Nuffnang-ADVertisemeNT

Assalamualaikum~~

Friday, July 20, 2012

:: TudiAAA!! Ramadhan mai dah!! ::


Assalamualaikum and salam sejahtera semua.. apa khabar sahabat sahabiah yang dikasihi? Semoga berada dalam jagaan Allah SWT selalu.. insyaAllah entri kali ini akan membicarakan Ramadhan yang kita lalui la ni.. insyaAllah semoga dapat ilmu yang bermanfaat (^^,)

______________________________________________________________________________________________

Ape benda gok Ramadhan nih???


Kalau nak tahu sebenar-benarnya Ramadhan nih perlu kepada pembacaan… jadi, saya gitau laa sedikit sebanyak.. Ramadhan ini adalah satu bulan dalam bulan-bulan di mana umat Islam wajib berpuasa… berpuasa lama mana?? Tempoh umat Islam berpuasa pada bulan Ramadhan ialah selama 30 hari.. buleh jadi jugok 29 hari tp kes-kes tertentu sahaja… Allah swt mewajibkan PUASA melalui kitab suci al-Quran, di dalam Surah al-Baqarah, ayat 183:



Maksudnya: Wahai orang-orang yang beriman! Kamu diwajibkan berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang yang dahulu daripada kamu, supaya kamu bertaqwa.

~ Selain daripada pensyari’atan Puasa, Ramadhan merupakan bulan dimana al-Quran diturunkan.  Firman Allah SWT lagi dalam kitab-Nya yang bermaksud


“Bulan Ramadan, yang di dalamnya diturunkan al-Qur'an sebagai petunjuk bagi manusia dan keterangan-keterangan yang menjelaskan petunjuk dan (menjelaskan) perbezaan (antara yang benar dan salah). Oleh itu, barangsiapa di antara kamu hadir di bulan itu, maka hendaklah dia berpuasa pada bulan itu.."

(Surah al-Baqarah, ayat 185)

____________________________________________________________________________________________


GUane nok niat puasa???




~untuk puasa bulan Ramadhan nih kita kena niat puasa pada 

malam sblm puasa tuh.. COntoh, kita puasa hari Sabtu..

lepas smayang terawih hari jumaat tuh boleh NIAT PUASA

 TERUS.. walaubagaimanapun terdapat perbezaan pendapat

/ khilaf dalam kalangan IMAM MAZHAB berkenaan niat ini..

kalu nok senang, ikut hok MAZHAB SHAFIE (Mazhab kita)

yaitu niat tiap2 hari.. ngerti?



__________________________________________________________________________________________________________

Alhamdulillah, boleh laa kongsi ilmu sikit-sikit.. semoga ikhwan dan akhawat dapat ambil input berguna daripada entri kali ini.. Yang baik itu datang daripada Allah SWT, yang buruk itu datang daripada kelemahan diri ana sendiri.. wallahua'lam.. Selamat Berpuasa :)





Monday, May 28, 2012

[~~ “Mujahadah MUSLIMAT Berpurdah”~~]


Assalamualaikum dan salam sejahtera sahabat sahabiah yg ana kasihi sekalian… semoga sentiasa berada dalam lindungan rahmat Allah SWT. insyaAllah untuk entri yang seterusnya ana ingin cuba menukilkan sedikit pandangan peribadi ana terhadap golongan muslimat yang berpurdah ini… sebenarnya lama doh ana nok tulis pasal nih tapi dok mari idea… Alhamdulillah Allah swt beri ilham untuk ana beritahu ape benda mujahadah seorang wanita yang berpurdah-----
--------------------------------->>>>><<<<<---------------------------------

Apa itu MUJAHADAH, dan PURDAH ?

~ Mujahadah bermaksud berusaha untuk melawan dan menundukkan kehendak hawa nafsu.

~ Purdah pula ialah kain penutup muka untuk wanita yang hanya menampakkan mata sahaja.


--------------------------------->>>>><<<<<---------------------------------

Mujahadah seorang muslimat.

~ Di zaman mutakhir ini sangat susah untuk kita bertemu dengan muslimat yang memakai purdah ketika keluar dari rumah. Ade tak kita jumpa muslimat berpurdah masa pergi shopping di Mydin? GiANT? Ataupun Mesra MALL??? Jika ada Alhamdulillah tetapi kuantiti nya sangatlah sedikit… yang ramai ialah wanita beragama islam yang berpakaian tidak menutup aurat secara total… sebagai contoh, ade yang bertudung tapi pakaian ketat-ketat… ade yang pakai baju kurung, sangat comel tetapi sayangnya tak pakai tudung.. Nampak rambut, AURAT~ kalu kita tengok di kawasan sekitar Kuala Terengganu, sangat sukar untuk mencari muslimat yang benar-benar menutup aurat… Seorang yang menutup aurat secara sempurna adalah mujahidah sejati… KenAPA??? Kerana muslimat tersebut Berjaya melawan nafsunya.. NAFSU YANG BAGAIMANA?? Sudah menjadi fitrah dan nafsu wanita untuk sentiasa dipandang cantik… Muslimat yang melawan nafsu ini telah berjaya dalam proses mujadah diri untuk tidak dipandang cantik oleh lelaki-lelaki yang HARAM memandang mereka… disebabkan itulah mujahadah seorang muslimat sangat bernilai pada zaman sekarang… Ana memang mengagumi sikap dan semangat untuk berkorban muslimat2 nih supaya maruah mereka lebih terpelihara daripada pandangan LELAKI-LELAKI di luar… kalu nok lagi cantik, pakai purdah… Ya Allah, comel sunggoh.. ana memang dokleh laaa tgk muslimat berpurdah nih, comel dekpom (^^,)

--------------------------------->>>>><<<<<---------------------------------

MUSLIMAH BERPURDAH TU TAK CANTIK. Betul ke? ✿◠‿◠

Memang benar muslimah PERPURDAH itu tidak cantik.
muslimah BERPURDAH ITU tidak cantik pada pandangan lelaki mata keranjang kerana muslimah BERPURDAH ITU auratnya tertutup. Padahal lelaki itu hok jenis suka pada segala yang terbuka, yang boleh dilihat tanpa perlu menyingkap apapun. Jadi memang benar muslimah BERPURDAH itu tidak cantik. Tiada istimewanya kan??

muslimah BERPURDAH ITU memang tidak cantik pada pandangan lelaki mata keranjang namun pada pandangan ALLAH, muslimah BERPURDAH ITU adalah yang terindah. Pada pandangan Lelaki soleh pulok, muslimah BERPURDAH ITU adalah yang terbaik. 

Maka masih tidak istimewakah muslimah BERPURDAH ??
Itulah yang buatkan muslimah BERPURDAH teramat istimewa. TIDAK CANTIK tetapi INDAH. Bila indah pada pandangan ALLAH, maka tiada lagi hadiah yang lebih bermakna bagi seorang muslimah.. 


--------------------------------->>>>><<<<<---------------------------------

Mujahidah yg Istiqamah

Ana berharap agar Allah swt sentiasa menanam rasa istiqamah utk terus berpurdah dari semasa ke semasa… jika niat kita ikhlas, insyaAllah kita akan mendapat pertolongan-Nya+ muslimat perlu yakin bahawa setiap cabaran dan tohmahan yang diterima adalah tidak lain merupakan PAHALA yang Allah SWT nak beri kepada kalian… biar lah org kabo gape pon, jgn hiraukan… yang penting kalian semua tahu kenapa hendak berpurdah dan menutup aurat secara TOTAL… Teruskan usaha untuk menjadi MUSlimAT terbaik (^^,)
--------------------------------->>>>><<<<<---------------------------------

  • Alhamdulillah, stakat tu saja penulisan ana untuk kali ini… terdetik hati ana untuk menulis artikel tentang muslimat ini adalah kerana mereka mempunyai tarikan tertentu kepada ana sendiri… ana rasa diri ini lebih tenang melihat golongan minoriti seperti ini berbanding wanita ISLAM yang tidak menutup aurat… bagi Ana, golongan majoriti perlu sedikit sebanyak mencontohi akhlak muslimat ini untuk pengajaran bersama… kalu dok berpurdah pom dakpe doh, asalkan cover aurat dengan betul mengikut kehendak syarak…

*** tapi yang pastinya ana telah jatuh hati kepada muslimat-muslimat yang berpurdah… jangan salah faham, jatuh hati di sini bukan lah kata rasa nk bercinta selalu.. bukan.. maknanya, jika untuk memilih bakal zaujah nanti, ana lebih prefer kepada yang berpurdah… sebabnya mata hati ini rasa tenang melihat satu ciptaan Allah SWT yang sangat cantik itu ditutup auratnya dengan sempurna++ tapi kalau jodoh tuh tidak memihak kepada apa yang dihajati nk buat camne… kita REDHA saja  jadinya sape2 hok ade sahabiah2 berpurdah tuh boleh dah slow2… (“,)


Sekian wallahua’lam – Cg. Ahmad Muzakkir Mohamad


++Sedikit doa yang buleh amal 





“YA TUHAN KAMI, ANUGERAHKANLAH KEPADA KAMI ISTERI-ISTERI KAMI DAN KETURUNAN KAMI SEBAGAI PENYENANG HATI (KAMI), DAN JADIKANLAH KAMI IMAM BAGI ORANG-ORANG YANG BERTAKWA”


“O my Lord! Grant unto us wives and offspring who will be the comfort of our eyes, and give us (the grace) to lead the righteous”


[Surah al-Furqan, 25 : 74]



Friday, April 20, 2012

~ Auratmu, Auratku jua ~

Assalamualaikum dan salam sejahtera umat manusia sekalian+ semoga kalian semua berada di bawah naungan rahmat dan kasih sayang Allah SWT... selawat dan salam ke hadrat junjungan besar baginda Nabi Muhammad SAW dan seluruh keluarga baginda...

-- Alhamdulillah, setelah berhempas pulas dengan minggu yang sibuk dengan kerja-kerja keduniaan, sedikit sebanyak membuka minda untuk berfikir, adakah kita menyibukkan diri dengan kerja-kerja akhirat??? muhasabah khas kepada DIRI SENDIRI dan sahabat sahabiah sekalian++ moga2 diri kita seimbang di antara dunia dan akhirat...

>> insyaAllah untuk entri pada kali ini, saya cuba membawakan satu tajuk yang tidak asing bg kita umat islam iaitu perkara berkaitan AURAT SEORANG ISLAM... alhamdulillah, rentetan daripada satu kuliah mahgrib yg disampaikan di Balai Islam al-Muttaqin IPG KDRI mnggu lepas, sy terpanggil untuk merencanakan isi kuliah di dalam blog ini.. sama2 kita kutip ilmu yang ada (^^,)


-------------------------------------------------+++++-------------------------------------------------


Ape mende gok aurat aurat nih??

- Maksud Aurat dari segi syara':

Suatu yang wajib ditutup atau suatu yang haram dilihat. (Fiqh Al-Manhaji A'la Al-Mazhab Al-Imam Syafie',Jilid 1)


- Aurat ialah bahagian badan atau suara, atau perlakuan yang boleh membangkitkan nafsu jika dipandang, didengar atau dirasa.


**Firman ALLAH SWT di dalam Surah al-Ahzab ayat 59:






Maksudnya: "Wahai Nabi, suruhlah isteri-isterimu dan anak-anak perempuanmu serta perempuan-perempuan yang beriman, supaya melabuhkan pakaiannya bagi menutup seluruh tubuhnya (semasa mereka keluar); cara yang demikian lebih sesuai untuk mereka dikenal (sebagai perempuan yang baik-baik) maka dengan itu mereka tidak diganggu. Dan (ingatlah) Allah adalah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani." 

-------------------------------------------------+++++-------------------------------------------------





Disebut juga dalam beberapa HADIS berkenaan AURAT.

“Jagalah auratmu kecuali terhadap isterimu atau budak(hamba) wanita yang kamu miliki. Aku bertanya, ‘Ya Rasulullah, bagaimana kalau dia sedang bersendirian?’ Nabi saw menjawab, “Allah lebih berhak (patut) kamu berasa malu.”
(Hadith Riwayat Bukhari)

“Jika seorang anak wanita telah mencapai usia baligh, tidak pantas terlihat darinya selain wajah dan kedua telapak tangannya sampai bahagian pergelangannya.”
(Hadith Riwayat Imam Abu Daud daripada Qatadah)


-------------------------------------------------+++++-------------------------------------------------




BATAS-BATAS AURAT

1. Aurat ketika bersendirian.

- Makruh kita melihat aurat sendiri. kita tetap kena jaga aurat kita walaupun berada dalam bilik yang sunyi, kecil, gelap gelita dan hanya kita seorang sahaja.. ini kerana kita kena malu juga kepada ALLAH SWT yang Maha Melihat dan dua malaikat pencatat amalan kita...


2. Aurat di khalayak awam.

-LELAKI :: Macam biasa laah, tutup anggota dari PUSAT HINGGA LUTUT.. bukan nye tutup pusat dan lutut saja, hok lain habih nampok.. malu ke orang tgk kita.. 

- WANITA :: Seluruh tubuh kecuali muka dan tapak tangan... doksoh nok saja2 dok pakai tudung laah, sebab rambut itu aurat.. ye muslimat sekalian..


3. Aurat dengan ahli keluarga.

-LELAKI:: serupa macam hok atas.. tutup anggota dari PUSAT HINGGA LUTUT.. kalu xmboh pakai bju dalam rumoh sbb panas xdok masaloh..

- WANITA:: kalu dengan ahli keluarga, jadi macam aurat lelaki dari pusat hingga ke lutut TETAPI, lebih sopan kalu tutup jugok bahagian atas.. sebabnya supaya tidak berlaku perkara diingini spt sumbang mahram... jadi moleknya ketika sesama ahli keluarga, muslimat pakailaa baju dan seluor.. tudung jela tkpe xsoh pakai..


4. Aurat sesama jantina (sesama ISLAM)

- LELAKI:: standard, macam biasa.. tutup dari PUSAT HINGGA LUTUT...

- WANITA:: kalu bersama dengan wanita islam yang lain aurat dari PUSAT HINGGA LUTUT, tapi moleknya tutup jugok laa hok atas.. supaya nampok lebih molek dan ade tertib terening.. NAMUN BEGITU,  aurat sesama wanita islam juga boleh jatuh haram atas sebab :

"wanita islam yang buruk akhlaknya, yang suka menyebarkan fitnah, suka mengumpat dan boleh menindas kita, dan ditakuti dia akan menyebarkan keburukan yang ada pada aurat kita pada orang lain maka hukumnya jatuh haram. haram bagi seorang wanita muslim untuk membuka auratnya kepada wanita yang tidak baik akhlaknya."


5. Aurat dengan bukan islam.

- LELAKI:: kalu bab aurat lelaki nih dia standard sama je dok kira di mana kita berada.. TUTUP ANGGOTA DARI PUSAT HINGGA LUTUT.. start daripada pusat, bawah perut, kemaluan, peha, pangkal peha dan kepala lutut.. kesemua anggota nih wajib ditutup dengan pakaian yang longgar dan TIDAK KETAT...

-WANITA:: [hok nih diberi penjelasan yang sedikit panjang.. jadinya muslimat mintok baca deh]

+tentang aurat bersama wanita bukan muslim, pada asalnya hukumnya adalah haram. sebab aurat wanita muslim itu dengan wanita bukan muslim sama dengan aurat dengan lelaki bukan mahram. tetapi atas beberapa sebab, dan perbincangan demi perbincangan yang difatwakan oleh jemaah mufti,maka hukum itu diringankan.

+tetapi keringanan ini dibolehkan sekiranya kita betul-betul tiada pilihan lain (tinggal serumah & sebilik).dan dengan syarat juga wanita yang bukan islam itu kita yakini akhlak dan peribadi dia yang baik, dan diyakini yang dia tidak akan menyebarkan fitnah tentang aurat kita.

+DIBOLEHKAN untuk membuka aurat tetapi aurat itu masih terhad iaitu sekadar menampakkan leher, separuh dari singsingan lengan, dari separuh dari betis.aurat ini digelar aurat wanita bekerja. tapi jangan salah faham, bukan aurat kita pergi kerja ofis tu. aurat wanita bekerja bermakna aurat kita ketika menyelesaikan kerja-kerja rumah membasuh,memasak dsbg. kalau nak membasuh ke kan kita singsing lengan dan kain sikit, itulah maknanya aurat wanita bekerja. jadi walaupun terdapat keringanan, tetap ada hadnya juga.

----------------------------------+++++----------------------------------


*** Ada pendapat lain lagi, iaitu walaupun dalam keadaan tidak timbul fitnah, apabila melihat muka dan dua tapak tangan wanita (oleh lelaki ajnabi) hukumnya makruh kerana (muka dan  tapak tangan) dilarang buka. Makruh itu ialah tidak berdosa dibuka cuma tidak sopan

--------------------------------------+++++--------------------------------------

KESALAHAN-KESALAHAN DALAM MENUTUP AURAT




------------------------------------+++++------------------------------------




SPESIFIKASI BETUL BERPAKAIAN MENUTUP AURAT


------------------------------------+++++------------------------------------

jadinya, saya harap pembaca-pembaca dapat memahami isi kandungan kuliah... segala benda yang tak jelas boleh rujuk kepada org yang lebih alim... insyaAllah apa yang kita baca ini kita amal dan sampaikan kpd orang lain.. yang baik itu datang daripada Allah dan yang buruk itu daripada diri saya sendiri... wallahua'lam (^^,)


Sunday, March 25, 2012

12 SIFAT MANUSIA DI DALAM AL-QURAN [PART 1—Sifat 1 hingga 6]

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua umat muslimin dan muslimat yang dirahmati Allah SWT sekalian… semoga hari ini dan hari-hari mendatang kita dilimpahi berkat, rahmat dan nikmat daripada Allah SWT… lama sudah rasanya ambe tidak update barang2 dalam blog nih… jadinya, insyaAllah post ambe yang terbaru ini ade perkaitan yang sangat rapat dengan sikap dan sifat kita sebagai seorang manusia… insyaAllah sama2 kita hayati (^^,)

-- Dalam Quran, Allah banyak sebut pasal INSAN yaitu kita ni laaa.. macam2 jenis perangai dan sifat kita telah diberitahu oleh ALLAH SWT sejak 1400 tahun dulu lagi! meh kita tengok serba sedikit apa sifat kita sebenornya+



----------------------------->>><<<<-------------------------

SIFAT 1 – LEMAH LAGI DAIF

Maksudnya: … kerana manusia itu dijadikan berkeadaan lemah. (Surah an-Nisa’ 4:28)

+Dalam al-Quran Allah SWT cerita doh, kabo doh, explain doh bahawa kita manusia ni adalah sangat lemah dan daif… jadinya, bila mana kita ni lemah, dok rok cetong, maka menjadi satu KEMESTIAN untuk kita bergantung HANYA KEPADA ALLAH swt… 

+Banyak doh zaman sekarang, zaman lening, manusia lebih brgantung kepada ALLAH SWT.. ramai menjadi HAMBA TAGHUT, HAMBA PITIH, HAMBA KETE BESOR, HAMBA DUNIA.. XDOK hok berusaha untuk menjadi HAMBA ALLAH (ABDULLAH)

+Oleh itu, marilah kita merenung kejadian diri kita ini yang sangat lemah, memerlukan kepada kebergantungan yang tinggi kepada ALLAH SWT yang MAHA ESA.

--------------------------+++++++--------------------------

SIFAT 2 – ZALIM

Maksudnya: …Sesungguhnya manusia (yang ingkar) sangat suka menempatkan sesuatu pada bukan tempatnya lagi sangat tidak menghargai nikmat Tuhannya. (Surah Ibrahim 14:34)

+ Sifat kedua kita ni, meletakkan sesuatu yg bukan pada tempatnya yakni ZALIM. Kita bubuh benda tuh bukan pada tempatnya… contoh, beli peti sejuk letok dalam bilik tidur…bela kucing comel2, pahtu letok ngata gawa… tuh secara analogi

+apa yg nak diberitahu sini ialah KITA NIH jenis sembunyikan kebenaran sampai jadi orang yang DOK MENGHARGAI NIKMAT… alim ulamak kabo doh benda nih haram, benda nih dokleh buat, tetapi kita buat jugok.. Mencuri itu HARAM, tapi kita baham jugok pitih rakyat… tuh zalim laaa tuh, tidak menghargai nikmat tangan yang Allah beri.

+jadinya, marilah sama2 kita insafi diri…hargai nikmat yang Allah beri… gunakan nikmat ini pada jalan yang diredhai…

--------------------------+++++++--------------------------

SIFAT 3 – TERGESA-GESA


Maksudnya: …dan sememangnya manusia itu (bertabiat) terburu-buru. (Surah al-Isra’ 17:11)

+sifat hok nih memang jelas kita dapat tengok… bak kata orang teganung, manusia nih jenis pongoh, dok reti nok sabor sikit… kita sentiasa tergesa-gesa bila nakkan sesuatu…

+kita tergesa-gesa nok SYURGA, tetapi beramal dengan amalan AHLI NERAKA… kita pongoh nok masuk syurga, tetapi duk lawan hokum ALLAH SWT… kita pongoh nk gi jumpa NABI MUHAMMAD tetapi tidak mempraktikkan Sunnah NABI… GUANE KITE??

+ oleh hal yang demikian, marilah kita sama-sama merenung, latih sifat sabar dalam diri… moga-moga kita tidak tergesa-gesa dalam sesuatu perkara…insyaAllah

--------------------------+++++++--------------------------
SIFAT 4 – KEDEKUT 

Maksudnya: …dan sememangnya manusia itu bertabiat bakhil kedekut. (surah al-Isra’ 17:100)

+ Allah SWT beritahu doh dalam al-Quran, kita manusia nih bersifat dengan sifat KEDEKUT… org teganung kata kupit… bila tiba masa orang mari kutip duit, mitok sedekah, dihalaunya orang tuh… apa salahnya kita jadi pemurah sikit, belanja dia makan…

+ Nabi SAW pesan doh, ade 3 perkara yang bila kita mati pon, pahalanya akan berterusan iaitulah sedekah yang terus digunakan… contoh, kite sedekoh kipas dinding 3 buah kpd SURAU kampong kita… selagi mana kipas tuh diguna, selagi tu laa kita buleh saham akhirat…

+ jadinya, pakat-pakat kita ringankan tangan untuk derma kepada rumah-rumah Allah SWT dan golongan yang memerlukan…

--------------------------+++++++--------------------------
SIFAT 5 – BANYAK MEMBANGKANG

Maksudnya: …Dan sememangnya manusia itu, sejenis makhluk yang banyak sekali bantahannya. (Surah al-Kahfi 18:54)

+ hok ni paling banyok sekali kita boleh tengok… menda yang Allah SWT beritahu, NAbi SAW kabo, kita tak nak dengor… xmboh terima langsung… Allah suruh sembahyang, kita dok buat… Allah SWT suruh tutup aurat, kita brpakaian tetapi telanjang… Nabi SAW suruh pecoh tong2 arak, kita duk bina kilang arak…

+ sebab tulah ORANG MUKMIN nih bila dengar perintah Allah dan rasul dia dengar pastu taat… orang hok dok berapa nk dengor nilah hok jenis banyak membangkang…

--------------------------+++++++--------------------------
SIFAT 6 – TERBURU-BURU

Maksudnya: Jenis manusia dijadikan bertabiat terburu-buru dalam segala halnya. (Surah al-‘Anbiya’ 21:37)

+Hok nih lebih kurang sama dengan SIFAT 3 tadi… jenis terburu-buru, paten pongoh… banyok kali Allah SWT sebut dalam Quran tentang sifat MANUSIA yang terburu-buru…

+Ketika malaikat masuk roh ke dalam jasad Nabi Adam, masa tuh roh sapa di paras pinggang baru, dari ke pinggang ke bawah masih lg spt patung, keras khejong gitu lagi.. tapi Nabi Adam menongkat tangan doh nok bangun… 

+ Gitu lah kita nih memang jenis tergesa-gesa.. pongoh cari kesenangan dunia, cari kemewahan dan kebahagian dunia tanpa menyedari akan kehidupan AKHIRAT yang kekal abadi… (^^,)
--------------------------+++++++--------------------------


---akhir kalam, marilah kita sama-sama menginsafi sifat-sifat kita yang lemah ini... kalu nk banding dengan semua ciptaan Allah SWT, MANUSIA LAA YANG PALING LEMAH... biar kita ingat dan reti sikit.. semoga kita menjadi UMAT YANG RETI BAHASA dengan Pencipta+

*insyaAllah akan disambung dalam PART 2 pulopsss... wallahua'lam (^^,)


PAKAT-pakat tingkatkan AMAL, kurangkan KONTROVERSI

Tuesday, December 27, 2011

:: CINTA dan RINDU | LOVE and LONGING ::

Assalamualaikum n salam sejahtera+ lama benor dok update blog neh.. utk post seterusnya ambe tulis skit pasal cinta dan rindu.. pebenda gok cinta dan rindu nih sebenornya?? slamat membaca (^^,)

--------------------------------+++++--------------------------------
Ramai orang hok bercakap pasal masalah problem berkenaan C.I.N.T.A. nih tapi dok sesuai dengan yang sebenornye. Bila bercakap pasal cinta, mereka tidak menjelaskan batas-batas dan maknyanya secara syari’e. Batas yang dikabo nih bukan batas padi ye sahabat-sahabat, tapi hak dan tahap dalam pergaulan. Kalau sebut pasal cinta je mesti meleret leret smpai ke prmasalahan zina, dan dikaitkan pulok dengan zina hati. +Guane gamok gitu??

Cinta dan rindu nih adalah benda yg berkait rapat dgn manusia yang nak memotivasi diri diorang utk menjaga serta mendorong kehormatan dan kemuliaannya sendiri. Muslimin dengan cara muslimin, muslimat dengan cara muslimat. +Masing-masing ada care die doh kan~
Sy tgk kalu nk brcakap soal cinta nih, prkara paling utama utk dititikberatkan ialah batasannya, penyimpangannya, advantages and disadvantages. +amik toh, speaking sket… kite ngaji TESL dekpom~  CInta dan Rindu, dua dua nih ada dalam setiap hati insan yang bernama manusia dan mmberi makna sesuai dgn apa hok kita semua rasai. +sape sape hok tadok perasaan cinta tuh bahaye, kene cek molek~ (",)

 --------------------------------+++++--------------------------------


CINTA, LOVE (Al-Hubb)

+menda apa gok cinta cinta neh, acu kabo gok sikit~ cinta nih ialah kecenderungan hati pada sesiapa yg kita cintai. tak kisah laa awek ke, bini ke, umi ke ayoh ke, sape sape yg kita cinta. Sbg contoh, pernikahan. Takde bahagia dan berfaedah sesuatu hubungan kecuali jika adanya cinta dan kasih sayang yang lahir dalam hati suami dan isteri tersayang. Kunci, org putih kata ‘key’ utk timbulnya kecintaan adalah melalui pandangan. Bak kata pepatah “tak kenal maka tak cinta”.

Oleh sebab itulah Rasulullah SAW anjurkan pada sape sape hok gi meminang utk tgk sket calon dia tu supaya sampai rasa cinta.
Sungguh telah diriwayatkan oleh Imam Ahmad dan Nasa’i dari Mughirah bin Su’bah r.a berkata:

“Aku telah meminang seorang wanita.” Lalu Rasulullah SAW bertanya kepadaku: “Apakah kamu telah melihatnya?” Aku berkata: “Belum.” Maka beliau bersabda: “Maka lihatlah dia, kerana sesungguhnya hal itu pada akhirnya akan lebih menambah keserasiann dan kasih sayang antara kamu berdua.”
 
Kebanyakan orang, lebih-lebih pemuda dan pemudi, mereka takut untuk menghadapi cinta kerana tanggapan bahawa cinta yang tumbuh di dalam hati itu adalah dosa dan mereka mengira diri mereka sedang bermaksiat, berzina hati, bahkan salah seorang di antara mereka memandang, bila hatinya condong pada seseorang bererti dia telah berbuat dosa.
Mereka ragu ragu tntang pemahaman dalam cinta. Pemuda pemudi tgk cinta nih sesuatu yg merosakkan sbb mereka dh tgk kesannya drpd lelaki dan wanita yg telah rosak. +punoh ranoh, jeng kreng~ perkara sepert bersekedudukan, gurau senda, sentuh sentuh dan ada yang lebih teruk lagi hingga ke lembah zina ini berlaku sebab insan insan ini menegakkan hubungan cinta yang tidak disyariatkan oleh Allah swt. Mereka lari daripada landasan islam. Sesungguhnya rasa nak lelaki kepada seorang wanita and vice versa itu merupakan syahwat drpd byk2 syahwat yang telah Allah swt hiaskan dalam diri manusia dalam hal cinta ni.

Ertinya Allah SWT menjadikan di dalam syahwat apa-apa yang menyebabkan hati lelaki itu cenderung pada wanita, sebagaimana firman Allah SWT:

“Dijadikan indah pada (pandangan) manusia kecintaan kepada apa-apa yang diingini, iaitu: wanita-wanita, anak-anak…” – Aali-’Imran: 14.

“Diberi rasa cinta padaku dari dunia kalian: wanita dan wangi-wangian dan dijadikan penyejuk mataku dalam solat.” – HR Ahmad, Nasa’i, Hakim dan Baihaqi.

+try test kalu takdok rasa cinta & berasa nok lelaki kpd prempuan atau sebaliknya. Takdok laa org menikoh. Xdok fmly laa org kata~

namun begitu, Allah SWT tidak meletakkan rasa cinta seorang lelaki terhadap seorang wanita itu bertentangan dengan syari’at-Nya TETAPI untuk menegakkan hukum-hukum  yang betul iaitu pernikahan.


Dari Abdullah bin Abbas r.a berkata: telah bersabda Rasulullah SAW: “Tidak terlihat dua orang yang saling mencintai, seperti pernikahan.”

Dan agar orang-orang Islam menjauhi jalan-jalan yang rosak atau keji, maka Allah SWT telah menyuruh yang pertama sekali agar menundukkan pandangan, kerana ‘pandangan’ itu kunci kepada hati, dan Allah SWT telah haramkan semua sebab-sebab yang membawa pada fitnah, dan kekejian, seperti berduaan dengan orang yang bukan mahramnya, bersalaman, berciuman antara lelaki dan wanita, kerana perkara-perkara ini dapat menyebabkan condongnya hati. Maka bila hati telah condong, dia akan sulit sekali menahan jiwa setelah itu, kecuali yang dirahmati Allah SWT.
Cinta hok sebenar benar tulus ikhlas dan murni ni ialah yang dijaga kehormatannya. Maka tiada dosa padanya seperti yang disebutkan oleh sebahagian ulama seperti Imam Jalaluddin as-Suyuthi, bahawa orang yang mencintai seseorang, lalu menjaga kehormatan dirinya dan dia menyembunyikan cintanya maka dia diberi pahala
--------------------------------+++++--------------------------------


Rindu (Al-‘Isyq)

Sebelum nih kita berbicara soal cinta. Ok, skarang kita tgk pulak apa itu rindu. +rindu ngan cinta ni kan saling ade kaitan, ke guane saing2??+ rindu ni ialah cinta yang berlebihan. Prasaan cinta yang xleh dibendung terhadap seseorang. Ada jenis rindu nih yang diikuti dengan menjaga diri dan ada jugok hok ke lembah hina. Jadinya kita boleh kabo rindu tu bukanlah hal yang tercela dan keji secara mutlak. Sebabnya, boleh jadi orang yang rindu itu, kerinduannya disertai dengan kepandaian dia menjaga diri dan kesuciannya.

Sebagaimana telah disebutkan tentang cinta, maka rindu juga seperti itu, termasuk amalan hati, yang manusia tidak mampu menguasainya. Tapi manusia akan dihisab atas sebab-sebab yang diharamkan dan atas hasil-hasilnya yang haram.



Adapun rindu yang disertai dengan menjaga diri padanya dan menyembunyikannya daripada orang-orang, maka padanya pahala, bahkan Ath-Thohawi menukil dalam kitab Haasyi’ah Marakil Falah dari Imam Suyuthi yang mengatakan bahwa termasuk dari golongan syuhada di akhirat ialah orang-orang yang mati dalam kerinduan dengan tetap menjaga kehormatan diri dan disembunyikan daripada orang ramai meskipun kerinduan itu timbul daripada perkara yang haram.
Kita ni rindu sangat ke seseorang tp kita jaga diri n kesucian kita, insyaAllah boleh pahala kita. Ingat baik. SEbaik-baik kerinduan ialah RINDU UNTUK BERTEMU RASULULLAH SAW.

 --------------------------------+++++--------------------------------

haaa, jadinya sahabat2 faham doh laaa kan apa itu cinta dan rindu? nk bercinta buleh tapi tunggu lepas kahwin laaa.. ISLAM MENGGALAKKAN CINTA SELEPAS KAHWIN:: Ust Azhar Idrus ade pesan nak berpasangan BOLEH tp dengan niat untuk menjadikan pasangan kita itu sebagai ISTERI atau SUAMI.. wallahuta'ala a'lam+

Tuesday, October 18, 2011

~ REMAJA, remaja, oohhh TeenaGER ~ manfaatkan usia remajamu+

dipetik dari blog:: http://suhilinain.blogspot.com (Suhili bin Nain
 
assalamualaikum n salam sejahtera sahabat sahabiah yg disayangi skalian~ setelah sekian lama tdk mengarang, sy bawakan satu topik yg sangat penting utk tatapan REMAJA-REMAJA atau orang putih kabo TEENAGERS yg ada diluar sana+ slamat membaca (^^,)


'Mind Set' Tentang Usia Remaja.

Masa remaja adalah zaman yang paling manis, kerana pada zaman remaja hidup kita lebih bebas berbanding ketika berada di usia kanak-kanak. Dalam zaman remaja, pelbagai perkara yang boleh kita rasakan dan ceburi, daripada soal cinta hinggalah kepada persahabatan dan pelbagai benda baru. Kita merasa kita saat itu sepatutnya dibiarkan bebas untuk memilih apa yang kita inginkan. Terlerai daripada kongkongan kedua orang tua. 
 
 

Itulah anggapan yang bermain di dalam kebanyakan minda mereka yang meningkat ke usia remaja. Namun, sekiranya kita berfikir secara kritis dan teliti, apa yang difikirkan di atas itu sebenarnya daripada jauh kebenaran yang sebenar. Zaman remaja bukanlah zaman 'enjoy' dan bergembira, tetapi sebenarnya ia adalah zaman yang cukup kritikal dan menjadi penentu kepada masa depan kita. Tersilap langkah, buruk padahnya!

Apa-apa keputusan yang akan kita lakukan dalam lingkungan usia remaja ini, ianya akan memberi 'effect' yang besar kepada masa depan ketika meningkat usia dewasa nanti.
 
 ----------------------------------->>>>><<<<<-----------------------------------
 

Apa Kata Islam Tentang Remaja?

Menurut Islam, lingkungan usia remaja bukanlah lesen untuk kita hidup dalam serba kebebasan. Bahkan, usia lingkungan remaja sebenarnya adalah satu permulaan, bahawa bagi seseorang insan itu memulakan memegang amanah dan tanggungjawab sebagai khalifah dan hamba Allah SWT. Sabda Rasulullah SAW:

"Diangkat pena (tidak dicatat amalan) dari tiga golongan: orang yang tidur sehingga dia bangun (jaga), dan kanak-kanak sehingga dia bermimpi (baligh),  dan orang yang gila sehingga dia berakal (siuman)." (HR Ahmad. Terdapat hadis sahih di dalam Irwa Al-Ghalil yang mempunyai maksud yang sama tetapi dengan lafaz yang berbeza)

Baligh adalah 'first step' bagi bermulanya kehidupan usia remaja. Daripada hadis di atas, jelas kepada kita bahawa remaja adalah saat bermulanya penulisan catatan amalan bagi seseorang insan. Ini bermakna, segala tindakan yang dilakukannya bermula daripada tempoh baligh itu akan dipertanggungjawab kepadanya oleh Allah SWT di hari penghisaban kelak.

Bayangkan, seorang remaja yang baru baligh dan memasuki lingkungan usia remaja. Tidak lama beberapa jam selepas beliau baligh, remaja itu telah meninggal dunia kerana telah tiba ajalnya. Maka bagi remaja itu, masa beberapa jam selepas baligh itulah yang akan menentukan nasibnya di hari Akhirat kelak.

Sekiranya dalam masa beberapa jam itu dia menghabiskan masa dengan perkara yang berfaedah dan ibadat kepada Allah SWT, maka insya' Allah nasibnya di alam yang berikutnya akan menjadi mudah. Tetapi cuba bayangkan, seandainya dalam masa beberapa jam yang singkat itu dia meninggal dunia dia telah menghabiskan masanya dengan perkara yang tidak berfaedah, perbuatan maksiat yang mengundang murka Allah SWT, apakah akibat yang akan menimpa dirinya setelah itu?

Oleh itu, seharusnyalah bagi setiap remaja yang beragama Islam menyedari perkara ini, dan menginsafi diri bahawa usia remaja bukanlah untuk hidup sebebas-bebasnya, tetapi sebenarnya ada permulaan sebuah tanggung jawab yang besar. Ingat, terlebih bebas selalunya terbabas!
 
 
 ----------------------------------->>>>><<<<<-----------------------------------
 
Remaja Soleh: Antara Tujuh Golongan Yang Mendapat Naungan.

Telah disebutkan dalam sebuah hadis sahih yang diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim, bahawa pada hari kiamat nanti, ketika hari di mana tiada naungan melainkan naungan daripada Allah SWT, terdapat tujuh golongan yang akan diberi keistimewaan. Saat manusia lain sedang berdiri di dalam sinaran cahaya yang cukup panas dan menyengat, tujuh golongan ini pula sebalik berada dalam suasana yang tenteram dan aman, kerana mereka mendapat naungan perlindungan daripada Allah SWT.

Diantara tujuh golongan berkenaan, salah satunya adalah pemuda yang membesar dalam keadaan beribadat kepada Allah SWT. Inilah keistimewaan dan kelebihan yang akan diberikan oleh Allah SWT kepada mana-mana remaja yang ketika dalam proses pembesarannya menghabiskan masanya untuk mentaati perintah Allah SWT dan menjauhi larangan-Nya.

Atas dasar menyedari perkara inilah mengapa para Salafus Soleh yang terdahulu ketika usia remajanya menghabiskan masanya dengan usaha menuntut ilmu dan beramal. Bahkan cukup mengangumkan, ada diantara para Salafus Soleh itu usia remaja lagi sudah menjadi orang yang terpandang, bahkan mencapai taraf ilmuan yang menjadi sebutan.

Sebagai contohnya, Imam Syafi'e Rahimahullah, pendiri kepada Mazhab Syafi'e dan penyusun kitab Usul Feqh yang pertama, ketika usianya mencecah 18 tahun dalam usia remaja, keilmuannya sudah melayakkannya untuk mengeluarkan fatwa yakni menjadi mufti dan menjadi rujukan dalam menjawab persoalan umat. Imam Syafi'e, ketika kecilnya sehinggalah mencapai usia dewasa beliau tidak pernah jemu untuk menuntut ilmu dan beramal. Selain itu, terdapat lagi banyak lagi kisah-kisah lain daripada kalangan para Salafus Soleh yang ketika usia remajanya telah menjadi antara yang terbilang di dalam sejarah umat Islam serta menjadi kebanggaan hingga kini.


Perkara ini seharusnya menjadi pedoman buat kita tidak mengira peringkat usia, menjadi contoh dan pembakar semangat dalam mengejar kejayaan dalam kehidupan dunia dan di akhirat yang kekal abadi. Sekiranya perkara ini dapat dihayati oleh remaja hari ini dengan sebaiknya, ianya boleh  satu menjadi 'turning point' yang besar dalam pemikiran mereka.
 
 ----------------------------------->>>>><<<<<-----------------------------------
 
Kalau Bukan Remaja, Siapa Lagi?

Sudah menjadi lumrah, setiap yang muda pasti akan tua, dan setiap yang tua pasti akan pergi, kerana takdir Ilahi telah menetapkan "Kullu nafsin dza iqotul maut!" (Setiap jiwa pasti akan merasai kematian).

Begitulah masa silih berganti. Remaja hari ini adalah generasi pelapis masa depan, suatu hari nanti mereka pasti akan dewasa, dan seterusnya memegang nasib umat ini. Pujangga pernah bermadah:

"Seandainya engkau ingin melihat masa depan sesuatu umat, maka lihatlah kepada pemudanya hari ini!" 

Oleh itu, menyedari hakikat ini remaja sepatutnya mempersiapkan diri daripada sekarang untuk memikul tanggung jawab yang besar itu. Jangan asyik mengamalkan sikap, "Tidak apa, orang lain kan ada!", kerana masa depan dan kekuatan itu bukan dibina dengan seorang, tetapi ianya dibina dengan ratusan, ribuan dan jutaan orang.

Untuk membina masa depan yang gemilang, remaja juga harus mempunyai jati diri dan membuang sikap memandang remeh kewujudan serta sumbanganya,

"Alah, aku seorang saja bukan boleh akibatkan apa-apa pun!".
Ingat, kecil bukan bermakna tidak bererti atau tidak penting. Bahkan perkara yang kecil itulah sering membawa perubahan yang drastik dan cukup besar dalam kehidupan dan masa depan. Kerana menyimpang beberapa darjah, panah yang dilepaskan boleh tersasar jauh daripada sasaran!
 

 ----------------------------------->>>>><<<<<-----------------------------------
 
 so ape pandangan sahabat sahabiah sekalian tentang usia remaja? adakah hanya bererti KEBEBASAN semata-mata atau TURNING POINT untuk mencorakkan masa dewasa kita.. INGAT, masa remaja yg akan mencorakkan masa dewasa kita... konklusinya, sama2 kita renung n muhasabah diri agar kita berada di landasan yang betul, yakni mencapai mardhatillah.. wallahua'lam~~