Assalamualaikum
wbt dan salam sejahtera semua... alhamdulillah setelah lama sangat doh ambe
tinggal blog nih, akhirnya diberi keizinan oleh ALLAH SWT untuk menulis.. kalu
tak silap ambe, post terakhir ialah pada Ramadhan yang lalu.. sekarang nih dah
nak masuk Hari Raya Aidiladha sudaaa--- aduhai, masa mencemburui ambe..
insyaAllah dgn ruang dan peluang yang ada, ambe nak kongsi serba sedikit
tentang KELEBIHAN PUASA SUNAT HARI ARAFAH... apebenda pose nih??
-----------------------+++
-----------------------
Bila gok Hari Arafah nih??
- Hari ‘Arafah ialah hari ke-9 dalam bulan Zulhijjah. Ia adalah
hari terbaik sepanjang tahun kerana Nabi s.a.w. bersabda; “Tidak ada hari yang
paling banyak Allah membebaskan hambanya pada hari tersebut dari neraka dari
hari ‘Arafah” (Riwayat Imam Muslim).
- Jadinya sini nok kabo(beritahu), insyaAllah hari Khamis nih
iaitu 25 Oktober 2012 bersamaan 9 Zulhijjah 1433 Hijrah adalah HARI ARAFAH...
Doh
nok wak benda KHAMIS nih??
- MasyaAllah, Subhanallah... doh kan kabo doh Khamis nih Hari
Arafah, apa lagi AYUH KITA PUASA SUNAT HARI ARAFAH BERSAMA-SAMA (^^,)
"Lu mau ka tak mau???"
"Mau..mau..mau.. ayuh kita berpuasa nye pun adoi.."
***HANYA ORANG YANG SEDANG WUKUF (Mengerjakan Haji) SAHAJA DILARANG UNTUK BERPUASA PADA HARI ARAFAH***
"Mau..mau..mau.. ayuh kita berpuasa nye pun adoi.."
***HANYA ORANG YANG SEDANG WUKUF (Mengerjakan Haji) SAHAJA DILARANG UNTUK BERPUASA PADA HARI ARAFAH***
-> Maimunah isteri Rasulullah s.a.w. menceritakan; orang ramai
ragu-ragu apakah Rasulullah s.a.w. berpuasa atau tidak pada hari ‘Arafah. Lalu
ia (yakni Maimunah) menghantar kepada baginda satu bekas berisi susu tatkala
baginda sedang berwukuf di Padang ‘Arafah itu. Lalu baginda meminum susu
tersebut dengan dilihat oleh orang ramai kepadanya (Riwayat Imam Muslim).
-> Malah ada tegahan dari Nabi s.a.w. sebagaimana yang
diceritakan oleh Abu Hurairah r.a.; “Sesungguhnya Nabi s.a.w. menegah dari
berpuasa pada hari ‘Arafah bagi jamaah haji yang berada di ‘Arafah” (Riwayat
Imam Abu Daud, Ahmad, Ibnu Majah dan al-Hakim).
~~sahabat sahabiah yang disayangi, ada reti semua? ALHAMDULILLAH
"emmm
abang, Puasa nih ada kelebihan dop? hihihihi "
"alahai awok, mesti laa ade ganjaran dan kelebihan nya..tapi
janji, kalau saya beritahu awak kena puasa Khamis ni, boleh?"
"InsyaAllah abang :-).."
__________________________________________________________________
__________________________________________________________________
Telah
tersebut dalam satu hadith Sahih Muslim yang bermaksud,
Dan
Rasulullah SAW ditanya tentang berpuasa di hari ‘Arafah. Maka Baginda bersabda:
“Ia menebus dosa setahun yang telah lalu dan setahun yang akan datang.” (Hadith
Riwayat Imam Muslim)
"Haa,
awok baca dok atas nuh.. insyaAllah dengan niat yang ikhlas, cara yang betul,
kita buleh menda yang Rasulullah SAW kata.."
Didalam
riwayat lain Nabi saw bersabda :
“Puasa
hari Arafah, sesunguhnya aku berharap Allah swt agar menghapuskan dosa setahun
yang lepasnya dan tahun yang sebelumnya” – (Hadith riwayat Tirmidzi)
Daripada
Sayyidatina ‘Aisyah telah berkata :
Tiada
dari hari dalam setahun aku berpuasa lebih aku gemari daripada hari Arafah –
(Hadis riwayat Ibnu Abu Syaibah dan Baihaqi)
"MasyaAllah,
besor sunggoh ganjaran puasa SUnat HARI ARAFAH nih kan abang :) "
"Mestilah, Allah SWT tuh Maha Pemurah, kita nih yang samseng
dengan DIA.."
"Doh pahtu puasa nok niat guane abang eh... ? "
--laaa, niat pon... klik sini awok deh
:)
-----------------------+++
-----------------------