Nuffnang-ADVertisemeNT

Assalamualaikum~~

Friday, December 21, 2012

:: Kisah AZAN and LIAM NEESON (hollywood actor) ::

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera sahabat sekalian... entri kali nih special sket.. this moment happens sejurus after ambe selesai tgk crite TAKEN 2.. and suddenly tringatkan kisah LIAM NEESON masuk islam.. DO U KNOW WHY??? either u wanna read this blog, or u wanna see the 


AZAN DAN LIAM NEESON




~ 5 kali sehari.. dats da numbers of how many times bilal akan melaungkan azan.. iaitulah seruan untuk menyeru kepada SOLAT... ada satu hadis sahih di mana sahabat Nabi, BILAL BIN RABAH brmimpi supaya dilaungkan azan spt mana hari ini... dan ingin ana bawa satu cerita brkenaan azan.. benda nih trjadi kat salah satu filem terbitan Hollywood -- TAKEN 2 (2012)

~ do u know who LIAM NEESON??? a famous actor.. in the story, dia ada mention pasal azan but in different way, like this.. "...there is a man singing..." at that time, he still dont know yg tu adalah azan.. Penggambaran filem TAKEN 2 ni brtempat di Istanbul, TURKI.. and dlm crite tuh ada scene d mana azan berkumandang and it is lovely, MasyaAllah sgt2 merdu.. mantoppp!

~ and you can read the whole story of LIAM NEESON thinking of reverting to ISLAM after a long period of time for staying at Istanbul, TURKI.. insyaAllah, moga2 Allah SWT buka hati beliau utk menerima agama ISLAM..  ALLAHUAKBAR!!!

***nukilan ambe lepas tengok crite Taken 2 (2012) kalu sahabat nk tgk sendiri, boleh download crite tuh di loadzoom.com... *pengalaman depan mata*

#Boleh Share Jika MAU (^^,)



http://www.dailymail.co.uk/tvshowbiz/article-2091786/Liam-Neeson-considers-converting-Islam-following-trip-Istanbul.html

http://www.thesun.co.uk/sol/homepage/news/4083596/Liam-Neeson-news-Liam-Neeson-is-thinking-about-becoming-a-Muslim.html


sekian, wallahua'lam...

Wednesday, December 19, 2012

Rekreasi HATI ~ [ TipU daYA DUNIA ]

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera kepada para pembaca maya.. semoga sentiasa berada dalam limpah kurnia rahmat Allah SWT.. InsyaAllah.. Untuk entri kali ini dan yang seterusnya, insyaAllah ana akan tulis serba sedikit brkenaan beberapa hadis Rasulullah SAW...


-- Dipetik daripada buku 300 Hadis Bimbingan karya Dr. Zahazan Mohamed & Ustaz Ahmad Hasan Mohd Nazam-- 
----------------------------------------- 
HADIS 2~
Daripada Qatadah bin Nu’man, Nabi SAW bersabda yang bermaksud: “Apabila Allah mengasihi seorang hamba, Allah mengawasinya dari dunia (daripada tipu daya dan syahwat dunia) sepertimana seseorang daripada kamu berterusan mengawasi sakitnya daripada terkena air (jika sakit itu merbahaya sekiranya terkena air)
(Riwayat al-Tirmizi dan al-Hakim)



 PENGAJARAN:: 
Segala kepayahan yang kita hadapi mempunya hikmah di sebaliknya. Terimalah kesusahan dengan hati yang terbuka dan jangan mengeluh.

~ Marcapada ini, kita tengok dunia hari ini sudah tiada sempadan lagi. Segalanya di hujung jari dengan adanya pelbagai kemudahan berteknologi tinggi.  Ketika ini, apa yang penting hanyalah pembangunan dan ekonomi. Manusia semakin mengejar kemewahan harta dan seringkali leka dengan tipu daya duniawi. Mereka lupa tentang akhirat yang kekal abadi.


~ Di zaman ini, sangat sukar untuk seseorang Muslim kembali mengamalkan kembali ajaran Islam yang dibawa Nabi Muhammad SAW satu ketika dahulu. Dek kerana pelbagai aliran pemikiran telah menerjah kotak fikiran umat akhir zaman ini. Di antaranya, liberalisme, sekularisme, feminism dan pluralisme. Semua aliran pemikiran ini bercanggah dengan Islam dan harus dijauhi.

~ Oleh itu, marilah sama-sama kita memohon kepada Allah SWT agar dijaga daripada pelbagai fitnah dunia akhir zaman masa kini; wanita, pangkat, kuasa dan harta. Justeru, Apabila Allah mengasihi seorang hamba, Allah mengawasinya dari dunia (daripada tipu daya dan syahwat dunia)





Sekian, wallahua'lam
*Teratak Bonda, 19 Disember 2012, 5 Petang
 

Tuesday, December 18, 2012

Rekreasi HATI ~ Ilmu Itu WAJIB

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera kepada para pembaca maya.. semoga sentiasa berada dalam limpah kurnia rahmat Allah SWT.. InsyaAllah.. Untuk entri kali ini dan yang seterusnya, insyaAllah ana akan tulis serba sedikit brkenaan beberapa hadis Rasulullah SAW...

-- Dipetik daripada buku 300 Hadis Bimbingan karya Dr. Zahazan Mohamed & Ustaz Ahmad Hasan Mohd Nazam-- 

------------------------------------------------

HADIS 1~

Daripada Anas bin Malik r.a., Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: "Menuntut ilmu adalah wajib ke atas setiap Muslim."

(Riwayat Ibn Majah dan Abu Ya'la)

PENGAJARAN:: 
Dianjurkan untuk menuntut ilmu walau di mana saja kita berada, kerana apa yang kita lakukan adalah mengikut ilmu yang kita ketahui.

~ ilmu memainkan peranan yang penting dalam kehidupan seharian manusia. Sejak dari mula bangun tidur sehinggalah kepada untuk tidur, ilmu diaplikasi dalam segenap aspek kehidupan. Sebagai contoh yang muda, bangun tidur kita baca doa. Justeru ilmu tentang doa selepas tidur perlu dipelajari untuk membaca doa tersebut.
 
~ Di atas muka bumi Allah SWT ini terdapat pelbagai disiplin ilmu. Di antaranya agama, bahasa, matematik, sains, teknologi, sastera dan macam-macam lagi. Terserah kepada seseorang individu sama ada ingin belajar atau tidak kerana dunia ini dipenuhi dengan ilmu pengetahuan.

~  Niat kita mempelajari sesuatu ilmu itu haruslah bersandarkan kepada "Kerana Allah SWT..." Hal ini kerana, dengan izin-Nya sahaja kita dapat memperoleh sesuatu. Oleh itu, segala ilmu yang dipelajari hendaklah diamalkan sebaiknya supaya tidak menjadi seperti pohon yang tidak berbuah.

~  Konklusi, ana menyeru para pembaca untuk sama-sama tingkatkan kesedaran dalam mendalami pelbagai bidang ilmu untuk meningkatkan lagi ketaqwaan kita disisi Yang Maha Esa, Allah SWT... InsyaAllah



Sekian, wallahua'lam
*Teratak Bonda, 18 Disember 2012, 5 Petang