Nuffnang-ADVertisemeNT

Assalamualaikum~~

Wednesday, December 19, 2012

Rekreasi HATI ~ [ TipU daYA DUNIA ]

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera kepada para pembaca maya.. semoga sentiasa berada dalam limpah kurnia rahmat Allah SWT.. InsyaAllah.. Untuk entri kali ini dan yang seterusnya, insyaAllah ana akan tulis serba sedikit brkenaan beberapa hadis Rasulullah SAW...


-- Dipetik daripada buku 300 Hadis Bimbingan karya Dr. Zahazan Mohamed & Ustaz Ahmad Hasan Mohd Nazam-- 
----------------------------------------- 
HADIS 2~
Daripada Qatadah bin Nu’man, Nabi SAW bersabda yang bermaksud: “Apabila Allah mengasihi seorang hamba, Allah mengawasinya dari dunia (daripada tipu daya dan syahwat dunia) sepertimana seseorang daripada kamu berterusan mengawasi sakitnya daripada terkena air (jika sakit itu merbahaya sekiranya terkena air)
(Riwayat al-Tirmizi dan al-Hakim)



 PENGAJARAN:: 
Segala kepayahan yang kita hadapi mempunya hikmah di sebaliknya. Terimalah kesusahan dengan hati yang terbuka dan jangan mengeluh.

~ Marcapada ini, kita tengok dunia hari ini sudah tiada sempadan lagi. Segalanya di hujung jari dengan adanya pelbagai kemudahan berteknologi tinggi.  Ketika ini, apa yang penting hanyalah pembangunan dan ekonomi. Manusia semakin mengejar kemewahan harta dan seringkali leka dengan tipu daya duniawi. Mereka lupa tentang akhirat yang kekal abadi.


~ Di zaman ini, sangat sukar untuk seseorang Muslim kembali mengamalkan kembali ajaran Islam yang dibawa Nabi Muhammad SAW satu ketika dahulu. Dek kerana pelbagai aliran pemikiran telah menerjah kotak fikiran umat akhir zaman ini. Di antaranya, liberalisme, sekularisme, feminism dan pluralisme. Semua aliran pemikiran ini bercanggah dengan Islam dan harus dijauhi.

~ Oleh itu, marilah sama-sama kita memohon kepada Allah SWT agar dijaga daripada pelbagai fitnah dunia akhir zaman masa kini; wanita, pangkat, kuasa dan harta. Justeru, Apabila Allah mengasihi seorang hamba, Allah mengawasinya dari dunia (daripada tipu daya dan syahwat dunia)





Sekian, wallahua'lam
*Teratak Bonda, 19 Disember 2012, 5 Petang
 

No comments: