Assalamualaikum wbt dan
salam sejahtera kepada semua yang mengenali.. InsyaAllah semoga sentiasa berada
dalam kesihatan yang baik dan terjaga... untuk entri kali nih ambe nk ajok
geng2 semua utk faham dan reti tentang satu jenis fahaman di zaman lening, satu
fahaman yang sangat menyesatkan.. fahaman yang boleh sebabkan kalu ada dalam
diri, buleh jatuh kufur... insyaAllah sama2 kita baca dan faham deh (^^,)
---------------------++++++++++---------------------
What is SEKULARISME ???
sekular..sekular.. ape benda gok sekular nih??? ce mari kabo gok
etek.. acu cuba beritahu ke ambe, i dont know what is that boh..
[Fahaman falsafah atau sistem yang memisahkan urusan dunia samada
urusan pemerintahan, pendidikan dan lain-lain urusan pentadbiran daripada
urusan-urusan agama.]
ada reti?? ke tak faham lagi?.. ok2, camni maksud dia.. meh ambe
bagi teghang sikit yek.. mudah kata laaa, SEKULARISME ni kita kendali,
manage, urustadbir, ngejah urusan kehidupan di dunia secara terpisah daripada agama, kita duk buat benda tuh
tiada hubungan dengan Tuhan atau tidak ada hubungkait dengan Akhirat... boleh
faham :-)
Contohnya, dalam urusan pendidikan... kita duk belajar benda2
duniawi sahaja.. kita duk blajaq nama buah-buahan, ilmu yang penting untuk
dapat kerja nanti.. pahtu bila tiba nak masukkan elemen keTuhanan or agama
dalam proses pembelajran, CEPAT2 DIREJECT.. dia nak bagi clear daripada urusan2
agama..
Contoh lain hok mudoh gini laaa, pernah dengar tak orang kata,
"Politik dan ISLAM takleh campur !! ".. haaaa, ni lah yang dikatakan
golongan SEKULARISME.. ambe bukan nok cerita aib orang, bukan nak hina mana2
individu, AMBE CAKAP BAB AQIDAH SINI, dengor molek2..
Bagi orang yang berfaham sekular nih, hidup di dunia ini hanya
habis di dunia. Kalau untung pun untung atas dunia. Kalu rugi pun rugi atas
dunia, gitu sajelah. Sama ada susah atau senang, hanya di dunia. la tidak akan
dipersoalkan lagi di Akhirat. Dosa dan pahala tidak masuk kira di sini kerana kehidupan
itu hanya di dunia semata-mata... ambik toh!! KALU ADA PEMIKIRAN GINI DALAM
UMAT ISLAM, PUNOH JAHANANG, ROSOK HABIH JENG KRENG~~ Mintak jauh Ya Allah~
kalu kita tgk org hok ada fahaman sekular nih, syariat tidak
diambil kira. Syariat tadok tempat dalam kehidupan. Tuhan tidak campur tangan
di dalam kehidupan manusia. Oleh yang demikian manusia boleh buat apa sahaja.
Yang penting mendapat untung. Yang
diperlukan adalah pembangunan dan kemajuan. Yang
mustahak mendapat kemenangan dan kejayaan walau apa cara sekalipun. Walau
terpaksa menghalalkan cara. Halal dan haram jangan difikirkan. Pantang larang
jangan diambil kira... ikut sedak nok buat lagu lagu mana pong.. ni lahh hok
jadi punoh habih umat.. Allahurobbi!!
Kita ade dengor kan 'DUNIA JAMBATAN KE AKHIRAT'.. tapi lain pulok
kalu orang hok ikut fahaman sekular.. bagi depa semua dunia bukan jambatan
untuk Akhirat atau bukan tanaman untuk Akhirat. Segala apa yang berlaku di
dunia ini hanya habis di dunia semata-mata. Tidak timbul soal dosa dan pahala dalam
faham sekular. Tidak ada kehidupan di Akhirat atau tidak ambil pusing kehidupan
di Akhirat. Kalaupun percaya dengan hari Akhirat, tetapi acuh tidak acuh.
Seolah-olah Akhirat itu hendak dilupakan atau tiada. Bahkan sesetengah orang
tidak senang dengan kehidupan Akhirat. Sebut sahaja Akhirat, hati benci, mulut
mencemik. Orang yang menyebut Akhirat dirasakan kolot dan sudah ketinggalan
zaman.... berat menanam!! kolot teruh ye buwi~
(Surah al-Baqarah, ayat 208)
---------------------+++++++++++---------------------
jadi gitulah ceritanya.. nok kabo buwi ape benda sekular nih.. hok mana pernah dgr istilah ISLAM SEKULAR, yang tu lah fahaman yang salah lg menyesatkan.. kembali kepada ajaran yang betul, ajaran ISLAM yang suci~ in shaa Allah..
***post akan datang kita akan kongsi berkenaan ciri-ciri golongan sekular (^^,)
SEKIAN, WALLAHUA'LAM.. segala yang baik itu dari Allah SWT, yang buruk itu dari kelemahan diri saya sendiri..
Ahmad Muzakkir Mohamad
***post akan datang kita akan kongsi berkenaan ciri-ciri golongan sekular (^^,)
SEKIAN, WALLAHUA'LAM.. segala yang baik itu dari Allah SWT, yang buruk itu dari kelemahan diri saya sendiri..
Ahmad Muzakkir Mohamad
19 November 2012
2.08 Petang