Nuffnang-ADVertisemeNT

Assalamualaikum~~

Thursday, December 6, 2012

SekulARIsmE -- Golongan-Golongan SEKULAR


Assalamualaikum wbt sahabat2 sekalian.. alhamdulillah, syukur kpd Allah SWT di atas pmberian nikmat yg tidak trhingga kepada umat manusia seluruhnya.. selawat dan salam ke atas junjungan Rasulullah, Nabi Muhammad SAW dan seluruh ahli keluarga dan sahabat Baginda--

Untuk entri kali nih, ana bwk sambungan post yg lalu brkenaan kesesatan fahaman SEKULARISME+ jika anda masih belum baca boleh klik SINI 

InsyaAllah kita sambung dengan golongan-golongan SEKULAR pulok (^^,)


 ---------------------------------------------------------

Golongan-Golongan Sekular

Ok baik, lepas kita hurai dan faham apa itu sekular atau sekularisme, maka sini kita tengok pulok pembahagian mereka yang berfaham sekular itu kepada beberapa kategori. Di antaranya seperti berikut:-

1.    Golongan yang berfaham sekular sejati (pure)

-  Nih hok hardcore punya... Golongan yang tidak percaya langsung adanya Tuhan dan adanya kehidupan Hari Akhirat... Wujudnya alam ini adalah secara nature atau semula jadi. Orang atau golongan yang berpegang dengan faham ini adalah orang yang berfaham komunis, atheis atau free thinker. Golongan ini adalah orang yang berfahaman sekular yang sejati atau yang pure... kalu hok jenis pure nih bahaya, kita syarah ayat quran pon takda jadi pape.. utk brhujah dgn golongan sebegini memerlukan hujah logik.. contoh, depa kata alam ini trjadi dgn sndiri.. kita canggah, dah bagaimana kerusi, televisyen, meja, basikal, kereta, bas, LRT, lapangan terbang itu terbina??? bukankah ada tukang yang membuatnya??? haaaa, mesti diorang akan duk pikiaq.. lepas pikiaq punya pikiaq, insyaAllah dengan izin-Nya, cahaya Hidayah akan slow2 masuk dalam hati depa... AWAS DENGAN GOLONGAN SEKULAR PURE INI!!!


  ---------------------------------------------------------

2.    Golongan orang-orang yang berfaham sekular yang ter-sesat.

-  2nd group of people is khas utk org2 kafir sahaja.. Golongan orang-orang kafir ini percaya dengan Tuhan, prcaya dengan hari Akhirat dan percaya dengan agama TAPI depa tidak kenal Tuhan... Keyakinannya dengan hari Akhirat tidak tepat. Agamanya tersesat. Kehidupan dunianya terpisah dari agama... Dalam urusan kehidupan di dunianya, seolah-olah Tuhan tidak campur tangan. Inilah golongan faham sekular yang tersesat... haaa, mudah cerita gini laaa, contoh kita tgk dalam filem2 kan.. time kena bala bencana baru depa duk sebut "oh my God', "oh my God".. dalam keadaan genting depa masih lg ada kebergantungan pada Tuhan.. TAPI MEREKA TIDAK TAHU DAN TIDAK KENAL SIAPAKAH TUHAN YANG SEBENARNYA.. haa, ni yg jadi masalah... justeru, utk brdakwah kpd golongan ini mmrlukan ilmu yg tinggu.. sbg contoh, kita blajaq ilmu prbandingan agama.. spt yg Ustaz ana buat di indonesia, USTAZ FARIZUL nama dia..


   ---------------------------------------------------------

3.    Golongan orang-orang Islam yang yakin dengan wujud-nya Tuhan.

-  kategori ke-3 ni kena ambil perhatian sikit sbb brkait dengan ORANG ISLAM ITU SENDIRI... dok kira melayu, cina, india atau LAIN-LAIN, janji dia bragama ISLAM.. Golongan orang-orang Islam ini yakin dengan wujudnya Tuhan dan pengenalannya tentang Tuhan tepat. Percaya dengan hari Akhirat secara tepat... NAMUN BEGITU, HOWEVER,  Islamnya hanya di sudut ibadah... Persoalan kehidupan seperti ekonomi, politik, pendidikan, perjuangan dan lain-lain tidak boleh dicampur aduk dengan Islam KERANA KEJAHILAN DIA SENDIRI... Syariat Islam tidak ada tempat di dalam kehidupan kecuali di sudut ibadah sahaja... Selain ibadah, mereka boleh menerima apa sahaja pandangan ideologi atau akal fikiran... Itulah golongan sekular disebabkan fasik... haaa, yang ni duk jadi masalah dalam negara kita laa ni... ana tak nak tuju individu mana2, ana seru dan ajak pembaca2 untuk menilai sendiri yang mana satu golongan itu.. SETELAH KITA TAHU SIAPA, JANGAN CEPAT MENUDING JARI!! siasat kenapa depa jd lagu tuh... faktor utama adalah kejahilan diri sendiri..  "Kejahilan itu mendekatkan diri kepada Kekufuran", haa ni nok kabo buwi... Pengajaran nya disini, marilah kita sama2 dekatkan diri dengan majlis Ilmu, kuliah2, ceramah2 agama... jangan duk  rasa diri kita ni pandai dah dalam segala hal.. JANGAN MALU JGN SEGAN KERANA ILMU ALLAH SWT INI MILIK SEMUA--- 



   ---------------------------------------------------------

4.    Golongan sekular disebabkan zalim.

-  Group 4 nih lebih kurang sama dengan golongan ke-3 di atas... Orang Islam seperti golongan ketiga tadi TETAPI yakin bahawa Islam itu adalah agama yang syumul... FAHAM? Golongan 3 td Islam dari SUDUT iBADAH SAHAJA, golongan ke-4 nih tahu bahawa Islam itu syumul...  la adalah agama seluruh kehidupan... Islam adalah agama ibadah, agama politik, agama pentadbiran, agama ekonomi, agama pendidikan TETAPI mungkin kerana takut dengan golongan-golongan tertentu, atau tidak sanggup menerima risiko yang berat, kerana kepentingan peribadi atau kerana malu dan takut dituduh kolot maka berlakulah syariat Islam ditinggalkan melainkan di sudut ibadah... Di aspek-aspek kehidupan yang lain, syariat Islam tidak menjadi disiplin dan peraturan. Inilah golongan sekular disebabkan zalim... Haaa, ini pun banyak berlaku di Malaysia!! mari kita merenung satu HADIS AKHIR ZAMAN di mana Baginda Nabi Muhammad SAW bersabda maksudnya: Islam mula tersebar dalam keadaan dagang ( asing) , dan ia akan kembali asing pula. Maka beruntunglah orang-orang yang asing. ( H.R. Muslim)

- ana ada ingat satu kata-kata.. tak pasti sama ada ayat Quran atau lain-lain.. PEMIMPIN ZALIM, jika kamu IKUT mereka, kamu akan SESAT, jika kamu LAWAN mereka, kamu akan SUSAH.. jadi begitulah, segelintir umat Islam di Malaysia yang takut jadi susah, takut dizalimi akan meninggalkan ajaran ISLAM yang sebenar.. dan ini juga merupakan CABANG-CABANG SEKULAR~~ aduhai, parok2.. " berat menanang umat kita... last skali, jadi b**o sapa ke mati.. jadi jahil dari muda sapa ke bahang tanoh jilat cok ", Kata Ustaz Azhar Idrus, penceramah 1JUTA LIKE di FACEBOOK


   ---------------------------------------------------------

5.    Golongan sekular yang tertukar nawaitu.

-  Golongan ke-5 nih buleh kata ada sekelumit pnyakit hati... Orang Islam ini mengerjakan ibadah, berjuang, berekonomi, berpendidikan, berdakwah, berpolitik, berhubung dan lain-lain lagi walaupun mengikut syariat tetapi bukan kerana Allah Taala. Semua itu dibuat kerana riyak, ujub, nama, glamour, pangkat, wang ringgit, sama ada disedari atau tidak. Oleh kerana itu pahalanya tidak sampai di Akhi-rat. Itulah golongan sekular disebabkan tertukar nawaitu atau niatnya... haaa, hok ni sangat2 bahaya... bahkan ana sndiri pon kadang2 termakan hasutan syaitan.. Astaghfirullah----.. banyak2 istighfar laaa bila terlintas di fikiran perkara2 spt ini... inilah mainan syaitan ingin menyesatkan anak Adam sampai ke kiamat... berjuang berjuang bagus dh tapi niat pulak tak kena.. hok ni masing2 kena semak diri ah.. sama ada untuk dunia atau akhirat... justeru, masing2 boleh rujuk balik Hadis Pertama daripada HADIS 40 IMAM NAWAWI yang berbicara tentang NIAT.. wallahua'lam..

    ---------------------------------------------------------

6. Golongan sekular yang disebabkan adanya unsur-unsur sekular atau mementingkan dunia.

-  Golongan yang lebih halus lagi daripada itu ialah apabila seseorang Islam itu, segala usaha-usahanya mengikut syariat tetapi oleh kerana terlalu membesarkan kehidupan dunia daripada kehidupan Akhirat, dia tidak sanggup mengeluar-kan zakat lalu menjadi bakhil. Dia tidak suka membuat kebaikan, tidak suka menolong orang, tidak suka berse-dekah, suka mengumpul harta sahaja dan menjadi tamak. Itulah golongan sekular disebabkan adanya unsur-unsur sekular atau mementingkan dunia... dia ada pnyakit suka kumpul harta dan cintakan dunia.. Allahurobbi, ana pesan kpd diri ana dan sahabat2 supaya perbanyakkan taubat kpd Allah SWT... semoga kita punya ibadah diterima di sisi-Nya... AMIN 
[CINTA KEPADA DUNIA ADALAH GERBANG KEJAHATAN]


   ---------------------------------------------------------

+ Jadi begitulah serba ringkas apa yg ana dapat kongsi dengan para pembaca... justeru marilah kita kembali kepada ajaran ISLAM yang sebenar iaitulah Al-QUran dan Hadis spt mana Nabi Muhammad SAW bersabda yg maksudnya, “Aku tinggalkan kepada kamu dua perkara yang jika kamu berpegang padanya kamu tidak akan sesat, iaitu kitab Allah (al-Quran) dan sunnah rasul-Nya”. (riwayat Malik)... marilah kita baca serba sedikit brkenaan kisah ulama' haraki yang menentang fahaman SEKULAR, di antara nya As-Syahid Imam Hasan al-Banna, pelopor gerakan Ikhwanul Muslimin di MESIR.. insyaAllah... sama2 kita pakat sokong ISlam yang sebenar, insyaAllah hidup kita diberkati oleh-Nya..

--++ Apa yang BAIK itu datang dari ALLAH SWT, dan yang BURUK itu adalah KELEMAHAN DIRI ANA SENDIRI +-- sekian wallaua'lam..

Ahmad Muzakkir Mohamad
6 Disember 2012
3.36 Petang
Teratak Bonda


















Sunday, November 18, 2012

:: SEKULARISME ITU SESAT ::

~Dengan nama Allah SWT yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani~

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera kepada semua yang mengenali.. InsyaAllah semoga sentiasa berada dalam kesihatan yang baik dan terjaga... untuk entri kali nih ambe nk ajok geng2 semua utk faham dan reti tentang satu jenis fahaman di zaman lening, satu fahaman yang sangat menyesatkan.. fahaman yang boleh sebabkan kalu ada dalam diri, buleh jatuh kufur... insyaAllah sama2 kita baca dan faham deh (^^,)

---------------------++++++++++--------------------- 

What is SEKULARISME ???

sekular..sekular.. ape benda gok sekular nih??? ce mari kabo gok etek.. acu cuba beritahu ke ambe, i dont know what is that boh..

[Fahaman falsafah atau sistem yang memisahkan urusan dunia samada urusan pemerintahan, pendidikan dan lain-lain urusan pentadbiran daripada urusan-urusan agama.]



ada reti?? ke tak faham lagi?.. ok2, camni maksud dia.. meh ambe bagi teghang sikit yek.. mudah kata laaa, SEKULARISME ni kita kendali, manage, urustadbir, ngejah urusan kehidupan di dunia secara terpisah daripada agama, kita duk buat benda tuh tiada hubungan dengan Tuhan atau tidak ada hubungkait dengan Akhirat... boleh faham :-)

Contohnya, dalam urusan pendidikan... kita duk belajar benda2 duniawi sahaja.. kita duk blajaq nama buah-buahan, ilmu yang penting untuk dapat kerja nanti.. pahtu bila tiba nak masukkan elemen keTuhanan or agama dalam proses pembelajran, CEPAT2 DIREJECT.. dia nak bagi clear daripada urusan2 agama.. 

Contoh lain hok mudoh gini laaa, pernah dengar tak orang kata, "Politik dan ISLAM takleh campur !! ".. haaaa, ni lah yang dikatakan golongan SEKULARISME.. ambe bukan nok cerita aib orang, bukan nak hina mana2 individu, AMBE CAKAP BAB AQIDAH SINI, dengor molek2..

Bagi orang yang berfaham sekular nih, hidup di dunia ini hanya habis di dunia. Kalau untung pun untung atas dunia. Kalu rugi pun rugi atas dunia, gitu sajelah. Sama ada susah atau senang, hanya di dunia. la tidak akan dipersoalkan lagi di Akhirat. Dosa dan pahala tidak masuk kira di sini kerana kehidupan itu hanya di dunia semata-mata... ambik toh!! KALU ADA PEMIKIRAN GINI DALAM UMAT ISLAM, PUNOH JAHANANG, ROSOK HABIH JENG KRENG~~ Mintak jauh Ya Allah~




kalu kita tgk org hok ada fahaman sekular nih, syariat tidak diambil kira. Syariat tadok tempat dalam kehidupan. Tuhan tidak campur tangan di dalam kehidupan manusia. Oleh yang demikian manusia boleh buat apa sahaja. Yang penting mendapat untung. Yang diperlukan adalah pembangunan dan kemajuan. Yang mustahak mendapat kemenangan dan kejayaan walau apa cara sekalipun. Walau terpaksa menghalalkan cara. Halal dan haram jangan difikirkan. Pantang larang jangan diambil kira... ikut sedak nok buat lagu lagu mana pong.. ni lahh hok jadi punoh habih umat.. Allahurobbi!!

Kita ade dengor kan 'DUNIA JAMBATAN KE AKHIRAT'.. tapi lain pulok kalu orang hok ikut fahaman sekular.. bagi depa semua dunia bukan jambatan untuk Akhirat atau bukan tanaman untuk Akhirat. Segala apa yang berlaku di dunia ini hanya habis di dunia semata-mata. Tidak timbul soal dosa dan pahala dalam faham sekular. Tidak ada kehidupan di Akhirat atau tidak ambil pusing kehidupan di Akhirat. Kalaupun percaya dengan hari Akhirat, tetapi acuh tidak acuh. Seolah-olah Akhirat itu hendak dilupakan atau tiada. Bahkan sesetengah orang tidak senang dengan kehidupan Akhirat. Sebut sahaja Akhirat, hati benci, mulut mencemik. Orang yang menyebut Akhirat dirasakan kolot dan sudah ketinggalan zaman.... berat menanam!! kolot teruh ye buwi~


"Wahai orang yang beriman ! masuklah kamu ke dalam keamanan (agama Islam) dengan sepenuhnya dan janganlah kamu mengikut jejak langkah syaitan. Sesungguhnya syaitan itu musoh kamu yang nyata."
(Surah al-Baqarah, ayat 208)
---------------------+++++++++++--------------------- 

jadi gitulah ceritanya.. nok kabo buwi ape benda sekular nih.. hok mana pernah dgr istilah ISLAM SEKULAR, yang tu lah fahaman yang salah lg menyesatkan.. kembali kepada ajaran yang betul, ajaran ISLAM yang suci~ in shaa Allah..

***post akan datang kita akan kongsi berkenaan  ciri-ciri golongan sekular (^^,)

SEKIAN, WALLAHUA'LAM.. segala yang baik itu dari Allah SWT, yang buruk itu dari kelemahan diri saya sendiri..

Ahmad Muzakkir Mohamad
19 November 2012
2.08 Petang
Teratak Bonda


Tuesday, October 23, 2012

Puasa SUNAT HARI ARAFAH - 25 OKTOBER 2012



Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera semua... alhamdulillah setelah lama sangat doh ambe tinggal blog nih, akhirnya diberi keizinan oleh ALLAH SWT untuk menulis.. kalu tak silap ambe, post terakhir ialah pada Ramadhan yang lalu.. sekarang nih dah nak masuk Hari Raya Aidiladha sudaaa--- aduhai, masa mencemburui ambe.. insyaAllah dgn ruang dan peluang yang ada, ambe nak kongsi serba sedikit tentang KELEBIHAN PUASA SUNAT HARI ARAFAH... apebenda pose nih??

-----------------------+++ -----------------------

Bila gok Hari Arafah nih??



- Hari ‘Arafah ialah hari ke-9 dalam bulan Zulhijjah. Ia adalah hari terbaik sepanjang tahun kerana Nabi s.a.w. bersabda; “Tidak ada hari yang paling banyak Allah membebaskan hambanya pada hari tersebut dari neraka dari hari ‘Arafah” (Riwayat Imam Muslim).



- Jadinya sini nok kabo(beritahu), insyaAllah hari Khamis nih iaitu 25 Oktober 2012 bersamaan 9 Zulhijjah 1433 Hijrah adalah HARI ARAFAH...




Doh nok wak benda KHAMIS nih??



- MasyaAllah, Subhanallah... doh kan kabo doh Khamis nih Hari Arafah, apa lagi AYUH KITA PUASA SUNAT HARI ARAFAH BERSAMA-SAMA (^^,)  



 "Lu mau ka tak mau???"
 "Mau..mau..mau.. ayuh kita berpuasa nye pun adoi.."

***HANYA ORANG YANG SEDANG WUKUF (Mengerjakan Haji) SAHAJA DILARANG UNTUK BERPUASA PADA HARI ARAFAH***



-> Maimunah isteri Rasulullah s.a.w. menceritakan; orang ramai ragu-ragu apakah Rasulullah s.a.w. berpuasa atau tidak pada hari ‘Arafah. Lalu ia (yakni Maimunah) menghantar kepada baginda satu bekas berisi susu tatkala baginda sedang berwukuf di Padang ‘Arafah itu. Lalu baginda meminum susu tersebut dengan dilihat oleh orang ramai kepadanya (Riwayat Imam Muslim).



-> Malah ada tegahan dari Nabi s.a.w. sebagaimana yang diceritakan oleh Abu Hurairah r.a.; “Sesungguhnya Nabi s.a.w. menegah dari berpuasa pada hari ‘Arafah bagi jamaah haji yang berada di ‘Arafah” (Riwayat Imam Abu Daud, Ahmad, Ibnu Majah dan al-Hakim). 



~~sahabat sahabiah yang disayangi, ada reti semua? ALHAMDULILLAH


"emmm abang, Puasa nih ada kelebihan dop? hihihihi "



"alahai awok, mesti laa ade ganjaran dan kelebihan nya..tapi janji, kalau saya beritahu awak kena puasa Khamis ni, boleh?"



"InsyaAllah abang :-).."

__________________________________________________________________

Telah tersebut dalam satu hadith Sahih Muslim yang bermaksud,

Dan Rasulullah SAW ditanya tentang berpuasa di hari ‘Arafah. Maka Baginda bersabda: “Ia menebus dosa setahun yang telah lalu dan setahun yang akan datang.” (Hadith Riwayat Imam Muslim)



"Haa, awok baca dok atas nuh.. insyaAllah dengan niat yang ikhlas, cara yang betul, kita buleh menda yang Rasulullah SAW kata.."



Didalam riwayat lain Nabi saw bersabda :

“Puasa hari Arafah, sesunguhnya aku berharap Allah swt agar menghapuskan dosa setahun yang lepasnya dan tahun yang sebelumnya” – (Hadith riwayat Tirmidzi)





Daripada Sayyidatina ‘Aisyah telah berkata :

Tiada dari hari dalam setahun aku berpuasa lebih aku gemari daripada hari Arafah – (Hadis riwayat Ibnu Abu Syaibah dan Baihaqi)



"MasyaAllah, besor sunggoh ganjaran puasa SUnat HARI ARAFAH nih kan abang :) "



"Mestilah, Allah SWT tuh Maha Pemurah, kita nih yang samseng dengan DIA.."



"Doh pahtu puasa nok niat guane abang eh... ? "





--laaa, niat pon... klik sini awok deh :)
-----------------------+++ -----------------------


 "Ya Allah, aku memohon semoga Engkau terima ibadah ku ini.. AMIN"








Friday, July 20, 2012

:: TudiAAA!! Ramadhan mai dah!! ::


Assalamualaikum and salam sejahtera semua.. apa khabar sahabat sahabiah yang dikasihi? Semoga berada dalam jagaan Allah SWT selalu.. insyaAllah entri kali ini akan membicarakan Ramadhan yang kita lalui la ni.. insyaAllah semoga dapat ilmu yang bermanfaat (^^,)

______________________________________________________________________________________________

Ape benda gok Ramadhan nih???


Kalau nak tahu sebenar-benarnya Ramadhan nih perlu kepada pembacaan… jadi, saya gitau laa sedikit sebanyak.. Ramadhan ini adalah satu bulan dalam bulan-bulan di mana umat Islam wajib berpuasa… berpuasa lama mana?? Tempoh umat Islam berpuasa pada bulan Ramadhan ialah selama 30 hari.. buleh jadi jugok 29 hari tp kes-kes tertentu sahaja… Allah swt mewajibkan PUASA melalui kitab suci al-Quran, di dalam Surah al-Baqarah, ayat 183:



Maksudnya: Wahai orang-orang yang beriman! Kamu diwajibkan berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang yang dahulu daripada kamu, supaya kamu bertaqwa.

~ Selain daripada pensyari’atan Puasa, Ramadhan merupakan bulan dimana al-Quran diturunkan.  Firman Allah SWT lagi dalam kitab-Nya yang bermaksud


“Bulan Ramadan, yang di dalamnya diturunkan al-Qur'an sebagai petunjuk bagi manusia dan keterangan-keterangan yang menjelaskan petunjuk dan (menjelaskan) perbezaan (antara yang benar dan salah). Oleh itu, barangsiapa di antara kamu hadir di bulan itu, maka hendaklah dia berpuasa pada bulan itu.."

(Surah al-Baqarah, ayat 185)

____________________________________________________________________________________________


GUane nok niat puasa???




~untuk puasa bulan Ramadhan nih kita kena niat puasa pada 

malam sblm puasa tuh.. COntoh, kita puasa hari Sabtu..

lepas smayang terawih hari jumaat tuh boleh NIAT PUASA

 TERUS.. walaubagaimanapun terdapat perbezaan pendapat

/ khilaf dalam kalangan IMAM MAZHAB berkenaan niat ini..

kalu nok senang, ikut hok MAZHAB SHAFIE (Mazhab kita)

yaitu niat tiap2 hari.. ngerti?



__________________________________________________________________________________________________________

Alhamdulillah, boleh laa kongsi ilmu sikit-sikit.. semoga ikhwan dan akhawat dapat ambil input berguna daripada entri kali ini.. Yang baik itu datang daripada Allah SWT, yang buruk itu datang daripada kelemahan diri ana sendiri.. wallahua'lam.. Selamat Berpuasa :)





Monday, May 28, 2012

[~~ “Mujahadah MUSLIMAT Berpurdah”~~]


Assalamualaikum dan salam sejahtera sahabat sahabiah yg ana kasihi sekalian… semoga sentiasa berada dalam lindungan rahmat Allah SWT. insyaAllah untuk entri yang seterusnya ana ingin cuba menukilkan sedikit pandangan peribadi ana terhadap golongan muslimat yang berpurdah ini… sebenarnya lama doh ana nok tulis pasal nih tapi dok mari idea… Alhamdulillah Allah swt beri ilham untuk ana beritahu ape benda mujahadah seorang wanita yang berpurdah-----
--------------------------------->>>>><<<<<---------------------------------

Apa itu MUJAHADAH, dan PURDAH ?

~ Mujahadah bermaksud berusaha untuk melawan dan menundukkan kehendak hawa nafsu.

~ Purdah pula ialah kain penutup muka untuk wanita yang hanya menampakkan mata sahaja.


--------------------------------->>>>><<<<<---------------------------------

Mujahadah seorang muslimat.

~ Di zaman mutakhir ini sangat susah untuk kita bertemu dengan muslimat yang memakai purdah ketika keluar dari rumah. Ade tak kita jumpa muslimat berpurdah masa pergi shopping di Mydin? GiANT? Ataupun Mesra MALL??? Jika ada Alhamdulillah tetapi kuantiti nya sangatlah sedikit… yang ramai ialah wanita beragama islam yang berpakaian tidak menutup aurat secara total… sebagai contoh, ade yang bertudung tapi pakaian ketat-ketat… ade yang pakai baju kurung, sangat comel tetapi sayangnya tak pakai tudung.. Nampak rambut, AURAT~ kalu kita tengok di kawasan sekitar Kuala Terengganu, sangat sukar untuk mencari muslimat yang benar-benar menutup aurat… Seorang yang menutup aurat secara sempurna adalah mujahidah sejati… KenAPA??? Kerana muslimat tersebut Berjaya melawan nafsunya.. NAFSU YANG BAGAIMANA?? Sudah menjadi fitrah dan nafsu wanita untuk sentiasa dipandang cantik… Muslimat yang melawan nafsu ini telah berjaya dalam proses mujadah diri untuk tidak dipandang cantik oleh lelaki-lelaki yang HARAM memandang mereka… disebabkan itulah mujahadah seorang muslimat sangat bernilai pada zaman sekarang… Ana memang mengagumi sikap dan semangat untuk berkorban muslimat2 nih supaya maruah mereka lebih terpelihara daripada pandangan LELAKI-LELAKI di luar… kalu nok lagi cantik, pakai purdah… Ya Allah, comel sunggoh.. ana memang dokleh laaa tgk muslimat berpurdah nih, comel dekpom (^^,)

--------------------------------->>>>><<<<<---------------------------------

MUSLIMAH BERPURDAH TU TAK CANTIK. Betul ke? ✿◠‿◠

Memang benar muslimah PERPURDAH itu tidak cantik.
muslimah BERPURDAH ITU tidak cantik pada pandangan lelaki mata keranjang kerana muslimah BERPURDAH ITU auratnya tertutup. Padahal lelaki itu hok jenis suka pada segala yang terbuka, yang boleh dilihat tanpa perlu menyingkap apapun. Jadi memang benar muslimah BERPURDAH itu tidak cantik. Tiada istimewanya kan??

muslimah BERPURDAH ITU memang tidak cantik pada pandangan lelaki mata keranjang namun pada pandangan ALLAH, muslimah BERPURDAH ITU adalah yang terindah. Pada pandangan Lelaki soleh pulok, muslimah BERPURDAH ITU adalah yang terbaik. 

Maka masih tidak istimewakah muslimah BERPURDAH ??
Itulah yang buatkan muslimah BERPURDAH teramat istimewa. TIDAK CANTIK tetapi INDAH. Bila indah pada pandangan ALLAH, maka tiada lagi hadiah yang lebih bermakna bagi seorang muslimah.. 


--------------------------------->>>>><<<<<---------------------------------

Mujahidah yg Istiqamah

Ana berharap agar Allah swt sentiasa menanam rasa istiqamah utk terus berpurdah dari semasa ke semasa… jika niat kita ikhlas, insyaAllah kita akan mendapat pertolongan-Nya+ muslimat perlu yakin bahawa setiap cabaran dan tohmahan yang diterima adalah tidak lain merupakan PAHALA yang Allah SWT nak beri kepada kalian… biar lah org kabo gape pon, jgn hiraukan… yang penting kalian semua tahu kenapa hendak berpurdah dan menutup aurat secara TOTAL… Teruskan usaha untuk menjadi MUSlimAT terbaik (^^,)
--------------------------------->>>>><<<<<---------------------------------

  • Alhamdulillah, stakat tu saja penulisan ana untuk kali ini… terdetik hati ana untuk menulis artikel tentang muslimat ini adalah kerana mereka mempunyai tarikan tertentu kepada ana sendiri… ana rasa diri ini lebih tenang melihat golongan minoriti seperti ini berbanding wanita ISLAM yang tidak menutup aurat… bagi Ana, golongan majoriti perlu sedikit sebanyak mencontohi akhlak muslimat ini untuk pengajaran bersama… kalu dok berpurdah pom dakpe doh, asalkan cover aurat dengan betul mengikut kehendak syarak…

*** tapi yang pastinya ana telah jatuh hati kepada muslimat-muslimat yang berpurdah… jangan salah faham, jatuh hati di sini bukan lah kata rasa nk bercinta selalu.. bukan.. maknanya, jika untuk memilih bakal zaujah nanti, ana lebih prefer kepada yang berpurdah… sebabnya mata hati ini rasa tenang melihat satu ciptaan Allah SWT yang sangat cantik itu ditutup auratnya dengan sempurna++ tapi kalau jodoh tuh tidak memihak kepada apa yang dihajati nk buat camne… kita REDHA saja  jadinya sape2 hok ade sahabiah2 berpurdah tuh boleh dah slow2… (“,)


Sekian wallahua’lam – Cg. Ahmad Muzakkir Mohamad


++Sedikit doa yang buleh amal 





“YA TUHAN KAMI, ANUGERAHKANLAH KEPADA KAMI ISTERI-ISTERI KAMI DAN KETURUNAN KAMI SEBAGAI PENYENANG HATI (KAMI), DAN JADIKANLAH KAMI IMAM BAGI ORANG-ORANG YANG BERTAKWA”


“O my Lord! Grant unto us wives and offspring who will be the comfort of our eyes, and give us (the grace) to lead the righteous”


[Surah al-Furqan, 25 : 74]



Friday, April 20, 2012

~ Auratmu, Auratku jua ~

Assalamualaikum dan salam sejahtera umat manusia sekalian+ semoga kalian semua berada di bawah naungan rahmat dan kasih sayang Allah SWT... selawat dan salam ke hadrat junjungan besar baginda Nabi Muhammad SAW dan seluruh keluarga baginda...

-- Alhamdulillah, setelah berhempas pulas dengan minggu yang sibuk dengan kerja-kerja keduniaan, sedikit sebanyak membuka minda untuk berfikir, adakah kita menyibukkan diri dengan kerja-kerja akhirat??? muhasabah khas kepada DIRI SENDIRI dan sahabat sahabiah sekalian++ moga2 diri kita seimbang di antara dunia dan akhirat...

>> insyaAllah untuk entri pada kali ini, saya cuba membawakan satu tajuk yang tidak asing bg kita umat islam iaitu perkara berkaitan AURAT SEORANG ISLAM... alhamdulillah, rentetan daripada satu kuliah mahgrib yg disampaikan di Balai Islam al-Muttaqin IPG KDRI mnggu lepas, sy terpanggil untuk merencanakan isi kuliah di dalam blog ini.. sama2 kita kutip ilmu yang ada (^^,)


-------------------------------------------------+++++-------------------------------------------------


Ape mende gok aurat aurat nih??

- Maksud Aurat dari segi syara':

Suatu yang wajib ditutup atau suatu yang haram dilihat. (Fiqh Al-Manhaji A'la Al-Mazhab Al-Imam Syafie',Jilid 1)


- Aurat ialah bahagian badan atau suara, atau perlakuan yang boleh membangkitkan nafsu jika dipandang, didengar atau dirasa.


**Firman ALLAH SWT di dalam Surah al-Ahzab ayat 59:






Maksudnya: "Wahai Nabi, suruhlah isteri-isterimu dan anak-anak perempuanmu serta perempuan-perempuan yang beriman, supaya melabuhkan pakaiannya bagi menutup seluruh tubuhnya (semasa mereka keluar); cara yang demikian lebih sesuai untuk mereka dikenal (sebagai perempuan yang baik-baik) maka dengan itu mereka tidak diganggu. Dan (ingatlah) Allah adalah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani." 

-------------------------------------------------+++++-------------------------------------------------





Disebut juga dalam beberapa HADIS berkenaan AURAT.

“Jagalah auratmu kecuali terhadap isterimu atau budak(hamba) wanita yang kamu miliki. Aku bertanya, ‘Ya Rasulullah, bagaimana kalau dia sedang bersendirian?’ Nabi saw menjawab, “Allah lebih berhak (patut) kamu berasa malu.”
(Hadith Riwayat Bukhari)

“Jika seorang anak wanita telah mencapai usia baligh, tidak pantas terlihat darinya selain wajah dan kedua telapak tangannya sampai bahagian pergelangannya.”
(Hadith Riwayat Imam Abu Daud daripada Qatadah)


-------------------------------------------------+++++-------------------------------------------------




BATAS-BATAS AURAT

1. Aurat ketika bersendirian.

- Makruh kita melihat aurat sendiri. kita tetap kena jaga aurat kita walaupun berada dalam bilik yang sunyi, kecil, gelap gelita dan hanya kita seorang sahaja.. ini kerana kita kena malu juga kepada ALLAH SWT yang Maha Melihat dan dua malaikat pencatat amalan kita...


2. Aurat di khalayak awam.

-LELAKI :: Macam biasa laah, tutup anggota dari PUSAT HINGGA LUTUT.. bukan nye tutup pusat dan lutut saja, hok lain habih nampok.. malu ke orang tgk kita.. 

- WANITA :: Seluruh tubuh kecuali muka dan tapak tangan... doksoh nok saja2 dok pakai tudung laah, sebab rambut itu aurat.. ye muslimat sekalian..


3. Aurat dengan ahli keluarga.

-LELAKI:: serupa macam hok atas.. tutup anggota dari PUSAT HINGGA LUTUT.. kalu xmboh pakai bju dalam rumoh sbb panas xdok masaloh..

- WANITA:: kalu dengan ahli keluarga, jadi macam aurat lelaki dari pusat hingga ke lutut TETAPI, lebih sopan kalu tutup jugok bahagian atas.. sebabnya supaya tidak berlaku perkara diingini spt sumbang mahram... jadi moleknya ketika sesama ahli keluarga, muslimat pakailaa baju dan seluor.. tudung jela tkpe xsoh pakai..


4. Aurat sesama jantina (sesama ISLAM)

- LELAKI:: standard, macam biasa.. tutup dari PUSAT HINGGA LUTUT...

- WANITA:: kalu bersama dengan wanita islam yang lain aurat dari PUSAT HINGGA LUTUT, tapi moleknya tutup jugok laa hok atas.. supaya nampok lebih molek dan ade tertib terening.. NAMUN BEGITU,  aurat sesama wanita islam juga boleh jatuh haram atas sebab :

"wanita islam yang buruk akhlaknya, yang suka menyebarkan fitnah, suka mengumpat dan boleh menindas kita, dan ditakuti dia akan menyebarkan keburukan yang ada pada aurat kita pada orang lain maka hukumnya jatuh haram. haram bagi seorang wanita muslim untuk membuka auratnya kepada wanita yang tidak baik akhlaknya."


5. Aurat dengan bukan islam.

- LELAKI:: kalu bab aurat lelaki nih dia standard sama je dok kira di mana kita berada.. TUTUP ANGGOTA DARI PUSAT HINGGA LUTUT.. start daripada pusat, bawah perut, kemaluan, peha, pangkal peha dan kepala lutut.. kesemua anggota nih wajib ditutup dengan pakaian yang longgar dan TIDAK KETAT...

-WANITA:: [hok nih diberi penjelasan yang sedikit panjang.. jadinya muslimat mintok baca deh]

+tentang aurat bersama wanita bukan muslim, pada asalnya hukumnya adalah haram. sebab aurat wanita muslim itu dengan wanita bukan muslim sama dengan aurat dengan lelaki bukan mahram. tetapi atas beberapa sebab, dan perbincangan demi perbincangan yang difatwakan oleh jemaah mufti,maka hukum itu diringankan.

+tetapi keringanan ini dibolehkan sekiranya kita betul-betul tiada pilihan lain (tinggal serumah & sebilik).dan dengan syarat juga wanita yang bukan islam itu kita yakini akhlak dan peribadi dia yang baik, dan diyakini yang dia tidak akan menyebarkan fitnah tentang aurat kita.

+DIBOLEHKAN untuk membuka aurat tetapi aurat itu masih terhad iaitu sekadar menampakkan leher, separuh dari singsingan lengan, dari separuh dari betis.aurat ini digelar aurat wanita bekerja. tapi jangan salah faham, bukan aurat kita pergi kerja ofis tu. aurat wanita bekerja bermakna aurat kita ketika menyelesaikan kerja-kerja rumah membasuh,memasak dsbg. kalau nak membasuh ke kan kita singsing lengan dan kain sikit, itulah maknanya aurat wanita bekerja. jadi walaupun terdapat keringanan, tetap ada hadnya juga.

----------------------------------+++++----------------------------------


*** Ada pendapat lain lagi, iaitu walaupun dalam keadaan tidak timbul fitnah, apabila melihat muka dan dua tapak tangan wanita (oleh lelaki ajnabi) hukumnya makruh kerana (muka dan  tapak tangan) dilarang buka. Makruh itu ialah tidak berdosa dibuka cuma tidak sopan

--------------------------------------+++++--------------------------------------

KESALAHAN-KESALAHAN DALAM MENUTUP AURAT




------------------------------------+++++------------------------------------




SPESIFIKASI BETUL BERPAKAIAN MENUTUP AURAT


------------------------------------+++++------------------------------------

jadinya, saya harap pembaca-pembaca dapat memahami isi kandungan kuliah... segala benda yang tak jelas boleh rujuk kepada org yang lebih alim... insyaAllah apa yang kita baca ini kita amal dan sampaikan kpd orang lain.. yang baik itu datang daripada Allah dan yang buruk itu daripada diri saya sendiri... wallahua'lam (^^,)