukhruf : 12

~ “Diantara tanda-tanda kekuasaan Allah ialah Dia menciptakan untukmu isteri-isteri dari jenismu sendiri, supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya, dan dijadikan-Nya di antara kamu rasa kasih dan sayang”.
Surah Ar-Rum : 21


------------------------------------------->>>>>><<<<<<------------------------------------------
7. Rasa macam susah jek nak cari jodoh.. give up lah saya camni!

~ Abdullah Ibnu MAs’ud pernah berkata :
“Seandainya umurku hanya tinggal 10 hari sahaja untuk aku hidup, nescaya yang ku sukai ialah berkahwin supaya aku tidak menemui Allah s.w.t. (mati) dalam keadaan aku bujang”.

~ Dari Aisyah r.a. dari Rasulullah s.a.w., baginda telah bersabda :
“Barangsiapa yang mempunyai keluasan rezeki hendaklah berkahwin”.
Riwayat Ibnu Majah.

~ Rasulullah s.a.w. telah bersabda:
"Barangsiapa yang tidak beristeri kerana takutkan kepapaan maka dia bukan dari golongan kami”.
Riwayat Abu Mansur Al-Dailami


------------------------------------------->>>>>><<<<<<------------------------------------------
Kesimpulan :

Cinta itu fitrah manusia, tapi jangan dijadikan ianya alas an untuk kita bercinta tanpa batasan. Kalau mampu, segera lah berkahwin. Kalau x mampu? Tahanlah nafsu!

Memang sedih tidak dapat bersama orang yang kita cintai / cinta tak berbalas, tapi lagi malang jika Allah tidak menyintai kita sebagaimana Allah menyintai para hamba-Nya yang betaqwa. Silap2 kita masuk Neraka-Nya dek kerana cinta nafsu kita!

Jika kita menjaga hubungan dan menolong agama Allah, PASTI & PASTI Allah jadikan dunia tunduk pada kita.. Salafusoleh telah pun berjaya, KENAPA KITA PULA TIDAK BOLEH BERJAYA SPT MEREKA?




P / S : ala, aku ni pun terasa gak sbb aku pun ada minat kat seseorang. Hehe..
Apepun, aku juga byk kekurangan. Note ini untuk peringatan terutama yang membuatnya.. selamat beramal.
 wallahua'lam~~ muzark11

Monday, August 1, 2011

~~Ahlan Wasahlan Ya Ramadhan~~ -PUASA dan SOLAT TARAWIH-

 Assalamualaikum n salam sejahtera sahabat2~~ entri ana hari nih adalah berkenaan adab-adab berpuasa dan solat tarawih~~



SEPULUH ADAB-ADAB BERPUASA DAN SOLAT TARAWIH

disaring dari kitab ‘Nasihat Agama dan Wasiat Iman’
karangan : al-Habib Abdullah bin Alwi al-Haddad (1132H)


Setiap orang yang mengerjakan puasa perlu mematuhi beberapa peraturan dan adab yang boleh menyempurnakan ibadah tersebut, antara yang terpenting ; 

----------------------------------~~~~-----------------------------------------
1. menjaga lidahnya dari berdusta, mengumpat dan mencampuri urusan orang lain yang tiada kena mengena dengannya, 

----------------------------------~~~~-----------------------------------------
2. memelihara mata dan telinga dari melihat dan mendengar perkara yang dilarang oleh Syara’ dan yang sia-sia, 

----------------------------------~~~~-----------------------------------------
3. mengawal perutnya dari merasai makanan dan minuman yang haram atau yang mengandungi unsur syubhah terutama ketika berbuka dan berusaha sedaya mungkin untuk menikmati makanan yang halal lagi bersih,

Ulama silam pernah berpesan : “Apabila kamu berpuasa maka perhatikanlah apa yang akan dijadikan makanan berbukamu dan di manakah kamu akan berbuka ?” Ia adalah panduan yang terbaik bagi mengawasi diri dari terjebak dengan unsur-unsur makanan yang tidak halal. 
 
----------------------------------~~~~-----------------------------------------
4. berusaha menjaga kesemua pancaindera dan anggota tubuh badan dari mendekati atau melakukan maksiat dan perkara yang sia-sia. Dengan demikian ibadah puasanya akan suci dan sempurna. Terdapat ramai yang memenatkan diri dengan lapar dan dahaga, membiarkan diri terdorong kepada perlakuan dosa dan noda, kerana itu puasanya rosak binasa dan keletihannya tidaklah berbaloi sebagaimana maksud sabda Junjungan saw : “Ramai yang berpuasa tidak mendapat ganjaran dari puasanya melainkan lapar dan dahaga!” [an-Nasaei]

Meninggalkan maksiat menjadi kewajipan kepada seluruh orang Islam sama ada mereka sedang berpuasa atau tidak, apatah lagi bagi yang berpuasa ianya lebih dituntut dan diwajibkan. Sabda Rasullah saw : “Puasa itu adalah ‘ perisai’, sekiranya seseorang dari kalangan kamu sedang berpuasa janganlah dia bercakap kotor, melakukan keburukan dan berbuat cerdik sungguh.. Jika ada orang lain yang mengejinya atau cuba memeranginya maka hendaklah dia katakana kepada orang itu : “Saya sedang berpuasa”. [al-Bukhariy dan Muslim] 
 
----------------------------------~~~~-----------------------------------------
5. janganlah memperbanyakkan tidur pada siang harinya dan makan pada malamnya, bahkan bersederhanalah pada keduanya bagi menyelami kesusahan lapar dan dahaga. Dengan demikian sanubarinya terkawal, keinginan nafsunya kurang, hatinya ceria, itulah rahsia dan intipati puasa yang perlu dicapai. 

----------------------------------~~~~-----------------------------------------
6. jauhikan diri dari mengikut dorongan nafsu ketika berbuka dengan beraneka jenis makanan yang lazat-lazat. Sebaik-baiknya adat makannya sama sahaja di bulan puasa dan bulan-bulan yang lain. Berusaha mengajak diri ke arah mengurangkan tuntutan jasmani dan keinginan perasaan memberikan kesan yang positif terhadap kecerahan hati nurani yang amat dituntut terutama pada bulan Ramadhan.

Mereka yang menjadikan keinginan nafsu perut sebagai tunggangan akal mereka ketika berbuka yang menyalahi kebiasaan pada bulan-bulan lain sebenarnya terpedaya dengan pujukan Iblis dan rayuannya yang bertujuan menghilangkan barakah (berkat) ibadah puasa mereka, ni’mat limpahan ketenangan dari Allah swt, kekusyukan diri ketika bermunajat dan berzikir kepadaNya.

Sepatutnya orang yang berpuasa mengurangkan kadar pemakananya sehingga terserlah kesan puasa itu kepada dirinya. Kekenyangan adalah punca kelalaian, kealpaan, keras hati dan malas melakukan ketaatan kepada Allah swt.

Sabdanya : “Takungan jelek yang dipenuhkan oleh manusia adalah kantong perutnya, memadailah baginya beberapa suapan yang dapat meneguhkan tulang belakangnya. Jika dia enggan maka berikanlah sepertiga (bahagian perutnya) untuk makanan, sepertiga kedua untuk minuman dan sepertiga terakhir bagi pernafasannya” [ Ahmad dan at-Tarmiziy].

Terdapat ulama yang mengungkapkan kata-kata berikut : ‘Sekiranya perutmu kenyang angota-anggota lain akan lapar (akan menurut turutan nafsu) tetapi sekiranya perutmu lapar kesemua anggotamu akan kenyang’.

As-Salaf as-Soleh mengurangkan perkara kebiasaan dan dorongan diri serta memperbanyakkan amal ibadat di bulan Ramadhan secara khusus bahkan itulah adat mereka sepanjang masa. 

----------------------------------~~~~-----------------------------------------
7. tidak menyibukkan diri dengan urusan duniawi pada bulan Ramadhan ini bahkan mengambil kesempatan yang ada bagi beribadat kepada Allah dan mengingatiNya sebaik mungkin. Justeru itu dia tidak melakukan perkara duniawi melainkan sekadar keperluan hariannya atau kepada mereka yang berada di bawah tangungannya. Demikian yang selayaknya dilakukan pada bulan Ramadhan yang mulia ini sama seperti pada hari Jumaat yang sepatutnya dikhususkan bagi amalan akhiratnya. 

----------------------------------~~~~-----------------------------------------
8. mempraktikkan amalan sunnah seperti segera berbuka apabila masuk waktunya, berbuka dengan buah tamar (kurma) dan jika ianya tiada memadailah dengan segelas air serta melambatkan makan sahur.

Nabi saw berbuka dahulu sebelum Baginda mengerjakan solat Maghrib.

Sabdanya : “Ummatku sentiasa berada di dalam keadaan baik (berkat) selama mana mereka mempercepatkan berbuka (apabila masuk waktunya) dan melambatkan makan sahur”. [Ahmad, al-Bukhariy dan Muslim]. 
 
----------------------------------~~~~-----------------------------------------
9. menyediakan makanan berbuka kepada orang yang berpuasa sekalipun dengan beberapa biji tamar atau segelas air. Sabda Baginda saw : “Sesiapa yang menyediakan makanan berbuka bagi orang yang berpuasa baginya ganjaran seumpama pahala orang yang berpuasa tanpa mengurangi sedikitpun pahalanya (orang yang berpuasa)”. [al-Baihaqi dan ibnu Khuzaimah]. 

----------------------------------~~~~-----------------------------------------
10. memenuhi malamnya dengan amalan sunat seperti solat Tarawih, witir dan sebagainya.

Adalah dinasihatkan kepada para imam supaya tidak mempercepatkan solat Tarawihnya sepertimana amalan kebiasaan sebahagian besar mereka di masjid dan surau. Perbuatan tersebut menjejaskan mutu ibadah solat Tarawih mereka kerana 'mencacatkan' tertib solat tersebut seperti ; meninggalkan tomakninah semasa ruku’ dan sujud, mencacatkan bacaan al-Fatihah sebagaimana sepatutnya lantaran ingin kecepatan dalam mengejar waktu sehingga meninggalkan makmum di belakang tertinggal rukun-rukun penting dalam solatnya. Amalan Tarawih seperti itu menjadi tidak sempurna dan berkurangan pahalanya.

Kerana itu berwaspadalah terhadap cara demikian dengan kembali mengamalkan ibadah solat seperti waktu-waktu lain, menyempurnakan qiyam, bacaan al-Fatihah, ruku’, sujud, khusuk, hadir hati dan semua peradaban solat dan rukunnya.

Bagi makmum pula disyorkan supaya sentiasa bersama imamnya di dalam mengerjakan solat Tarawih itu sehinggalah selesai tidak kira banyak mana pun rakaat yang ditunaikan. Sabdanya saw : “Apabila seseorang menunaikan solat bersama imamnya sehinggalah imam itu (selesai dan) beredar, dikirakan untuknya (makmum) pahala qiyam semalaman” [an-Nasaei]. 


~Mufti Negeri Terengganu~

renung-renungkan dan selamat beramal 
~Al-Muzakkir~

Monday, July 25, 2011

~~PAHALA vs DOSA ... MANA LAGI SENANG ?~~

Assalamualaikum n hye ALLS~~ entry hari nih is about..... DOSA AND PAHALA, mana korang nak???
 
 
 
Kenapa kita susah sangat nak buat benda baik ek?...Tapi, kalau nak buat benda-benda jahat laju jek...Kadang-kadang dalam hati dah lama niat nak buat sesuatu yang baik tapi sampai sekarang susah sangat nak buat...hairan bin ajaib...mungkin ada beberapa perkara yang selalu jek halang kita dari jadi seorang yang digelar baik, soleh atau solehah...
 
Syurga Dunia
Ramai manusia yang tergoda dengan nikmat dunia termasuklah aku. Selalu sangat tergoda & tertipu tak tahulah ayat apa yang dipakai sampai syok sangat dengan nikmat dunia ni. Sanggup buat apa jek asalkan semua hajat-hajat tercapai. Kalau tak dapat sanggup memberontak & ramai yang jadi tak normal semata-mata nak kejar glamor dunia. Padahal tak berapa hari jek glamor kat dunia ni. Kat akhirat sorang pun tak pandang keglamouran kita.

Cinta pada nikmat dunia yang buat ramai manusia macam kita ni tertewas. Kelazatan & kenikmatan dunia memang selalu melalai & menghancurkan. Sifat tamak dengan harta benda, duit, pangkat & kedudukan dah macam biasa jek semua orang jadi macam tu. Kalau dah kaya nak lagi kaya. Rumah dah besar macam muzium pun tak cukup nak besar macam istana pulak. Kereta Myvi dah elok-elok tapi tak puas hati nak bikin@convert jadi Toyota Passo pulak. (toyota vios tak termasuk yek.. hihihi)
Insan@manusia@orang
Percaya tak kadang-kadang manusia sendiri yang menghalang kita daripada nak buat baik? Bila kita start nak buat baik nanti adalah mulut-mulut longkang yang akan tegur & cakap yang bukan-bukan & bikin panas telinga. Baru pakai kopiah atau tudung jek orang dah start panggil ustad@ustazah dengan panggilan seakan-akan memerli atau menganjing-nganjing. Belum buat benda baik yang lain lagi. Benda-benda macam ni yang kadang-kadang melemahkan semangat.
Nafsu Serakah
Dengar nama pun dah jahat. Tapi tak semua hawa nafsu tu jahat. Nafsu dengan manusia ni memang tak dapat nak dipisahkan macam irama & lagu jugak, andai dipisah pincanglah irama. Nafsu boleh menukarkan manusia menjadi haiwan seperti haruan yang makan anak, bapak ayam atau ibu ayam, anjing, babi & macam-macam lagi. Inilah dia manusia yang bertopengkan binatang tapi binatang tak pernah pulak nak bertopengkan manusia.

Kalau nak ikutkan nafsu ni memang tak pernah puas unlimited. Seks, makan, shopping ni semua antara nafsu yang susah nak kawal. Sebab tu ramai yang suka berzina, jadi gemuk & muflis sebab 3 nafsu utama ni. Ikut nafsu lesu, ikut rasa binasa & ikut hati mati.

"Sesungguhnya nafsu ammarah itu sangat mengajak kepada kejahatan." (Yusuf: 53)
Syaitan@Setan Gondol
Ini memang musuh kita yang nyata bukan yahudi atau nasrani tapi inilah musuh utama kita. Setakat orang yahudi kita hantar bom jek dah mati, tapi setan ni bom pun tak mati-mati. Dia punya bullet proof jacket tebal sangatlah. Dah memang misi utama setan ialah untuk menghancurkan manusia tak kira siapa pun. Selagi mission belum accomplished selagi tu lah si lakhanat ni akan berusaha untuk menjahanamkan manusia. Sebab tu orang selalu cakap "kau ni jahat macam setan!"

"Sesungguhnya syaitan itu adalah musuh (batiniah) yang nyata" (Yasin: 60)

<<<<<<<<<<>>>>>>>>>>
Kalau rasa nak buat baik kita kena tahanlah dengan ujian-ujian kat atas ni. Selagi tak tahan selagi tulah susah nak buat baik. Semua bermula dengan niat & bila kita berniat kita masukkan dalam hati. Dalam hati tu ada kekuatan, keganasan, kegelisahan, kesedihan, kegembiraan, penyesalan, hajat & keinginan & macam-macam lagi bermula kat situ.

Hati tu ibarat raja dalam badan. Kalau baik hati, baiklah seluruh anggota badan kita. Kalau jenis yang busuk hati selalu sangat dengki kat orang lain maknanya seluruh anggota badannya tak baik & busuk. Jadi, sentiasalah jaga hati kita & hati orang lain agar sentiasa suci & bersih...
 
~+~+~+~+~+~+~+~+~+~+~+~+~+~+~+~+~+~+~+~+~+~

ceritera~
 
Kalau nak ke disko bukan murah.
Kurang-kurang kena bayar RM25 cover charge.
Konon dapat free first drink.
Tapi yang dibagi air yang harga kat 7-Eleven cuma RM1 je...

Senangnya Nak Buat Pahala...
Kalau gi masjid tu, free je.
Dah le takde cover charge,
minum free bukan first drink je.
Berkoyan-koyan pun boley.
Silap-silap dapat makan free lagi...

Susahnya Nak Buat Dosa...
Kalau nak berzina tu, bukannya semudah ABC.
Susah. Nak sewa hotel (duit tu)...
Nak belanja awek tu makan (duit lagi)...
Silap-silap kena tangkap basah.
Ha... Boleh masuk paper free.
Kalau majikan tau, boleh kena buang keje. Laaagi haru...

Senangnya Nak Buat Pahala...
Kalau nak pose sunat tu, anytime, anywhere.
Bangun pagi takde breakfast, terus niat pose.
Dapat dah pahala.
Bukan setakat dapat pahala, siap dapat jimat duit lagi.
Pose tu kan boleh kekang nafsu.
Cume tak masuk paper je.
Tapi insyaAllah masuk syurga.
Laaagi best!

Susahnya Nak Buat Dosa...
Mengumpat tu best kan?
Tu lah hobi hampir semua manusia hari ni.
Tapi, ngumpat punye sedap, keje tak jalan.
Yang keje tu, bos tengok, abis kena haruk.
Yang suri rumah sepenuh masa lak, suami balik tengok sume tak siap, tarik muka.
Gi makan kat kedai Timah Janda, jeles lak tuh.
Timah Janda lak kena umpat...

Senangnya Nak Buat Pahala...
Berzikir mengingati Allah tu cukup mulia.
Allah akan mengingati hambaNya yang mengingati Dia.
Orang pun tak marah. Makin saspek ade. Eh! Respek la...
Suami balik tengok keje sume siap, isteri lak terkumat-kamit berzikir.
Manis je muka.
Nak keluar rumah pun takut rugi.
Beban keje pun kurang terasa...

Susahnya Nak Buat Dosa...
Bagi orang tamak, kumpul harta memang takkan cukup sampai bila-bila.
Kejor le harta dunia ni. Makin jauh dia lari.
Sampaikan ibadah pun terabai, dunia tak gak dapat².

Senangnya Nak Buat Pahala...
Jadik zuhud tu bukan je mulia, malah cukup memudahkan.
Takyah nak sibuk² tamak haloba.
Jiran beli TV baru, sofa baru, langsir baru, lantak ko la.
Sebab dia dapat hutang baru,
kita lak dapat iman yang sentiasa diperbaharukan.
Mane lagih best?

Susahnya Nak Buat Dosa...
Orang kate "Nak hidup terpaksa la menipu".
Ha'ah! Hidup la ko kat neraka. Hehe...
Penipu ni bukan setakat Tuhan benci, manusia pun lebih-lebih lagi.
Kalau tipu duit lagi parah.
Hidup sentiasa dalam ketakutan.
Silap² kantoi, kena ganti.
Tak pun... Saman court dalam... (ikut gaya Aziz Satar dalam Bujang Lapok)

Senangnya Nak Buat Pahala...
Orang jujur ni bukan sahaja dikasihi manusia & malaikat, malah Allah akan sentiasa memberkati hidupnya.
Mungkin dia jadik mangsa pembelit² kat dunia ni, tapi dia takkan jadik mangsa belitan ular kat neraka.
Hidup pun aman, bukan dalam ketakutan.
Bahagia je...


so ape khulasah rakan2?? yang mana lagi senang sebenarnya?? dosa or pahala?? TEPUK DADA TANYA IMAN~~ 
sekian... wallahua'lam~

Friday, July 22, 2011

~~KEMAHUAN -vs- KEPERLUAN~~

Assalamualaikum n hye ALLs~~
today's entri is all about WILL vs NEED~~


Antara kemahuan atau keperluan pasti menjadi taruhan dalam sesuatu pemilihan. Benar, setiap dkali alam kehidupan ini kita pasti akan bertembung dengan pilihan untuk memilih yang mana satu yang menjadi idaman kalbu. Soalnya, adakah ia berupa Kemahuan ATAU Keperluan? aku sendiri juga pernah berdepan dengan keadaan sebegini. Pastinya, berkerut dahi memikir hal sebegini. Nampak ringkas, tetapi rimas . aku akan cuba membawa daripada sudut pandangan aku sendiri dalam memahami kemahuan dan keperluan.

Kemahuan

Kemahuan ini berasaskan kamus Dewan Bahasa & Pustaka yang IR rujuk merupakan dari kata ‘mahu (kata kerja). Bersinonim dengan hendak, ingin, berkeinginan, berkepingin, berhajat, berhasrat, berkenan, bersedia, sanggup, rela, sudi, reda; suka, gemar, berminat, berharap, bercita-cita, berazam, mengidam, dahaga akan, damba akan, berahi akan, sir, embuh, kasik, lepau;, Kata Terbitan : mahu tak mahu, mahupun, semahunya, semahu-mahunya, kemahuan‘


Melihat kepada maknanya aku rasa ia lebih kepada bersifat keinginan kepada sesuatu yang teramat sangat. Bila sudah teringin kepada sesuatu, maka pertimbangan akal akan menjadi nombor dua dalam menentukan keputusan. Walaupun kemahuan itu akan membawa kepada pembaziran, tetapi kerana kita mahukannya, kita inginkannya, maka ia tidak akan dijadikan kewajaran dalam pertimbangan. Mungkin ideologi dalam membuat keputusan aalah berbeza. Namun asasnya tetap sama. Kita terlalu inginkannya. Sebagai kesimpulan paling mudah, aku mengambil contoh telefon bimbit. Kita sedia maklum, telefon bimbit kini menjadi satu kegunaan yang cukup-cukup penting dalam kehidupan seharian. Tidak kiralah jenama Nokia, Samsung, Sony Ericsson dan lain-lain lagi. Aku sudah memiliki telefon bimbit yang biasa2 je pada perkiraan  aku sendiri iaitu NOKIA .. erm ape ntah model dia. Tetapi aku rasa seperti mahukan satu lagi telefon bimbit yang canggih lagi dari yang sedia ada. Maka ini yang dinamakan kemahuan sedangkan keperluan aku sendiri sudah dipenuhi. Muhasabah diri ana kali ini ye.Hehe. Itulah secara peribadi, aku simpulkan kemahuan ini lebih kepada nafsu kerana itu akal selalunya tidak dijadikan asas pertimbangan apabila kita sudah meletakan target kemahuan kita!


Keperluan
Ya. Apakah itu keperluan? Bukankah daripada kemahuan timbulnya keperluan? Mari kita rujuk juga kamus Dewan Bahasa & Pustaka. ‘Keperluan ini merupakan kata dari perlu (kata tugas)’
  1. Bersinonim dengan
    berguna: berfaedah, bermanfaat, mustahak, penting,
  2. Kata Terbitan : memerlukan, keperluan,

Initipati dari maksud keperluan yang aku boleh fahami disini adalah, keperluan merupakan sesuatu yang menjadi wajib dan mesti kerana ia berguna, berfaedah dan lain-lain perkara yang sinonim dengannya. Maka, kesimpulan mudah keperluan merupakan satu perkara yang tidak dapat tidak secara tabi’inya kita memerlukannya. Sebagai contoh aku memerlukan baju untuk bermain. Maka ini merupakan satu keperluan kerana pakaian sememangnya adalah keperluan manusia secara fitrahnya. Try aku bawakan contoh lain. Aku berkehendakan baju kemeja. Pada dasarnya kita melihat ia seolah-olah satu kemahuan. Tetapi ia merupakan satu keperluan kerana baju kemeja tidak sama fungsinya dengan baju yang digunakan untuk bermain. Melihat pemikiran simplistik kita, baju kemeja juga boleh dibuat bermain tetapi adakah ia sesuai dengan peranannya sebagai baju kemeja. Tentu tidak. Anda sendiri boleh menilainya. Kita tiada telefon bimbit, maka, adalah menjadi keperluan untuk memilikinya kerana digunakan untuk berhubung dan seumpamanya. Mungkin apabila kita sudah memiliki telefon bimbit, akan menjadi satu keperluan juga untuk memiliki sebuah lagi telefon bimbit yang baru. Ringkasnya ia bergantung kepada keadaan. Kita sendiri bijak untuk menilai apakah ia merupakan satu keperluan ATAU kemahuan. Kesimpulan mudah bagi memahami keperluan, biasanya naluri akal sendiri meletakkan ia sebagai satu keperluan secara fitrahnya seperti makan, minum dan seumpamanya.




Rumusannya. Kita sudah diberikan akal untuk berfikir oleh ALLAH tentang setiap perkara baik buruk dan segala yang berkaitan dengan kehidupan. Pertimbangan yang berlandaskan Al-Quran dan Hadis adalah suatu pemikiran aras tinggi yang melepasi kesemua pemikiran yang ada di muka bumi. Bukankah ALLAH telah berpesan kepada sekalian makhluknya dalam surah Ar-Ra’d ayat 19:

“Maka Adakah orang Yang mengetahui Bahawa Al-Quran Yang diturunkan kepadamu dari Tuhanmu itu (Wahai Muhammad) perkara Yang benar, sama Dengan orang Yang buta matahatinya? Sesungguhnya orang-orang Yang mahu memikirkan hal itu hanyalah orang-orang Yang berakal sempurna.”

Sekarang keutamaan kita kepada keperluan ATAU kemahuan? Mulakan pengembaraan kendiri anda!


~ Kejadian akal yang diciptakan oleh ALLAH adalah Maha Hebat kuasa ciptaannya. Gunakan ia dengan sebaiknya pasti kebaikan mengiringi bersama ~



sekian saja nukilan aku hari ini~~ slamat membaca y'allsss~~
wallahua'lam~~

Sunday, July 17, 2011

Kawin time muda2~~ insyaAllah smpai lah masa tuh~~

Assalamualaikum sahabat sahabiah sekalian~~ entri kali nih aku petik from laman web www.iluvislam.com~~ sama2 kita renungkan n amalkan~


Setiap saat, setiap waktu, setiap hari, setiap detik, para remaja di "bomb" dari segenap penjuru dengan pelbagai bentuk godaan yang boleh merangsang mereka agar tunduk kepada nafsu. Biasalah bila dah baligh, umur pun sudah meningkat, tanpa godaan pun keinginan tersebut akan timbul juga secara automatik. Apatah lagi sekiranya terdapat banyak godaan daripada suasana sekeliling. Maka secara logiknya, pasti keinginan seksual tu boleh teransang berlipat kali ganda malah, kadang kala ia turut berlaku pada belia yang baru menginjak ke usia remaja lagi.
Berita baru-baru ni mendedahkan kes remaja berumur 14 tahun secara senyap-senyap menjadikan hubungan seks sebagai hobi, dan ibu bapa remaja terbabit tidak tahu menahu langsung akan hal tersebut. Perkara ini mungkin mengejutkan masyarakat yang membacanya tetapi sebenarnya perkara sebegini sudah banyak terjadi dalam masyarakat kita. Ini kerana semuanya tidak mustahil apabila terdapat godaan dan rangsangan yang terlalu banyak di media massa dan elektronik. Maka inilah akibatnya apabila segala-galanya tidak dibendung dan segala perkara yang haram dihalalkan. Penyebab utama yang menyebabkan keruntuhan akhlak dan moral para remaja Islam.

Bayangkan jika sekarang ini sudah bermacam-macam perkara buruk terjadi terhadap generasi muda ini bagaimana pula nasib generasi muda pada masa akan datang? Berkemungkinan besar moral anak-anak muda akan lebih hancur, masyarakat menjadi punah ranah, dan negara akan jatuh kerana penuh dengan belia yang sudah rosak akhlaknya.
Maka apakah diantara jalan yang terbaik utk selesaikan masalah ini? Adakah jalan utk selamatkan spiritual remaja-remaja ini?
Setelah dirujuk pelbagai risalah dan buku-buku Islamik, yang membahaskan isu-isu semasa, dan cara-cara terbaik utk menyelamatkan masyarakat dan anak-anak muda, kebanyakkannya mencadangkan nikah awal sebagai satu cara untuk menghindarkan remaja daripada berterusan melakukan maksiat. Oleh itu, sebagai masyarakat yang prihatin kita seharusnya menggalakkan anak-anak muda supaya kahwin awal disamping menyediakan jalan untuk mereka agar dapat bernikah dengan sah tanpa syarat-syarat yang membebankan.
Islam amat menggalakkan anak-anak muda berkahwin awal. Kerana Islam melihat jiwa remaja pasti akan terancam lebih2 lagi dengan pelbagai godaan yg datang. Di dalam Al-Quran, Allah S.W.T ada berfirman:
"Dan kahwinkanlah orang-orang yang bujang di antara kamu....Jika mereka miskin, Allah akan memberi kemampuan kepada mereka.." (24:32)
Memang benar Islam mengajar kita untuk berpuasa dan menahan nafsu, menjaga pandangan dan sebagainya, tetapi harus diingat, bukan mudah untuk mengawal keinginan nafsu, lebih-lebih lagi nafsu remaja. Oleh itu, perkahwinan adalah jalan terbaik untuk mereka agar menghindarkan diri mereka daripada nafsu.
Namun perkahwinan bukanlah perkara yang mudah. Ibu bapa sudah tentu menginginkan anak-anak mereka berjaya dalam pendidikan, seterusnya memiliki kerjaya yang stabil dan sebagainya. Sudah tentu ibu bapa berfikir bahawa sekiranya mereka membenarkan anak-anak mereka bernikah awal sudah tentu jumlah wang yang terpaksa dikeluarkan tidak terkira banyaknya. Untuk perkahwinan sahaja mungkin akan mencecah tiga puluh ribu ringgit itu belum termasuk kewangan untuk menyara kehidupan mereka selepas berkahwin. Maka disebabkan hal-hal ini ramai yang beranggapan bahawa kahwin awal itu seolah-olah membebankan dan menyusahkan.
Namun, sebagai ibu bapa relakah anda melihat anak-anak remaja anda menghampiri maksiat dan seterusnya terjerumus dalam perkara-perkara yang tidak diingini? Nauzubillah.. Bukankah lebih baik sekiranya anda mempermudahkan anak-anak anda untuk bernikah seandainya mereka dan pasangan mereka sudah terlalu sayang akan satu sama lain? Mungkin perbuatan tidak semudah kata-kata tetapi kita perlu teliti semua aspek dan kesan-kesan yang bakal anak-anak anda hadapi seandainya dibiarkan berterusan bercinta tanpa sebarang ikatan.
Maka, di sini ada disenaraikan beberapa cara untuk membantu anak-anak muda zaman sekarang kahwin awal , yg pertama:
1."Sokongan kewangan" daripada ibu bapa yang berkemampuan.
Ibu bapa yg berkemampuan digalakkan supaya memberi sokongan kewangan kepada para remaja-remaja ini agar mereka dapat berkahwin awal dan bantu mereka menyelesaikan apa-apa yang patut. Islam menggalakkan kita untuk menolong manusia lain yang berada dalam kesusahan sebagai contohnya membantu orang-orang miskin dan orang sakit, oleh itu, sudah tentu sekiranya kita membantu anak sendiri membina masjid iaitu mendirikan rumah tangga ganjarannya pasti lebih besar bukan? 
2. Sokongan Masyarakat.
Masyarakat sewajarnya mewujudkan sebuah organisasi yang menyediakan dana untuk menolong anak-anak remaja ini berkahwin awal. Mengikut sejarah, pernah sekali, seorang lelaki ditangkap dan dibawa menghadap Sayyidina Ali atas perlakuan yg tidak sopan. Selepas Ali menjalankan hukuman yg sepatutnya, beliau mengahwinkan pemuda ini dengan menggunakan kewangan negara.
3. Nikah Gantung.
Iaitu si teruna dan dara tersebut bernikah untuk menghalalkan hubungan antara lelaki dan wanita. Majlis perkahwinan tersebut ditangguh selepas satu ketika dimana pasangan tersebut telah mempunyai sumber kewangan yang kukuh. Kebiasaannya mereka akan tinggal berasingan untuk memfokuskan diri terhadap pelajaran dan sebagainya. Tetapi mereka ini dihalalkan untuk berjumpa dan berpegangan tangan, berdating dan sebagainya ini kerana hubungan antara mereka telahpun halal jika mengikut syarak. Oleh itu andainya mereka bercinta sakan umpama sepasang kekasih yang selalu kita lihat berpeleseran di shopping-shopping complex sekalipun mereka tidak akan mendapat dosa kerana mereka tidak melakukan maksiat.  Malah, seandainya mereka mengambil keputusan untuk tinggal bersama dan melakukan hubungan suami isteri juga tidak salah malah di galakkan didalam Islam. 
4.  Bernikah seperti biasa tetapi..
Cara yang terakhir adalah pasangan remaja ini bernikah dan mengadakan majlis perkahwinan seperti biasa namun, bijak merancang kekeluargaan agar tidak menimang cahaya mata sehingga mempunyai pekerjaan yang tetap dan mempunyai sumber kewangan yang kukuh. 
Ya,begitulah antara kaedah-kaedah yang boleh anda lakukan untuk menggalakkan perkahwinan antara remaja agar dapat mengelak fitnah dan maksiat. Namun, perlu diingatkan ibu bapa perlulah bersikap terbuka sekiranya anak mereka menyatakan hasrat untuk berkahwin walaupun dikala usia masih muda. Selaku ibu bapa anda juga perlu menasihatkan anak bahawa mereka perlu serius dan komited sekiranya benar-benar ingin berkahwin. Ini kerana perkahwinan bukanlah sesuatu yang mudah. Onak duri kehidupan itu pasti akan lebih terasa selepas berada di dalam alam perkahwinan. Sabar, tabah dan keimanan yang tinggi perlu di terapkan dalam jiwa agar perkahwinan yang dibina itu tidak berakhir dengan perkara-perkara yang tidak diingini. Selepas berkahwin, pasangan perlulah membimbing antara satu sama lain agar dapat mendekatkan diri mereka kepada Allah S.W.T.
Apabila kita memahami perspektif Islam yang menggalakkan perkahwinan awal, maka insya-Allah kita akan bersikap lebih terbuka untuk membenarkan remaja-remaja ini berkahwin awal. Andainya ada antara mereka yang belum sempurna pendidikan agamanya, adalah baik seandainya ibu bapa mendidik mereka dengan ilmu agama samada sebelum dan selepas berkahwin. Usahlah anda menghalang para remaja yang ingin mendirikan rumah tangga seandainya mereka masih belajar di Universiti atau Kolej. Yakinlah, dengan bantuan Allah sudah tentu mereka masih boleh menamatkan pengajian masing-masing walaupun bernikah ketika masih belajar.
Bukanlah, niat saya hendak memaksa para ibu bapa mengahwinkan anak-anak anda diwaktu usia muda. Namun, ini adalah antara jalan terbaik yang diajarkan oleh Islam itu sendiri. Terpulang pada anda untuk menentukan yang mana yang lebih baik untuk anak-anak anda kerana sudah tentu anda lebih mengenali mereka. Cuma, seandainya anda mendapati anak remaja anda sudah terlalu sayang dan cintakan kekasihnya bukankah lebih baik untuk menghalalkan hubungan tersebut
Sama-sama kta  merebut kejayaan !


so aku nak tanya kat sini ape pendapat korang sume?? agak2 nak tak kalau korang diberi kesempatan untuk kahwin di usia muda~~ kalau aku NAK!!! sbb dapat mengelakkan maksiat, nak2 pada akhir zaman skarang.. tp duk asing2 ah, fokus study.. just halakan perhubungan itu.. bukankah itu lebih bagooss pada berdating sana sini, berziinaaaa.. nauzubillah~~ aku xnak jadik camtu, malu mak ayah aku~~ so aku serahkan kepada minda n fikiran rasional kawan2 untuk berfikir sejenak~~ semoga rahmat Allah sentiasa ada.. insyaAllah

sekian wallahua'lam~~

Tuesday, July 5, 2011

~~ PENDIDIKAN VS PELAJARAN ~~ (tugasan PN - Pengantar Pendidikan)

Assalamualaikum n hye all~~ todays entri is about GURU.. hehehe.. ni tugasan yang diberikan oleh Pn. Maimunah Ropal, Lecturer PN aku.. so slamat membaca~~

Bismillahirahmanirahim..

Hari ini aku banyak terfikir tentang dua perkara ini. Apa sebenarnya Pendidik dan Pengajar? Pentingkah tahu perbezaan diantara dua benda ni? Kenapa tidak penting pula? Banyaknya soalan... Belajar subjek PN ni mengajar aku untuk berfikir lebih kritikal. Belajar untuk menyelesaikan masalah, kena tahu dari pelbagai sudut. Baru dapat penyelesaian yang terbaik.

Berbalik kepada soalan. Pendidikan dan Pelajaran itu dua perkara yang berbeza, sangat-sangat berbeza-bagi aku. Sebabnya ejaan pun dah berbeza, apatah lagi maksudnya. Pendidikan ini penuh dengan hikmah. Orang yang mendidik semestinya ikhlas mendidik. Orang yang dididik akan cenderung mendengar kata dan hormat pada orang yang mendidik. Tapi bagi pelajaran, ia hanya berdasarkan prestasi akedemik sahaja. Orang yang mengajar boleh jadi tidak ikhlas. Dan bila tiada keikhlasan dalam mengajar, orang yang diajar kurang cenderung untuk hormat pada orang yang mengajar. 

Pengajar boleh jadi pendidik. Tapi pendidik bukanlah pengajar. Sebabnya? Pengajar boleh belajar untuk ikhlaskan hati. bila ikhlas itu ada, dia akan berusaha memastikan orang yang diajar itu faham dan mengaplikasikan perkara yang diajar dalam kehidupan seharian. Bila pengajar itu berusaha bersungguh-sungguh, jadilah dia pendidik. Jadinya pendidik bukan lah pengajar. Tapi pendidik boleh jatuh pada level pengajar bila keikhlasan itu hilang. Kunci utama perbezaan adalah keikhlasan dan faham tugas menjadi guru.

Guru tidak semestinya seseorang yang mengajar di institusi pengajian yang diiktiraf. Tapi sesiapa sahaja yang sudi memberi dan berkongsi ilmu-ilmu yang bermanfaat, dikategorikan sebagai guru. Ibu bapa kita, mereka guru pertama kita, adik-beradik kita juga guru, kawan-kawan, musuh-musuh, penceramah, mereka semua guru tidak rasmi kita. cikgu-cikgu, pensyarah-pensyarah; itu semua guru rasmi.

Bila wujudnnya guru rasmi ini, adakah mereka yang menjadi guru rasmi faham akan tugasan mereka? Adakah mereka itu pedidik atau pengajar. Bila hanya menjadi pengajar, mereka hanya mengajar pelajaran yang berkaitan dengan skop jurusan mereka. Tapi bila jiwa pendidik tertanam di jiwa mereka, walaupun mereka tidak lagi menjadi guru rasmi, mereka tetap akan berusaha mengajar dan mendidik anak-anak agar menjadi insan berguna kepada agama khasnya dan kepada masyarakat amnya. 

Dunia sekarang, kita ditekan dengan kepentingan pelajaran. Perlunya mendapat keputusan yang cemerlang. Apabila hanya pelajaran yang jadi ukuran, apa akan jadi pada sahsiah muda-mudi yang akan menerajui pemerintahan negara akan datang? Apabila guru-guru yang dilahirkan itu berkesedaran untuk mengajar, tercapaikah kita untuk melihat generasi yang terbentuk atas dasar Islam? Penuh dengan akhlak yang tinggi. Jawapannya terletak pada minda kawan-kawan yang dikasihi :-). 

Tapi bila sahsiah itu tidak dibentuk, kepentingan akhlak tidak di tanam, tidak mustahil dunia akan kucar-kacir walaupun bijak pandai berada di merata-rata. Tidak dinafikan pelajaran itu penting. Peperiksaan itu perlu. tapi andai hanya yang pandai itu otak, tidak bertunjangkan iman, kemana hala tuju mereka; generasi muda? Wujudkanlah pelbagai subjek berkaitan adab, akhlak dan sivik, kalau tak tertanam dalam hati tentang kesedaran sivik dan akhlak mulia, tetaplah akan berlaku kerosakan. Walhal tidak mustahil kerosakan yang terjadi itu datangnya dari bijak pandai. Yang skor subjek-subjek tersebut. 

Kalau hanya menjadi guru yang mengajar bukan guru yang mendidik, tetaplah kerosakan itu berlaku. Kuasa mendidik lebih tinggi dari kuasa mengajar. Pendidik mampu menyentuh hati anak-anak muridnya. Sedangkan pengajar? Sampai manakah dia akan terus mampu menongkah mehnah karenah anak-anak muridnya?

Pendidikan itu lebih utama dari pelajaran. Sebabnya; ia merangkumi pelbagai aspek seperti pelajaran, akhlak dan juga kehidupan sebenar di dunia. Kalau pelajaran; merangkumi kepentingan ilmu duniawi sahaja.

Jadinya, ibu bapa memang mendidik kita dengan penuh ikhlas dan rasa kasih. kawan-kawan, sedara-mara, musuh-musuh, mendidik kita secara tidak sedar. Pengalaman itu sendiri mendidik kita. Luasnya skop pendidikan!

Bakal-bakal guru seperti kita harus faham mehnah menjadi seorang pendidik. Agar terus cekal mendidik anak-anak generasi akan datang. Bukan sekadar untuk mendapat pekerjaan tetap. Niat perlulah betul. Andai semua yang bercadang untuk menjadi guru itu sekadar untuk mendapat pekerjaan tetap maka musnahlah generasi remaja akan datang.

Mesti sehabis baik untuk mengelakkan diskriminasi diantara pelajar yang sedia baik dan yang nakal tak bertempat. pelajar yang sedia bijak dan pelajar yang kurang dan lambat memahami pelajaran. Kalau wujud diskriminasi sebegini, mereka yang kurang bernasib baik akan terus hanyut dan tenggelam punca. Wajarkah ia berlaku?

Bukan senang nak jadi seorang guru. dia harus berjiwa besar! Cuba tengok cerita gokusen(cerita jepun), message yang cuba disampaikan, sangat besar. Macam mana nak mendidik mereka yang sudah tertanam rasa diri tidak berguna kepada masyarakat, yang terus-menerus melakukan vandalism. Punca perubahan hanya pada guru yang dapat menyelam hati anak-anak muridya.

Nak mengubah manusia bukan suatu kerja yang mudah. Memang tak dinafikan. Tapi tak mustahil untuk mengubahnya. Jadilah pendidik bukan pengajar. Elakkan diskriminasi di antara pelajar.

coretan ini hanya sekadar pandangan aku Tidak ada kaitan dengan yang hidup atau yang mati. Andai ia memberi manfaat, sahabat-sahabat boleh ambik buat tauladan
.wallaahu`am~