Nuffnang-ADVertisemeNT

Assalamualaikum~~

Thursday, December 6, 2012

SekulARIsmE -- Golongan-Golongan SEKULAR


Assalamualaikum wbt sahabat2 sekalian.. alhamdulillah, syukur kpd Allah SWT di atas pmberian nikmat yg tidak trhingga kepada umat manusia seluruhnya.. selawat dan salam ke atas junjungan Rasulullah, Nabi Muhammad SAW dan seluruh ahli keluarga dan sahabat Baginda--

Untuk entri kali nih, ana bwk sambungan post yg lalu brkenaan kesesatan fahaman SEKULARISME+ jika anda masih belum baca boleh klik SINI 

InsyaAllah kita sambung dengan golongan-golongan SEKULAR pulok (^^,)


 ---------------------------------------------------------

Golongan-Golongan Sekular

Ok baik, lepas kita hurai dan faham apa itu sekular atau sekularisme, maka sini kita tengok pulok pembahagian mereka yang berfaham sekular itu kepada beberapa kategori. Di antaranya seperti berikut:-

1.    Golongan yang berfaham sekular sejati (pure)

 Nih hok hardcore punya... Golongan yang tidak percaya langsung adanya Tuhan dan adanya kehidupan Hari Akhirat... Wujudnya alam ini adalah secara nature atau semula jadi. Orang atau golongan yang berpegang dengan faham ini adalah orang yang berfaham komunis, atheis atau free thinker. Golongan ini adalah orang yang berfahaman sekular yang sejati atau yang pure... kalu hok jenis pure nih bahaya, kita syarah ayat quran pon takda jadi pape.. utk brhujah dgn golongan sebegini memerlukan hujah logik.. contoh, depa kata alam ini trjadi dgn sndiri.. kita canggah, dah bagaimana kerusi, televisyen, meja, basikal, kereta, bas, LRT, lapangan terbang itu terbina??? bukankah ada tukang yang membuatnya??? haaaa, mesti diorang akan duk pikiaq.. lepas pikiaq punya pikiaq, insyaAllah dengan izin-Nya, cahaya Hidayah akan slow2 masuk dalam hati depa... AWAS DENGAN GOLONGAN SEKULAR PURE INI!!!


  ---------------------------------------------------------

2.    Golongan orang-orang yang berfaham sekular yang ter-sesat.

-  2nd group of people is khas utk org2 kafir sahaja.. Golongan orang-orang kafir ini percaya dengan Tuhan, prcaya dengan hari Akhirat dan percaya dengan agama TAPI depa tidak kenal Tuhan... Keyakinannya dengan hari Akhirat tidak tepat. Agamanya tersesat. Kehidupan dunianya terpisah dari agama... Dalam urusan kehidupan di dunianya, seolah-olah Tuhan tidak campur tangan. Inilah golongan faham sekular yang tersesat... haaa, mudah cerita gini laaa, contoh kita tgk dalam filem2 kan.. time kena bala bencana baru depa duk sebut "oh my God', "oh my God".. dalam keadaan genting depa masih lg ada kebergantungan pada Tuhan.. TAPI MEREKA TIDAK TAHU DAN TIDAK KENAL SIAPAKAH TUHAN YANG SEBENARNYA.. haa, ni yg jadi masalah... justeru, utk brdakwah kpd golongan ini mmrlukan ilmu yg tinggu.. sbg contoh, kita blajaq ilmu prbandingan agama.. spt yg Ustaz ana buat di indonesia, USTAZ FARIZUL nama dia..


   ---------------------------------------------------------

3.    Golongan orang-orang Islam yang yakin dengan wujud-nya Tuhan.

-  kategori ke-3 ni kena ambil perhatian sikit sbb brkait dengan ORANG ISLAM ITU SENDIRI... dok kira melayu, cina, india atau LAIN-LAIN, janji dia bragama ISLAM.. Golongan orang-orang Islam ini yakin dengan wujudnya Tuhan dan pengenalannya tentang Tuhan tepat. Percaya dengan hari Akhirat secara tepat... NAMUN BEGITU, HOWEVER,  Islamnya hanya di sudut ibadah... Persoalan kehidupan seperti ekonomi, politik, pendidikan, perjuangan dan lain-lain tidak boleh dicampur aduk dengan Islam KERANA KEJAHILAN DIA SENDIRI... Syariat Islam tidak ada tempat di dalam kehidupan kecuali di sudut ibadah sahaja... Selain ibadah, mereka boleh menerima apa sahaja pandangan ideologi atau akal fikiran... Itulah golongan sekular disebabkan fasik... haaa, yang ni duk jadi masalah dalam negara kita laa ni... ana tak nak tuju individu mana2, ana seru dan ajak pembaca2 untuk menilai sendiri yang mana satu golongan itu.. SETELAH KITA TAHU SIAPA, JANGAN CEPAT MENUDING JARI!! siasat kenapa depa jd lagu tuh... faktor utama adalah kejahilan diri sendiri..  "Kejahilan itu mendekatkan diri kepada Kekufuran", haa ni nok kabo buwi... Pengajaran nya disini, marilah kita sama2 dekatkan diri dengan majlis Ilmu, kuliah2, ceramah2 agama... jangan duk  rasa diri kita ni pandai dah dalam segala hal.. JANGAN MALU JGN SEGAN KERANA ILMU ALLAH SWT INI MILIK SEMUA--- 



   ---------------------------------------------------------

4.    Golongan sekular disebabkan zalim.

 Group 4 nih lebih kurang sama dengan golongan ke-3 di atas... Orang Islam seperti golongan ketiga tadi TETAPI yakin bahawa Islam itu adalah agama yang syumul... FAHAM? Golongan 3 td Islam dari SUDUT iBADAH SAHAJA, golongan ke-4 nih tahu bahawa Islam itu syumul...  la adalah agama seluruh kehidupan... Islam adalah agama ibadah, agama politik, agama pentadbiran, agama ekonomi, agama pendidikan TETAPI mungkin kerana takut dengan golongan-golongan tertentu, atau tidak sanggup menerima risiko yang berat, kerana kepentingan peribadi atau kerana malu dan takut dituduh kolot maka berlakulah syariat Islam ditinggalkan melainkan di sudut ibadah... Di aspek-aspek kehidupan yang lain, syariat Islam tidak menjadi disiplin dan peraturan. Inilah golongan sekular disebabkan zalim... Haaa, ini pun banyak berlaku di Malaysia!! mari kita merenung satu HADIS AKHIR ZAMAN di mana Baginda Nabi Muhammad SAW bersabda maksudnya: Islam mula tersebar dalam keadaan dagang ( asing) , dan ia akan kembali asing pula. Maka beruntunglah orang-orang yang asing. ( H.R. Muslim)

ana ada ingat satu kata-kata.. tak pasti sama ada ayat Quran atau lain-lain.. PEMIMPIN ZALIM, jika kamu IKUT mereka, kamu akan SESAT, jika kamu LAWAN mereka, kamu akan SUSAH.. jadi begitulah, segelintir umat Islam di Malaysia yang takut jadi susah, takut dizalimi akan meninggalkan ajaran ISLAM yang sebenar.. dan ini juga merupakan CABANG-CABANG SEKULAR~~ aduhai, parok2.. " berat menanang umat kita... last skali, jadi b**o sapa ke mati.. jadi jahil dari muda sapa ke bahang tanoh jilat cok ", Kata Ustaz Azhar Idrus, penceramah 1JUTA LIKE di FACEBOOK


   ---------------------------------------------------------

5.    Golongan sekular yang tertukar nawaitu.

 Golongan ke-5 nih buleh kata ada sekelumit pnyakit hati... Orang Islam ini mengerjakan ibadah, berjuang, berekonomi, berpendidikan, berdakwah, berpolitik, berhubung dan lain-lain lagi walaupun mengikut syariat tetapi bukan kerana Allah Taala. Semua itu dibuat kerana riyak, ujub, nama, glamour, pangkat, wang ringgit, sama ada disedari atau tidak. Oleh kerana itu pahalanya tidak sampai di Akhi-rat. Itulah golongan sekular disebabkan tertukar nawaitu atau niatnya... haaa, hok ni sangat2 bahaya... bahkan ana sndiri pon kadang2 termakan hasutan syaitan.. Astaghfirullah----.. banyak2 istighfar laaa bila terlintas di fikiran perkara2 spt ini... inilah mainan syaitan ingin menyesatkan anak Adam sampai ke kiamat... berjuang berjuang bagus dh tapi niat pulak tak kena.. hok ni masing2 kena semak diri ah.. sama ada untuk dunia atau akhirat... justeru, masing2 boleh rujuk balik Hadis Pertama daripada HADIS 40 IMAM NAWAWI yang berbicara tentang NIAT.. wallahua'lam..

    ---------------------------------------------------------

6. Golongan sekular yang disebabkan adanya unsur-unsur sekular atau mementingkan dunia.

 Golongan yang lebih halus lagi daripada itu ialah apabila seseorang Islam itu, segala usaha-usahanya mengikut syariat tetapi oleh kerana terlalu membesarkan kehidupan dunia daripada kehidupan Akhirat, dia tidak sanggup mengeluar-kan zakat lalu menjadi bakhil. Dia tidak suka membuat kebaikan, tidak suka menolong orang, tidak suka berse-dekah, suka mengumpul harta sahaja dan menjadi tamak. Itulah golongan sekular disebabkan adanya unsur-unsur sekular atau mementingkan dunia... dia ada pnyakit suka kumpul harta dan cintakan dunia.. Allahurobbi, ana pesan kpd diri ana dan sahabat2 supaya perbanyakkan taubat kpd Allah SWT... semoga kita punya ibadah diterima di sisi-Nya... AMIN 
[CINTA KEPADA DUNIA ADALAH GERBANG KEJAHATAN]


   ---------------------------------------------------------

+ Jadi begitulah serba ringkas apa yg ana dapat kongsi dengan para pembaca... justeru marilah kita kembali kepada ajaran ISLAM yang sebenar iaitulah Al-QUran dan Hadis spt mana Nabi Muhammad SAW bersabda yg maksudnya, “Aku tinggalkan kepada kamu dua perkara yang jika kamu berpegang padanya kamu tidak akan sesat, iaitu kitab Allah (al-Quran) dan sunnah rasul-Nya”. (riwayat Malik)... marilah kita baca serba sedikit brkenaan kisah ulama' haraki yang menentang fahaman SEKULAR, di antara nya As-Syahid Imam Hasan al-Banna, pelopor gerakan Ikhwanul Muslimin di MESIR.. insyaAllah... sama2 kita pakat sokong ISlam yang sebenar, insyaAllah hidup kita diberkati oleh-Nya..

--++ Apa yang BAIK itu datang dari ALLAH SWT, dan yang BURUK itu adalah KELEMAHAN DIRI ANA SENDIRI +-- sekian wallaua'lam..

Ahmad Muzakkir Mohamad
6 Disember 2012
3.36 Petang
Teratak Bonda