Nuffnang-ADVertisemeNT

Assalamualaikum~~

Tuesday, December 18, 2012

Rekreasi HATI ~ Ilmu Itu WAJIB

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera kepada para pembaca maya.. semoga sentiasa berada dalam limpah kurnia rahmat Allah SWT.. InsyaAllah.. Untuk entri kali ini dan yang seterusnya, insyaAllah ana akan tulis serba sedikit brkenaan beberapa hadis Rasulullah SAW...

-- Dipetik daripada buku 300 Hadis Bimbingan karya Dr. Zahazan Mohamed & Ustaz Ahmad Hasan Mohd Nazam-- 

------------------------------------------------

HADIS 1~

Daripada Anas bin Malik r.a., Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: "Menuntut ilmu adalah wajib ke atas setiap Muslim."

(Riwayat Ibn Majah dan Abu Ya'la)

PENGAJARAN:: 
Dianjurkan untuk menuntut ilmu walau di mana saja kita berada, kerana apa yang kita lakukan adalah mengikut ilmu yang kita ketahui.

~ ilmu memainkan peranan yang penting dalam kehidupan seharian manusia. Sejak dari mula bangun tidur sehinggalah kepada untuk tidur, ilmu diaplikasi dalam segenap aspek kehidupan. Sebagai contoh yang muda, bangun tidur kita baca doa. Justeru ilmu tentang doa selepas tidur perlu dipelajari untuk membaca doa tersebut.
 
~ Di atas muka bumi Allah SWT ini terdapat pelbagai disiplin ilmu. Di antaranya agama, bahasa, matematik, sains, teknologi, sastera dan macam-macam lagi. Terserah kepada seseorang individu sama ada ingin belajar atau tidak kerana dunia ini dipenuhi dengan ilmu pengetahuan.

~  Niat kita mempelajari sesuatu ilmu itu haruslah bersandarkan kepada "Kerana Allah SWT..." Hal ini kerana, dengan izin-Nya sahaja kita dapat memperoleh sesuatu. Oleh itu, segala ilmu yang dipelajari hendaklah diamalkan sebaiknya supaya tidak menjadi seperti pohon yang tidak berbuah.

~  Konklusi, ana menyeru para pembaca untuk sama-sama tingkatkan kesedaran dalam mendalami pelbagai bidang ilmu untuk meningkatkan lagi ketaqwaan kita disisi Yang Maha Esa, Allah SWT... InsyaAllah



Sekian, wallahua'lam
*Teratak Bonda, 18 Disember 2012, 5 Petang



No comments: