Assalamualaikum wbt sahabat2 sekalian.. alhamdulillah, syukur kpd
Allah SWT di atas pmberian nikmat yg tidak trhingga kepada umat manusia
seluruhnya.. selawat dan salam ke atas junjungan Rasulullah, Nabi Muhammad SAW
dan seluruh ahli keluarga dan sahabat Baginda--
Untuk entri kali nih, ana bwk sambungan post yg lalu brkenaan
kesesatan fahaman SEKULARISME+ jika anda masih belum baca boleh klik SINI
InsyaAllah kita sambung dengan golongan-golongan SEKULAR pulok
(^^,)
---------------------------------------------------------
Golongan-Golongan Sekular
Ok baik, lepas kita hurai dan faham apa itu sekular atau
sekularisme, maka sini kita tengok pulok pembahagian mereka yang berfaham
sekular itu kepada beberapa kategori. Di antaranya seperti berikut:-
1. Golongan yang berfaham sekular sejati (pure)
- Nih hok hardcore
punya... Golongan yang tidak percaya langsung adanya Tuhan dan adanya
kehidupan Hari Akhirat... Wujudnya alam ini adalah secara nature atau semula
jadi. Orang atau golongan yang berpegang dengan faham ini adalah orang yang
berfaham komunis, atheis atau free thinker. Golongan ini adalah orang yang
berfahaman sekular yang sejati atau yang pure... kalu hok jenis pure nih
bahaya, kita syarah ayat quran pon takda jadi pape.. utk brhujah dgn golongan
sebegini memerlukan hujah logik.. contoh, depa kata alam ini trjadi dgn
sndiri.. kita canggah, dah bagaimana kerusi, televisyen, meja, basikal, kereta,
bas, LRT, lapangan terbang itu terbina??? bukankah ada tukang yang membuatnya???
haaaa, mesti diorang akan duk pikiaq.. lepas pikiaq punya pikiaq, insyaAllah
dengan izin-Nya, cahaya Hidayah akan slow2 masuk dalam hati depa... AWAS DENGAN
GOLONGAN SEKULAR PURE INI!!!
---------------------------------------------------------
2. Golongan orang-orang yang berfaham sekular yang
ter-sesat.
- 2nd group of people is khas
utk org2 kafir sahaja.. Golongan orang-orang kafir ini percaya dengan
Tuhan, prcaya dengan hari Akhirat dan percaya dengan agama TAPI depa tidak
kenal Tuhan... Keyakinannya dengan hari Akhirat tidak tepat. Agamanya tersesat.
Kehidupan dunianya terpisah dari agama... Dalam urusan kehidupan di dunianya,
seolah-olah Tuhan tidak campur tangan. Inilah golongan faham sekular yang
tersesat... haaa, mudah cerita gini laaa, contoh kita tgk dalam filem2 kan..
time kena bala bencana baru depa duk sebut "oh my God', "oh my
God".. dalam keadaan genting depa masih lg ada kebergantungan pada Tuhan..
TAPI MEREKA TIDAK TAHU DAN TIDAK KENAL SIAPAKAH TUHAN YANG SEBENARNYA.. haa, ni
yg jadi masalah... justeru, utk brdakwah kpd golongan ini mmrlukan ilmu yg
tinggu.. sbg contoh, kita blajaq ilmu prbandingan agama.. spt yg Ustaz ana buat
di indonesia, USTAZ FARIZUL nama dia..
---------------------------------------------------------
3. Golongan orang-orang Islam yang yakin dengan
wujud-nya Tuhan.
- kategori ke-3 ni kena ambil
perhatian sikit sbb brkait dengan ORANG ISLAM ITU SENDIRI... dok kira melayu,
cina, india atau LAIN-LAIN, janji dia bragama ISLAM.. Golongan orang-orang
Islam ini yakin dengan wujudnya Tuhan dan pengenalannya tentang Tuhan tepat.
Percaya dengan hari Akhirat secara tepat... NAMUN BEGITU, HOWEVER,
Islamnya hanya di sudut ibadah... Persoalan kehidupan seperti ekonomi,
politik, pendidikan, perjuangan dan lain-lain tidak boleh dicampur aduk dengan
Islam KERANA KEJAHILAN DIA SENDIRI... Syariat Islam tidak ada tempat di dalam
kehidupan kecuali di sudut ibadah sahaja... Selain ibadah, mereka boleh
menerima apa sahaja pandangan ideologi atau akal fikiran... Itulah golongan
sekular disebabkan fasik... haaa, yang ni duk jadi masalah dalam negara kita
laa ni... ana tak nak tuju individu mana2, ana seru dan ajak pembaca2 untuk
menilai sendiri yang mana satu golongan itu.. SETELAH KITA TAHU SIAPA, JANGAN
CEPAT MENUDING JARI!! siasat kenapa depa jd lagu tuh... faktor utama adalah
kejahilan diri sendiri.. "Kejahilan itu mendekatkan diri kepada
Kekufuran", haa ni nok kabo buwi... Pengajaran nya disini, marilah kita
sama2 dekatkan diri dengan majlis Ilmu, kuliah2, ceramah2 agama... jangan duk
rasa diri kita ni pandai dah dalam segala hal.. JANGAN MALU JGN SEGAN
KERANA ILMU ALLAH SWT INI MILIK SEMUA---
---------------------------------------------------------
4. Golongan sekular disebabkan zalim.
- Group 4 nih lebih kurang sama dengan golongan ke-3 di
atas... Orang Islam seperti golongan ketiga tadi TETAPI yakin bahawa Islam
itu adalah agama yang syumul... FAHAM? Golongan 3 td Islam dari SUDUT iBADAH
SAHAJA, golongan ke-4 nih tahu bahawa Islam itu syumul... la adalah agama
seluruh kehidupan... Islam adalah agama ibadah, agama politik, agama
pentadbiran, agama ekonomi, agama pendidikan TETAPI mungkin kerana takut dengan
golongan-golongan tertentu, atau tidak sanggup menerima risiko yang berat, kerana
kepentingan peribadi atau kerana malu dan takut dituduh kolot maka berlakulah
syariat Islam ditinggalkan melainkan di sudut ibadah... Di aspek-aspek
kehidupan yang lain, syariat Islam tidak menjadi disiplin dan peraturan. Inilah
golongan sekular disebabkan zalim... Haaa, ini pun banyak berlaku di Malaysia!!
mari kita merenung satu HADIS AKHIR ZAMAN di mana Baginda Nabi Muhammad
SAW bersabda maksudnya: Islam mula tersebar dalam keadaan dagang ( asing)
, dan ia akan kembali asing pula. Maka beruntunglah orang-orang yang asing. (
H.R. Muslim)
- ana ada ingat satu kata-kata.. tak pasti sama ada ayat Quran atau
lain-lain.. PEMIMPIN ZALIM, jika kamu IKUT mereka, kamu akan SESAT, jika kamu
LAWAN mereka, kamu akan SUSAH.. jadi begitulah, segelintir umat Islam di Malaysia
yang takut jadi susah, takut dizalimi akan meninggalkan ajaran ISLAM yang
sebenar.. dan ini juga merupakan CABANG-CABANG SEKULAR~~ aduhai, parok2..
" berat menanang umat kita... last skali, jadi b**o sapa ke mati.. jadi
jahil dari muda sapa ke bahang tanoh jilat cok ", Kata Ustaz Azhar Idrus,
penceramah 1JUTA LIKE di FACEBOOK
---------------------------------------------------------
5. Golongan sekular yang tertukar nawaitu.
- Golongan ke-5 nih buleh kata ada sekelumit pnyakit hati...
Orang Islam ini mengerjakan ibadah, berjuang, berekonomi, berpendidikan,
berdakwah, berpolitik, berhubung dan lain-lain lagi walaupun mengikut syariat
tetapi bukan kerana Allah Taala. Semua itu dibuat kerana riyak, ujub, nama,
glamour, pangkat, wang ringgit, sama ada disedari atau tidak. Oleh kerana itu
pahalanya tidak sampai di Akhi-rat. Itulah golongan sekular disebabkan tertukar
nawaitu atau niatnya... haaa, hok ni sangat2 bahaya... bahkan ana sndiri pon
kadang2 termakan hasutan syaitan.. Astaghfirullah----.. banyak2 istighfar laaa
bila terlintas di fikiran perkara2 spt ini... inilah mainan syaitan ingin
menyesatkan anak Adam sampai ke kiamat... berjuang berjuang bagus dh tapi niat
pulak tak kena.. hok ni masing2 kena semak diri ah.. sama ada untuk dunia atau
akhirat... justeru, masing2 boleh rujuk balik Hadis Pertama daripada HADIS 40
IMAM NAWAWI yang berbicara tentang NIAT.. wallahua'lam..
---------------------------------------------------------
6. Golongan sekular yang disebabkan adanya unsur-unsur sekular
atau mementingkan dunia.
- Golongan yang lebih halus lagi daripada itu ialah apabila
seseorang Islam itu, segala usaha-usahanya mengikut syariat tetapi oleh kerana
terlalu membesarkan kehidupan dunia daripada kehidupan Akhirat, dia tidak
sanggup mengeluar-kan zakat lalu menjadi bakhil. Dia tidak suka membuat
kebaikan, tidak suka menolong orang, tidak suka berse-dekah, suka mengumpul
harta sahaja dan menjadi tamak. Itulah golongan sekular disebabkan adanya
unsur-unsur sekular atau mementingkan dunia... dia ada pnyakit suka kumpul
harta dan cintakan dunia.. Allahurobbi, ana pesan kpd diri ana dan sahabat2
supaya perbanyakkan taubat kpd Allah SWT... semoga kita punya ibadah diterima di
sisi-Nya... AMIN
[CINTA KEPADA DUNIA ADALAH GERBANG KEJAHATAN]
---------------------------------------------------------
+ Jadi begitulah serba ringkas apa yg ana dapat kongsi dengan para
pembaca... justeru marilah kita kembali kepada ajaran ISLAM yang sebenar
iaitulah Al-QUran dan Hadis spt mana Nabi Muhammad SAW bersabda yg
maksudnya, “Aku tinggalkan kepada kamu dua perkara yang jika kamu
berpegang padanya kamu tidak akan sesat, iaitu kitab Allah (al-Quran) dan
sunnah rasul-Nya”. (riwayat Malik)... marilah kita baca serba sedikit brkenaan
kisah ulama' haraki yang menentang fahaman SEKULAR, di antara nya As-Syahid
Imam Hasan al-Banna, pelopor gerakan Ikhwanul Muslimin di MESIR.. insyaAllah...
sama2 kita pakat sokong ISlam yang sebenar, insyaAllah hidup kita diberkati
oleh-Nya..
--++ Apa yang BAIK itu datang dari ALLAH SWT, dan yang BURUK itu
adalah KELEMAHAN DIRI ANA SENDIRI +-- sekian wallaua'lam..
Ahmad Muzakkir Mohamad
6 Disember 2012
3.36 Petang
Teratak Bonda
No comments:
Post a Comment