Nuffnang-ADVertisemeNT

Assalamualaikum~~

Tuesday, October 18, 2011

~ REMAJA, remaja, oohhh TeenaGER ~ manfaatkan usia remajamu+

dipetik dari blog:: http://suhilinain.blogspot.com (Suhili bin Nain
 
assalamualaikum n salam sejahtera sahabat sahabiah yg disayangi skalian~ setelah sekian lama tdk mengarang, sy bawakan satu topik yg sangat penting utk tatapan REMAJA-REMAJA atau orang putih kabo TEENAGERS yg ada diluar sana+ slamat membaca (^^,)


'Mind Set' Tentang Usia Remaja.

Masa remaja adalah zaman yang paling manis, kerana pada zaman remaja hidup kita lebih bebas berbanding ketika berada di usia kanak-kanak. Dalam zaman remaja, pelbagai perkara yang boleh kita rasakan dan ceburi, daripada soal cinta hinggalah kepada persahabatan dan pelbagai benda baru. Kita merasa kita saat itu sepatutnya dibiarkan bebas untuk memilih apa yang kita inginkan. Terlerai daripada kongkongan kedua orang tua. 
 
 

Itulah anggapan yang bermain di dalam kebanyakan minda mereka yang meningkat ke usia remaja. Namun, sekiranya kita berfikir secara kritis dan teliti, apa yang difikirkan di atas itu sebenarnya daripada jauh kebenaran yang sebenar. Zaman remaja bukanlah zaman 'enjoy' dan bergembira, tetapi sebenarnya ia adalah zaman yang cukup kritikal dan menjadi penentu kepada masa depan kita. Tersilap langkah, buruk padahnya!

Apa-apa keputusan yang akan kita lakukan dalam lingkungan usia remaja ini, ianya akan memberi 'effect' yang besar kepada masa depan ketika meningkat usia dewasa nanti.
 
 ----------------------------------->>>>><<<<<-----------------------------------
 

Apa Kata Islam Tentang Remaja?

Menurut Islam, lingkungan usia remaja bukanlah lesen untuk kita hidup dalam serba kebebasan. Bahkan, usia lingkungan remaja sebenarnya adalah satu permulaan, bahawa bagi seseorang insan itu memulakan memegang amanah dan tanggungjawab sebagai khalifah dan hamba Allah SWT. Sabda Rasulullah SAW:

"Diangkat pena (tidak dicatat amalan) dari tiga golongan: orang yang tidur sehingga dia bangun (jaga), dan kanak-kanak sehingga dia bermimpi (baligh),  dan orang yang gila sehingga dia berakal (siuman)." (HR Ahmad. Terdapat hadis sahih di dalam Irwa Al-Ghalil yang mempunyai maksud yang sama tetapi dengan lafaz yang berbeza)

Baligh adalah 'first step' bagi bermulanya kehidupan usia remaja. Daripada hadis di atas, jelas kepada kita bahawa remaja adalah saat bermulanya penulisan catatan amalan bagi seseorang insan. Ini bermakna, segala tindakan yang dilakukannya bermula daripada tempoh baligh itu akan dipertanggungjawab kepadanya oleh Allah SWT di hari penghisaban kelak.

Bayangkan, seorang remaja yang baru baligh dan memasuki lingkungan usia remaja. Tidak lama beberapa jam selepas beliau baligh, remaja itu telah meninggal dunia kerana telah tiba ajalnya. Maka bagi remaja itu, masa beberapa jam selepas baligh itulah yang akan menentukan nasibnya di hari Akhirat kelak.

Sekiranya dalam masa beberapa jam itu dia menghabiskan masa dengan perkara yang berfaedah dan ibadat kepada Allah SWT, maka insya' Allah nasibnya di alam yang berikutnya akan menjadi mudah. Tetapi cuba bayangkan, seandainya dalam masa beberapa jam yang singkat itu dia meninggal dunia dia telah menghabiskan masanya dengan perkara yang tidak berfaedah, perbuatan maksiat yang mengundang murka Allah SWT, apakah akibat yang akan menimpa dirinya setelah itu?

Oleh itu, seharusnyalah bagi setiap remaja yang beragama Islam menyedari perkara ini, dan menginsafi diri bahawa usia remaja bukanlah untuk hidup sebebas-bebasnya, tetapi sebenarnya ada permulaan sebuah tanggung jawab yang besar. Ingat, terlebih bebas selalunya terbabas!
 
 
 ----------------------------------->>>>><<<<<-----------------------------------
 
Remaja Soleh: Antara Tujuh Golongan Yang Mendapat Naungan.

Telah disebutkan dalam sebuah hadis sahih yang diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim, bahawa pada hari kiamat nanti, ketika hari di mana tiada naungan melainkan naungan daripada Allah SWT, terdapat tujuh golongan yang akan diberi keistimewaan. Saat manusia lain sedang berdiri di dalam sinaran cahaya yang cukup panas dan menyengat, tujuh golongan ini pula sebalik berada dalam suasana yang tenteram dan aman, kerana mereka mendapat naungan perlindungan daripada Allah SWT.

Diantara tujuh golongan berkenaan, salah satunya adalah pemuda yang membesar dalam keadaan beribadat kepada Allah SWT. Inilah keistimewaan dan kelebihan yang akan diberikan oleh Allah SWT kepada mana-mana remaja yang ketika dalam proses pembesarannya menghabiskan masanya untuk mentaati perintah Allah SWT dan menjauhi larangan-Nya.

Atas dasar menyedari perkara inilah mengapa para Salafus Soleh yang terdahulu ketika usia remajanya menghabiskan masanya dengan usaha menuntut ilmu dan beramal. Bahkan cukup mengangumkan, ada diantara para Salafus Soleh itu usia remaja lagi sudah menjadi orang yang terpandang, bahkan mencapai taraf ilmuan yang menjadi sebutan.

Sebagai contohnya, Imam Syafi'e Rahimahullah, pendiri kepada Mazhab Syafi'e dan penyusun kitab Usul Feqh yang pertama, ketika usianya mencecah 18 tahun dalam usia remaja, keilmuannya sudah melayakkannya untuk mengeluarkan fatwa yakni menjadi mufti dan menjadi rujukan dalam menjawab persoalan umat. Imam Syafi'e, ketika kecilnya sehinggalah mencapai usia dewasa beliau tidak pernah jemu untuk menuntut ilmu dan beramal. Selain itu, terdapat lagi banyak lagi kisah-kisah lain daripada kalangan para Salafus Soleh yang ketika usia remajanya telah menjadi antara yang terbilang di dalam sejarah umat Islam serta menjadi kebanggaan hingga kini.


Perkara ini seharusnya menjadi pedoman buat kita tidak mengira peringkat usia, menjadi contoh dan pembakar semangat dalam mengejar kejayaan dalam kehidupan dunia dan di akhirat yang kekal abadi. Sekiranya perkara ini dapat dihayati oleh remaja hari ini dengan sebaiknya, ianya boleh  satu menjadi 'turning point' yang besar dalam pemikiran mereka.
 
 ----------------------------------->>>>><<<<<-----------------------------------
 
Kalau Bukan Remaja, Siapa Lagi?

Sudah menjadi lumrah, setiap yang muda pasti akan tua, dan setiap yang tua pasti akan pergi, kerana takdir Ilahi telah menetapkan "Kullu nafsin dza iqotul maut!" (Setiap jiwa pasti akan merasai kematian).

Begitulah masa silih berganti. Remaja hari ini adalah generasi pelapis masa depan, suatu hari nanti mereka pasti akan dewasa, dan seterusnya memegang nasib umat ini. Pujangga pernah bermadah:

"Seandainya engkau ingin melihat masa depan sesuatu umat, maka lihatlah kepada pemudanya hari ini!" 

Oleh itu, menyedari hakikat ini remaja sepatutnya mempersiapkan diri daripada sekarang untuk memikul tanggung jawab yang besar itu. Jangan asyik mengamalkan sikap, "Tidak apa, orang lain kan ada!", kerana masa depan dan kekuatan itu bukan dibina dengan seorang, tetapi ianya dibina dengan ratusan, ribuan dan jutaan orang.

Untuk membina masa depan yang gemilang, remaja juga harus mempunyai jati diri dan membuang sikap memandang remeh kewujudan serta sumbanganya,

"Alah, aku seorang saja bukan boleh akibatkan apa-apa pun!".
Ingat, kecil bukan bermakna tidak bererti atau tidak penting. Bahkan perkara yang kecil itulah sering membawa perubahan yang drastik dan cukup besar dalam kehidupan dan masa depan. Kerana menyimpang beberapa darjah, panah yang dilepaskan boleh tersasar jauh daripada sasaran!
 

 ----------------------------------->>>>><<<<<-----------------------------------
 
 so ape pandangan sahabat sahabiah sekalian tentang usia remaja? adakah hanya bererti KEBEBASAN semata-mata atau TURNING POINT untuk mencorakkan masa dewasa kita.. INGAT, masa remaja yg akan mencorakkan masa dewasa kita... konklusinya, sama2 kita renung n muhasabah diri agar kita berada di landasan yang betul, yakni mencapai mardhatillah.. wallahua'lam~~

Friday, September 30, 2011

bILa rasa L.E.M.A.H. menjelMA~

dipetik daripada laman web www.iluvislam.com

(Karya:: DR ZAINUR RASHID ZAINUDDIN)

--------------------->>><<<---------------------
Senario A – Engkau semua jangan buat bising ok ! Aku tengah down ni, nanti aku campak semua barang-barang atas meja ni!
Senario B – Aduuuuh, sedihnya rasa ! Sampai hati dia menolak lamaranku. Aku  tengah down betul ni. Kau pergilah jauh-jauh sebab aku memang perlukan ketenangan sekarang ni.
Senario C – Tak mengapalah, ini urusan peribadi. Aku dah belajar macam nak mati tapi keputusanexam masih tak cukup makan. Biarlah aku menyendiri sebab aku tengah down ni.
----------------------------~~~++~~~----------------------------
Sememangnya rasa lemah atau rasa 'down' atau rasa 'futur' itu kadangkala menyapa diri. Setiap yang bernama insan pasti akan berhadapan dengan ujian di dalam hidupnya. Kadang-kala ujian dan diikuti dengan ujian yang datang bertimpa-timpa yang mungkin menyebabkan kita sukar untuk bangkit kembali.

Setelah ujian datang :
Ujian ini boleh membuatkan kita semakin kuat daripada sebelumnya. Kadang-kala kita boleh pintas bangkit semula ke kekuatan yang sama. Kadang-kala ujian ini boleh membuatkan kita rebah tersungkur. Kadang-kadang dengan satu ujian sahaja kita boleh hilang arah dan boleh membuat keputusan yang luar biasa
Andainya kita bangkit semula, maka syukur kepadaNya kerana kita berjaya melepasi ujian ini dan bakal menyaksikan bahawa kita akan menjadi insan yang lebih tabah dan lebih berjaya di masa depan.
Namun jika gagal bangkit, kita bakal melalui jalan buntu mahupun membuat laluan baru yang penuh berliku dan tidak mustahil ianya mungkin bertentangan dengan arus perjalanan yang pernah kita lalui sebelum ini.

Adakah sinar mentari di hari esok? Bagaimana kita akan menghadapinya?
Kita harus menghadapi setiap ujian yang ditempuhi dengan bersangka baik kepada Allah swt. Sudah pasti di sana ada hikmah dan kebaikan di dalam setiap perkara yang berlaku yang mungkin tidak kita ketahui maksudnya.
Firman Allah swt yang bermaksud :
"Diwajibkan atas kamu berperang, padahal berperang itu adalah sesuatu yang kamu benci. Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui." 
[Surah Al-Baqarah, 2: 216]

Seterusnya kita boleh menghadapi ujian ini dengan:
Beristighfar dan berdoa memohon pertolongan daripada Ilahi. Bermuhasabah diri, ujian ini mungkin juga disebabkan kesilapan atau dosa-dosa kita sendiri. Menyuarakan rasa hati kepada ke dua orang tua kita atau 'orang lama' atau tokoh yang kita kenali.
Berbincang dan meluahkan perasaan dengan pendidik atau 'murabbi' kita. Berkongsi permasalahan dengan teman atau kenalan yang rapat. Jangan ikutkan sangat perasaan downdan emosi diri. Menyebukkan diri dengan kegiatan dan aktiviti luar yang sihat

Masih bersedih ?
Ambillah sedikit masa di sebelah keheningan malam untuk bertadabbur dengan ayat-ayat Allah swt sebelum tidur. Bersolat taubat dan menginsafi kesalahan diri. Masuk tidur lebih awal di dalam keadaan berwudhuk. Bangun di awal pagi untuk mendapatkan ketenangan bermunajat kepada Ilahi. Bersolat tahajjud sambil menyatakan rasa atau hasrat hati kepada Ilahi di dalam sujud yang terakhir dengan rasa penuh rendah diri dan berharap kepadaNya.

Ingatlah akan janji Allah swt di dalam al Quran yang bermaksud,
" ... Barangsiapa bertaqwa kepada Allah, nescaya Dia akan membukakan jalan keluar bagiNya, dan Dia memberinya rezeki dari arah yang tidak disangka-sangkanya. Dan barangsiapa bertawakkal kepada Allah, nescaya Allah akan mencukupkan (keperluan)nya. Sesungguhnya Allah melaksanakan urusanNya. Sungguh, Allah telah mengadakan ketentuan bagi setiap sesuatu." ( Surah At-Talaq, 65: 2-3)

Masih adakah harapan untuk bangkit kembali?
Bukankah semua ujian ini datangnya dari Allah s.w.t? Ada kemungkinan besar bahawa Allah s.w.t menyimpan sesuatu yang lebih baik untuk kita yang tidak kita ketahui apa yang bakal berlaku selepas ini. Jadi, kepada siapakah lagi yang harus kita harapkan jika tidak dikembalikan kepadaNya kerana Dia adalah yang Maha Berkuasa dan Penyelesai kepada semua masalah serta ujian-ujian kehidupan.
Jom ! Mari kita bangkit agar terus jadi kuat....!
-----------------------------------+++<>+++-----------------------------------
 
Wallahua'lam.. segala yg baik itu datang daripada 
 
ALLAH swt dan segala yg buruk itu adalah kekurangan
 
diri sy sendiri..

(C) Ahmad Muzakkir Mohamad (^^,)

Friday, September 16, 2011

~~ Belum sampai S.E.R.U. -- is it true??? ade ke??

Assalamualaikum n hye ALLS.. setelah sekian lama beraya, brjaya gak ambe post entri baru hari nih~~ slamat membaca sahabat2++

 
Oleh: Mohd Sukki Othman (Ustaz Shauqi) 
[http://www.ustazshauqi.com/]
 
Setiap manusia tidak terlepas daripada menunaikan amanah dan tanggungjawab terhadap Allah SWT. Kehidupan manusia di dunia ini adalah untuk mencari bekalan yang secukupnya sebagai persediaan untuk akhirat. Untuk mendapatkan kebahagiaan di dunia dan di akhirat, syariat Islam perlu ditunaikan oleh setiap individu muslim yang akil baligh. Persoalannya ialah bilakah seseorang itu sudah mencapai tahap akil baligh? 
 
  
Terdapat segelintir anggota masyarakat yang masih lagi dangkal dengan pengertian akil baligh yang sebenarnya.  Apabila ditanya kepada mereka tentang solat, menutup aurat, berpuasa, dan perintah-perintah Allah yang lain, terdapat di antara mereka yang sudah pun akil baligh dengan selambanya menjawab ‘belum sampai seru’, ‘nantilah, bila hati sudah ikhlas, aku akan laksanakan perintah Allah tu!’, ‘aku tak nak jadi orang yang hipokrit membuat sesuatu tanpa ikhlas’, dan pelbagai ungkapan dan alasan lain yang dikemukakan. 
 
 

Adakah mereka masih lagi belum bersedia untuk memikul tanggungjawab dalam mentaati perintah Allah SWT?. Adakah mereka beranggapan bahawa masih lagi muda, masih banyak masa untuk bertaubat bila tiba masanya yang difikirkan sesuai?  Mungkin ada yang sampai usia 55 tahun pun masih lagi belum baligh, kononnya belum sampai seru!
 

Maksud baligh ialah apabila seseorang lelaki atau perempuan telah sampai pada tahap umur tertentu, maka dia menjadi seorang yang layak menerima taklif (tanggungjawab) yang ditentukan oleh syarak seperti solat, puasa, haji dan lain-lain. Orang Islam yang akil baligh disebut juga sebagai ‘mukalaf’. Menurut Kamus Dewan edisi ketiga, baligh bermaksud cukup umur atau dewasa (biasanya apabila mencapai umur antara 9-12 tahun bagi perempuan dan 12-15 tahun bagi lelaki). Manakala   ‘mukalaf’ bermaksud orang yang telah cukup umur dan diwajibkan mematuhi hukum-hukum Islam.
 
 
------------------------------------------------>>>><<<<-------------------------------------------------

Menurut Syeikh Dr. Mustafa al-Bugha dan rakan-rakan dalam buku al-Fiqh al-Manhaji, tahap baligh seseorang itu dapat diketahui dengan beberapa perkara:
 
  1. Mimpi keluarnya mani, sama ada lelaki atau perempuan.
  2. Melihat darah haid. Ini khusus untuk perempuan sahaja. Waktu yang menjadikannya baligh disebabkan mimpi atau keluar haid ialah apabila dia mencapai umur sembilan tahun Qamariah. (menurut bulan Islam). Kelewatan atau tidak daripada umur tersebut adalah bergantung keadaan sesebuah negeri dan suasana kehidupan.
  3. Berumur 15 tahun berdasarkan tahun Qamariah (hijrah). Keadaan ini diambil kira apabila tidak berlaku mimpi atau tidak keluar haid.
------------------------------------------------>>>><<<<------------------------------------------------- 
 
Sewajarnya setiap individu muslim sudah mengetahui dengan yakin apabila sudah sampai umur baligh, maka sudah sampailah ‘seruan’ kepada mereka untuk melaksanakan perintah Allah SWT dan menjauhi segala laranganNya. Pada tahap itu mereka sudah mampu dari segi segala aspek fizikal dan mental  untuk memikul serta melaksanakan perintah Allah SWT, dan sudah lengkap bersedia dengan ilmu fardu ain dan bukan masanya lagi untuk berlengah dan bertangguh!  Ini kerana mereka telah bertanggungjawab atas segala perbuatan  sebagai ‘hamba’ Allah SWT. Baik atau buruk akhlak dan prestasi  sebagai ‘hamba’ Allah SWT sudah ada ganjaran dan hukumannya.



Akan tetapi, apa yang mendukacitakan dewasa ini ialah persoalan baligh tidak lagi diambil berat malah dipandang remeh pula. Terdapat di antara anggota masyarakat sama ada ibu bapa atau  remaja hanya menganggap baligh merupakan perkara biasa yang tidak perlu diberi perhatian serius. Natijahnya, kewajipan dan amanah yang perlu ditunaikan terus diabaikan.


Anak ialah amanah Allah kepada ibu bapa supaya  menjaga dan memelihara mereka mengikut landasan Islam. Ibubapa diwajibkan berusaha dengan bersungguh-sungguh melaksanakan didikan agama terhadap anak mereka. Mendidik anak agar memahami tanggungjawab terhadap Islam itu adalah wajib hukumnya.


Ramai ibubapa pada hari yang hanya mementingkan pembelajaran akademik anak mereka semata-mata, akibatnya terdapat anak yang tidak tahu membaca al-Quran, tidak tahu menunaikan solat, dan tidak boleh membaca surah al-Fatihah. Lebih teruk lagi apabila terdapat anak yang tidak tahu apa itu mandi hadas besar, dan masih tidak tahu menyebut kalimah syahadah dengan betul walaupun sudah mencapai usia baligh.  


Justeru, ibu bapa memainkan peranan penting untuk mendidik anak agar mereka memahami erti baligh dan dewasa. Apabila seseorang anak sudah mencapai umur baligh,  ibu bapa perlu memisahkan anak lelaki dan anak perempuan mereka dari bilik tidur masing-masing untuk menghindarkan berlakunya perkara yang tidak diingini. Langkah ini akan dapat menyedarkan mereka bahawa tidak manis berkongsi bilik apabila telah meningkat akil baligh.


Ibu bapa juga sebenarnya bertanggungjawab untuk melatih anak-anak mereka untuk melaksanakan perintah Allah sejak mereka belum mencapai usia baligh lagi sebagai persediaan ke arah itu. Ini telah ditegaskan oleh hadis Rasulullah SAW yang diriwayatkan oleh Imam Ahmad dan Imam Abu Daud  yang bermaksud:   
 
 "Suruhlah anak kamu solat apabila mereka berumur tujuh tahun dan pukullah mereka apabila mereka berumur sepuluh tahun (sekiranya enggan menunaikan solat) dan pisahlah mereka di tempat tidur apabila mereka berusia sepuluh tahun."  
 

Selain itu, ibu bapa juga wajar memberi penerangan kepada anak-anak supaya tidak masuk ke dalam bilik tidur ibu bapa mereka dengan sesuka hati dan tanpa keizinan. Peraturan ini telah ditetapkan oleh Islam agar tidak berlaku sesuatu yang tidak diingini seperti sumbang mahram dan sebagainya.   
 
 
 
Firman Allah SWT dalam surah al-Nur ayat 58  bermaksud : 
  "Wahai  orang yang beriman, hendaklah budak-budak (lelaki dan wanita) yang kamu miliki, dan  orang yang belum baligh dari kalangan kamu, meminta izin kepada kamu (sebelum masuk ke tempat kamu), dalam tiga masa bagi kamu (yang biasanya terdedah 'aurat kamu padanya). Kamu dan mereka tidaklah bersalah kemudian daripada tiga masa ; (iaitu) sebelum solat Subuh, dan ketika kamu menanggalkan pakaian (luar)mu di tengah hari, dan sesudah solat Isyak. (Itulah) tiga aurat bagi kamu. Tidak ada dosa atasmu dan tidak (pula) atas mereka selain dari (tiga waktu) itu. Mereka melayani kamu, sebahagian kamu (ada keperluan) kepada sebahagian (yang lain). Demikianlah Allah menerangkan kepada kamu ayat-ayat-Nya (yang menjelaskan hukum-hukum-Nya); dan (ingatlah) Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana."   

 Tambahan daripada itu, anak-anak juga perlu diajar agar bersopan santun menurut kacamata Islam sama ada dari segi berpakaian, pergaulan sehari-hari, akhlak, ketaatan kepada Allah dan seumpamanya. Mereka perlu dididik dan diberi kefahaman yang cukup tentang Islam sejak mereka kecil lagi  agar bila mereka mencapai usia baligh, mereka dapat melaksanakan segala perintah Allah dan meninggalkan laranganNya dengan mudah dan selesa.
 
 
            Di samping tanggungjawab ibubapa terhadap anak, para remaja yang meniti usia baligh juga perlu berperanan untuk memastikan diri mereka berada pada jalan yang lurus dan yang diredhai Allah. Jangan hanya asyik membicarakan tentang perubahan fizikal pada tubuh badan sahaja seperti soal jerawat yang mula tumbuh, suara yang mula garau dan bentuk badan yang sudah berubah. Persoalan iman, ilmu dan akhlak perlu diutamakan!.


            Mereka yang sudah akil baligh sepatutnya sudah menjadi matang iaitu mampu   berfikir, menilai dan bertindak dengan betul. Sesuatu perkara yang hendak dilakukan, hendaklah didasarkan kepada pemikiran yang sihat berlandaskan syariat Islam. Ingatlah, bahawa setiap perlakuan yang dilakukan di atas dunia ini akan dihitung oleh Allah SWT di akhirat kelak. Firman Allah SWT dalam surah al-Zalzalah ayat 7-8 bermaksud:
 

 “Sesiapa yang mengerjakan kebaikan seberat zarah sekalipun, nescaya dia akan melihat (balasan)nya, dan sesiapa yang mengerjakan kejahatan seberat zarah sekalipun, nescaya dia akan melihat (balasan)nya pula”.
 
------------------------------------------------>>>><<<<-------------------------------------------------
            Ringkasnya, antara tanggungjawab seorang mukallaf yang sudah akil baligh ialah:
 
~Mematuhi dan menunaikan segala perintah Allah seperti menunaikan solat, berpuasa di bulan Ramadhan, menutup aurat, menunaikan amanah, berdisiplin, dan lain-lain.
 
~Meninggalkan segala larangan Allah seperti berzina, minum arak, berjudi, melepak, menagih dadah, menderhaka kepada ibubapa, menipu, khianat dan sebagainya.
 
~Mewujudkan hubungan yang baik sesama manusia seperti berkasih sayang, bermaaf-maafan  dan saling bekerjasama. 
 
~Melaksanakan konsep amar maaruf dan nahi mungkar iaitu menyeru masyarakat ke arah perkara-perkara kebaikan dan mencegah kemungkaran.  
 
~Menjauhi perkara yang boleh menjatuhkan maruah agama, keluarga, bangsa dan negara.
------------------------------------------------>>>><<<<------------------------------------------------- 

akhirulkalam, ambe berharap sahabat2 yg baca nih bleh clearkan kotak fikiran kita tentang frasa "TAK SAMPAI SERU LAGI".. sebaliknya cuba sedaya upaya untuk berubah.. tak perlu secara drastik, slow2 sudah memadai.. (^^,)
 
kalau kita buat perkara kecik tapi istiqamah, sesungguhnya itu lebih baik.. :-) .. insyaAllah sama2 kita menuju REDHA ALLAH s.w.t.

semoga segala amalan kita diterimanya dan byk2 berdoa semoga kita berubah ke arah lebih baik yakni lebih beragama dan mengamalkan ISLAM~~ insyaALLAH

-+ Wallahua'lam (",) +-

Monday, August 29, 2011

~~ 1 Syawal, Aidilfitri ~~ Slamat Berhari RAYA!!

Assalamualaikum.. sempena hari baik bulan baik nih, ambe post entri bersempena dgn Hari Raya Aidilfitri ni lah~~ haaaa, so slamat membaca!



---------------------->>>>>><<<<<<-----------------------
[Hari Raya Aidilfitri]

+ Hari Raya Aidilfitri (Arab: عيد الفطر‎; 'Ayd al-Fiṭr; "perayaan fitrah") disambut pada 1 Syawal tahun Hijrah.

+ Dikenali sebagai Hari Raya Puasa, Hari Raya Fitrah, dan Hari Lebaran.

+ Perayaan yang disambut diseluruh dunia oleh umat Islam 


 

---------------------->>>>>><<<<<<-----------------------
[Zakat Fitrah dan Takbir]

+ Zakat boleh dibayar sehingga sebelum mula sembahyang Sunat Aidilfitri

+Apabila tarikh Hari Raya telah ditentukan, umat Islam akan bertakbir dan bertahmid sambil memuji kebesaran Allah.

+ Tempoh bertakbir bagi Hari Raya Aidilfitri = ANTARA terbenamnya matahari(hari terakhir bulan Ramadan) SEHINGGA solat sunat Hari Raya Aidilfitri bermula pada pagi 1 Syawal tahun Hijrah.



---------------------->>>>>><<<<<<-----------------------
[Persiapan Aidilfitri]

+ Di Malaysia, Hari Raya Aidilfitri disambut dengan meriah.

+ Jualan murah sana-sini.

+ Pusat bandar dipenuhi manusia.

+ Jalan raya penuh dengan kenderaan.

+ Fenomena BALIK KAMPUNG~



---------------------->>>>>><<<<<<-----------------------
[Amalan Lazim ketika Hari Raya]

+ Ziarah-menziarahi :: Selepas selesai solat --> kubur (melawat sedara-mara yg telah meninggal) --> melawat sanak-saudara...

+ Amalan budak2 pegi cari duit raya::

+ Ada sesetengah rumah yang buat 'Open House' a.k.a. RUMAH TERBUKA AIDILFITRI!
+ Pakaian :: Baju Melayu, Baju Kurung, Jubah dan macam2 lagi~~ Variasi pakaian..


---------------------->>>>>><<<<<<-----------------------

 Disini saya, Ahmad Muzakkir B. Mohamad ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Maaf Zahir & Batin~~ Saya dengan rendah diri memohon ampun & maaf di atas segala kesilapan dan kekhilafan yang disengajakan ataupun tidak disengajakan... terutama skali kpd Umi dan Ayoh tersayang-- Along mintak maaf dari hujung rambut sampai hujung kaki... halalkan segala makan minum, duit dan segala benda yang Umi dan Ayoh korbankan untuk membesarkan ALong++ ^^ --- once again, slamat berhari raya!




sekian, wallahua'lam~~



Thursday, August 25, 2011

|Riak~ APA ITU RIAK? adakah kita bersifat dgn SIFAT RIAK?|

Assalamualaikum n hye allS~~ topic prbincangan hari ni is about satu prasaan mazmumah yg ada dalam setiap diri insan yang bergelar MANUSIA iaitu R.I.A.K.~~ sama2 kita hayati|

-------------------------->>>>><<<<<-------------------------



Peristiwa ini berlaku di sebuah beranda surau ketika selesai solat tarawikh berjamaah serta moreh pun selesai dinikmati..Perbualan ini berlaku diantara dua sahabat baik yang bernama Rahman dan Putra...

Rahman : Putra, camne dgn pose ko tahun nie..ok tak? selalu berbuka orang umah masak ke gi bazar ramadhan kat pekan kita nie..

Putra : Alhamdulillah, setakat nie ok rasanya..Tak la letih sgt sebab ujan turun mencurah2 kot..Biasanya, org umah aku masak, man...aku beli kuih je kata bazar ramadhan tue...ko camne, ok tak???

Rahman : Aku pun alhamdulillah...cume time bulan2 pose nie aku risau la...

Putra : Ko risau ape???

Rahman : Aku risau perasaan riak tumbuh kat diri aku nie...ketika kita berlumba2 membuat amal ibadat spt bersolat sunat dhuha di pejabat, tadarus jam 12.00 di pejabat, tidur sebentar antara jam 1.00 - 1.15 di opis, aku risau ia jadi riak sebab rakan2 lain nmpak apa yg aku buat...dibandingkan kalau kita buat di rumah, tiada siapa yang tahu...kurang sikit perasaan tu timbul..

Putra : Ada kebenaran kata kau tue, man..ye la..bila kita buat di opis, semua org nampak kan berbanding kita buat di rumah..aku puji ko sebab ko risau akan sekelumit perasaan riak itu..tapi man, segala2nya bergantung pd niat kita samada nak menunjuk2 atau ikhlas merebut ganjaran Allah SWT...

Rahman : Aku kalau bole mmg nak buat dgn ikhlas, putra..tp bile rakan2 lain memuji aku jadi takut..takut ia akan menuju ke arah keriakan..aku takut perasaan mazmumah spt sombong, takbur seolah2 aku shj yg berlumba2 beribadat...

Putra : Sabar, man.. yg penting ko tetapkan iman ko dan banyakkan beristighfar..insyaAllah...hanya Allah sahaja yang tahu niat ko ikhlas atau tidak dan aku yakin ibadat kau itu ikhlas dan insyaAllah Allah SWT akan mendengar cetusan hati ko ini...ok la, man..aku dah nak balik nie...esok, kite jumpe lg ya..insyaAllah...Asslamualaikum..

Rahman : Waalaikumussalam...terime kasih putra sudi dengar masalah aku nie..ko la sahabat sejati aku teman dikala susah dan senang..

Untuk para pembaca, pernahkah kalian mengalami perasaan diatas..jika pernah, apakah tips agar perasaan was-was dan riak ini tidak wujud atau cuba menyusup di dalam hati kita..Layangkan minda para pembaca sekalian...

terdapat beberapa perbuatan yang kita tak sedar, ia adalah riak sebenarnya. Contohnya… 
 
 1. Kita tidak mahu menderma di depan orang kerana TAKUT ORANG KATA kita nak menunjuk2.

2. Kita sering solat sunat (dhuha misalnya) tapi satu hari kawan kita datang dan kita tinggalkan solat sebab TAKUT KAWAN KATA kita alim sangat.


3. Kita nak cerita kebaikan kita tapi ayatnya “AKU BUKAN NAK RIAK” supaya ORANG yang dengar INGAT yang kita ni memang baik.


*bila kita bimbang dituduh riak jika ingin melakukan sesuatu benda baik, KITA SUDAH PUN BERSIKAP RIAK DALAM DIRI~~ renungan.. ikhlaskan hati LILLAHITA'ALA
-------------------------->>>>><<<<<-------------------------

Maksud riak biasanya dikaitkan dengan perbuatan menunjuk2 di depan orang. Biasa kita dengar, atau kita sendiri kata benda macam ni:

 “Aku bukan nak riak..”
“Takmau la buat ni, takut riak pulak”
“Tengok tu, menunjuk2. Riak!”

Riak dari segi bahasa maksudnya memperlihatkan, manakala dari segi istilah ialah melakukan sesuatu bukan kerana Allah. Riak ini adalah sesuatu yang bahaya, maksudnya amatlah kronik sehinggakan ia menjadi kebimbangan Rasulullah SAW, di dalam hadis yang marhumnya,

“Yang paling takuti aku atas kalian adalah syirik kecil” Para sahabat bertanya, “wahai Rasulullah, apakah syirik kecil itu?” Baginda menjawab, “Riak” (HR Ahmad).

Syirik maknanya mensekutukan Allah dengan sesuatu yang lain.
Riak menjadi syirik kecil apabila kita menyekutukan Allah dengan makhluk-Nya, iaitu manusia lain.

Riak adalah sifat yang berlawanan dengan ikhlas. Bila ikhlas bermaksud kita melakukan sesuatu kerana Allah, maka riak bermaksud sebaliknya iaitu melakukan sesuatu bukan kerana-Nya.

Contoh perbuatan riak ialah:

1. Solat dengan begitu kusyuk sekali supaya orang yang melihat akan berasa “Wow, kusyuknya dia ni solat, mesti alim ni”

2. Bersedekah dengan banyak supaya orang kata “Wow, pemurahnya dia!”

3. Mengaji dengan suara merdu dan tajwid yang betul supaya orang kata “Wow, hebatnya dia mengaji!”



-------------------------->>>>><<<<<-------------------------
 
Ikhlas adalah bila…
 
1. Kita tidak mahu menderma di depan orang kerana TAKUT ALLAH MARAH bila kita merasa ujub bila derma lebih dari orang lain.

2. Kita sering solat sunat (shuha misalnya) tapi satu hari kawan kita datang dan kita tinggalkan solat sebab ALLAH KATA wajib muliakan tetamu, solat dhuha tu sunat je.

3. Kita cerita je lah dengan niat semoga Allah memberi hidayah kepada kita dan yang mendengarnya. Baik ke buruk semua pembalasan dari Allah.

Riak ni sangat tersembunyi. Sebab ia kan satu spesis dengan ikhlas, cuma berlainan arah. Ikhlas adalah perbuatan yang sulit (waduh, kok cakap Indon) untuk dilihat dengan mata kasar, sukar untuk dikesan. 

Begitu juga dengan riak. Kerana ia melibatkan hati. Kita mana boleh nak tahu hati sesiapa, sedangkan Nabi pun tak tahu. Dalam hati sendiri pun sukar nak dikesan “Aku ni ikhlas ke riak?”

Riak juga boleh jadi bila kita melakukan ibadat kerana sesuatu, contohnya kerana nak lulus periksa, maka solatlah kita awal waktu, siap solat sunat, solat hajat, puasa bagai. Sekali periksa tak berapa nak lulus, terus bungkus semua tu. Siap marah2 Tuhan lagi “Aku semayang hajat semua pun Kau tak beri lulus? Ini tidak adil! Malas semayang!”.  Ataupun,periksa dah lulus, so buat apa nak lakukan semua tu lagi kan? Salah ni sume, amal ibadah kita kena ikhlas, bukan sebab nakkan sesuatu. 

Memangla kita kena ada extra effort kalau mahu something, tapi dia kena ada follow up. Kalau tak dapat, usaha lagi, atau bertaubat, mungkin kafarah dosa. Kalau dapat, bersyukur dan buat la jugak semoga nanti dapat lagi banyak.

Bagi orang kebanyakan seperti saya, riak ni kadangkala disalah faham dengan ujub. Maksud ujub ialah merasakan dirinya lebih dari orang lain. Lebih alim, lebih kaya, lebih pandai, lebih segala-mala la. Dia adik beradik dengan riak, tapi ujub tak semestinya riak, dan riak tak semestinya ujub. Tapi biasanya kalau dah ujub tu mestilah ada riak jugak. Kalau rasa diri alim, mesti la nak tunjuk kealiman kan. Orang mesti pandang aku… paling kuat ibadat, paling pandai mengaji, paling berilmu….

Satu lagi sifat yang ada kaitan dengan riak ialah sum’ah. Sum’ah ialah memperkatakan tentang amal baiknya. Berbeza dengan riak yang meperlihatkan, sum’ah ialah memperdengarkan.

Takbur pula ialah membesar-besarkan diri. Dia jelah yang hebat. Dia jelah yang best. Dia jelah yang ada blog. Eh? hahahaha~~ blog2

-------------------------->>>>><<<<<-------------------------
 
Riak adalah sejenis penyakit. Jadi adalah ubatnya.  APakah ubat riak?

1) Melakukan sesuatu amal kebaikan kerana suruhan Allah. Bukan kerana pahala, atau pembalasan, atau nak periksa, atau pujian orang atau apa2. Dah Tuhan suruh tu buat aje lah.

2) Selalu muhasabah diri.. adakah aku ikhlas? Atau nak tunjuk kat orang je?
 
3) Selalu berdoa semoga Allah tetapkan iman dan jauhi dari sifat2 riak.
 
4) Banyakkan ibadah sunat yang jauh dari pandangan orang.
 
5) Sentiasa bertaubat, beristighfar dan menangisi dosa2.
 
6) Tanamkan rasa cinta kepada Allah dan takut kepada azab seksa-Nya.
 
 
 
Hmm.. berhati2 lah bila kita nak cakap “Aku bukan nak riak” atau “Aku takut riak” adakah kita cakap tu atas dasar riak (sebab nak orang nampak kita baik), atau memang benar2 ikhlas kerana Allah Taala? 
 
 
 
 jadinya pesanan kepada sahabat2, sama2 kita fikir dan renungkan~~ wallahua'lam