Nuffnang-ADVertisemeNT

Assalamualaikum~~

Sunday, November 18, 2012

:: SEKULARISME ITU SESAT ::

~Dengan nama Allah SWT yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani~

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera kepada semua yang mengenali.. InsyaAllah semoga sentiasa berada dalam kesihatan yang baik dan terjaga... untuk entri kali nih ambe nk ajok geng2 semua utk faham dan reti tentang satu jenis fahaman di zaman lening, satu fahaman yang sangat menyesatkan.. fahaman yang boleh sebabkan kalu ada dalam diri, buleh jatuh kufur... insyaAllah sama2 kita baca dan faham deh (^^,)

---------------------++++++++++--------------------- 

What is SEKULARISME ???

sekular..sekular.. ape benda gok sekular nih??? ce mari kabo gok etek.. acu cuba beritahu ke ambe, i dont know what is that boh..

[Fahaman falsafah atau sistem yang memisahkan urusan dunia samada urusan pemerintahan, pendidikan dan lain-lain urusan pentadbiran daripada urusan-urusan agama.]



ada reti?? ke tak faham lagi?.. ok2, camni maksud dia.. meh ambe bagi teghang sikit yek.. mudah kata laaa, SEKULARISME ni kita kendali, manage, urustadbir, ngejah urusan kehidupan di dunia secara terpisah daripada agama, kita duk buat benda tuh tiada hubungan dengan Tuhan atau tidak ada hubungkait dengan Akhirat... boleh faham :-)

Contohnya, dalam urusan pendidikan... kita duk belajar benda2 duniawi sahaja.. kita duk blajaq nama buah-buahan, ilmu yang penting untuk dapat kerja nanti.. pahtu bila tiba nak masukkan elemen keTuhanan or agama dalam proses pembelajran, CEPAT2 DIREJECT.. dia nak bagi clear daripada urusan2 agama.. 

Contoh lain hok mudoh gini laaa, pernah dengar tak orang kata, "Politik dan ISLAM takleh campur !! ".. haaaa, ni lah yang dikatakan golongan SEKULARISME.. ambe bukan nok cerita aib orang, bukan nak hina mana2 individu, AMBE CAKAP BAB AQIDAH SINI, dengor molek2..

Bagi orang yang berfaham sekular nih, hidup di dunia ini hanya habis di dunia. Kalau untung pun untung atas dunia. Kalu rugi pun rugi atas dunia, gitu sajelah. Sama ada susah atau senang, hanya di dunia. la tidak akan dipersoalkan lagi di Akhirat. Dosa dan pahala tidak masuk kira di sini kerana kehidupan itu hanya di dunia semata-mata... ambik toh!! KALU ADA PEMIKIRAN GINI DALAM UMAT ISLAM, PUNOH JAHANANG, ROSOK HABIH JENG KRENG~~ Mintak jauh Ya Allah~




kalu kita tgk org hok ada fahaman sekular nih, syariat tidak diambil kira. Syariat tadok tempat dalam kehidupan. Tuhan tidak campur tangan di dalam kehidupan manusia. Oleh yang demikian manusia boleh buat apa sahaja. Yang penting mendapat untung. Yang diperlukan adalah pembangunan dan kemajuan. Yang mustahak mendapat kemenangan dan kejayaan walau apa cara sekalipun. Walau terpaksa menghalalkan cara. Halal dan haram jangan difikirkan. Pantang larang jangan diambil kira... ikut sedak nok buat lagu lagu mana pong.. ni lahh hok jadi punoh habih umat.. Allahurobbi!!

Kita ade dengor kan 'DUNIA JAMBATAN KE AKHIRAT'.. tapi lain pulok kalu orang hok ikut fahaman sekular.. bagi depa semua dunia bukan jambatan untuk Akhirat atau bukan tanaman untuk Akhirat. Segala apa yang berlaku di dunia ini hanya habis di dunia semata-mata. Tidak timbul soal dosa dan pahala dalam faham sekular. Tidak ada kehidupan di Akhirat atau tidak ambil pusing kehidupan di Akhirat. Kalaupun percaya dengan hari Akhirat, tetapi acuh tidak acuh. Seolah-olah Akhirat itu hendak dilupakan atau tiada. Bahkan sesetengah orang tidak senang dengan kehidupan Akhirat. Sebut sahaja Akhirat, hati benci, mulut mencemik. Orang yang menyebut Akhirat dirasakan kolot dan sudah ketinggalan zaman.... berat menanam!! kolot teruh ye buwi~


"Wahai orang yang beriman ! masuklah kamu ke dalam keamanan (agama Islam) dengan sepenuhnya dan janganlah kamu mengikut jejak langkah syaitan. Sesungguhnya syaitan itu musoh kamu yang nyata."
(Surah al-Baqarah, ayat 208)
---------------------+++++++++++--------------------- 

jadi gitulah ceritanya.. nok kabo buwi ape benda sekular nih.. hok mana pernah dgr istilah ISLAM SEKULAR, yang tu lah fahaman yang salah lg menyesatkan.. kembali kepada ajaran yang betul, ajaran ISLAM yang suci~ in shaa Allah..

***post akan datang kita akan kongsi berkenaan  ciri-ciri golongan sekular (^^,)

SEKIAN, WALLAHUA'LAM.. segala yang baik itu dari Allah SWT, yang buruk itu dari kelemahan diri saya sendiri..

Ahmad Muzakkir Mohamad
19 November 2012
2.08 Petang
Teratak Bonda


No comments: