Nuffnang-ADVertisemeNT

Assalamualaikum~~

Tuesday, October 23, 2012

Puasa SUNAT HARI ARAFAH - 25 OKTOBER 2012



Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera semua... alhamdulillah setelah lama sangat doh ambe tinggal blog nih, akhirnya diberi keizinan oleh ALLAH SWT untuk menulis.. kalu tak silap ambe, post terakhir ialah pada Ramadhan yang lalu.. sekarang nih dah nak masuk Hari Raya Aidiladha sudaaa--- aduhai, masa mencemburui ambe.. insyaAllah dgn ruang dan peluang yang ada, ambe nak kongsi serba sedikit tentang KELEBIHAN PUASA SUNAT HARI ARAFAH... apebenda pose nih??

-----------------------+++ -----------------------

Bila gok Hari Arafah nih??



- Hari ‘Arafah ialah hari ke-9 dalam bulan Zulhijjah. Ia adalah hari terbaik sepanjang tahun kerana Nabi s.a.w. bersabda; “Tidak ada hari yang paling banyak Allah membebaskan hambanya pada hari tersebut dari neraka dari hari ‘Arafah” (Riwayat Imam Muslim).



- Jadinya sini nok kabo(beritahu), insyaAllah hari Khamis nih iaitu 25 Oktober 2012 bersamaan 9 Zulhijjah 1433 Hijrah adalah HARI ARAFAH...




Doh nok wak benda KHAMIS nih??



- MasyaAllah, Subhanallah... doh kan kabo doh Khamis nih Hari Arafah, apa lagi AYUH KITA PUASA SUNAT HARI ARAFAH BERSAMA-SAMA (^^,)  



 "Lu mau ka tak mau???"
 "Mau..mau..mau.. ayuh kita berpuasa nye pun adoi.."

***HANYA ORANG YANG SEDANG WUKUF (Mengerjakan Haji) SAHAJA DILARANG UNTUK BERPUASA PADA HARI ARAFAH***



-> Maimunah isteri Rasulullah s.a.w. menceritakan; orang ramai ragu-ragu apakah Rasulullah s.a.w. berpuasa atau tidak pada hari ‘Arafah. Lalu ia (yakni Maimunah) menghantar kepada baginda satu bekas berisi susu tatkala baginda sedang berwukuf di Padang ‘Arafah itu. Lalu baginda meminum susu tersebut dengan dilihat oleh orang ramai kepadanya (Riwayat Imam Muslim).



-> Malah ada tegahan dari Nabi s.a.w. sebagaimana yang diceritakan oleh Abu Hurairah r.a.; “Sesungguhnya Nabi s.a.w. menegah dari berpuasa pada hari ‘Arafah bagi jamaah haji yang berada di ‘Arafah” (Riwayat Imam Abu Daud, Ahmad, Ibnu Majah dan al-Hakim). 



~~sahabat sahabiah yang disayangi, ada reti semua? ALHAMDULILLAH


"emmm abang, Puasa nih ada kelebihan dop? hihihihi "



"alahai awok, mesti laa ade ganjaran dan kelebihan nya..tapi janji, kalau saya beritahu awak kena puasa Khamis ni, boleh?"



"InsyaAllah abang :-).."

__________________________________________________________________

Telah tersebut dalam satu hadith Sahih Muslim yang bermaksud,

Dan Rasulullah SAW ditanya tentang berpuasa di hari ‘Arafah. Maka Baginda bersabda: “Ia menebus dosa setahun yang telah lalu dan setahun yang akan datang.” (Hadith Riwayat Imam Muslim)



"Haa, awok baca dok atas nuh.. insyaAllah dengan niat yang ikhlas, cara yang betul, kita buleh menda yang Rasulullah SAW kata.."



Didalam riwayat lain Nabi saw bersabda :

“Puasa hari Arafah, sesunguhnya aku berharap Allah swt agar menghapuskan dosa setahun yang lepasnya dan tahun yang sebelumnya” – (Hadith riwayat Tirmidzi)





Daripada Sayyidatina ‘Aisyah telah berkata :

Tiada dari hari dalam setahun aku berpuasa lebih aku gemari daripada hari Arafah – (Hadis riwayat Ibnu Abu Syaibah dan Baihaqi)



"MasyaAllah, besor sunggoh ganjaran puasa SUnat HARI ARAFAH nih kan abang :) "



"Mestilah, Allah SWT tuh Maha Pemurah, kita nih yang samseng dengan DIA.."



"Doh pahtu puasa nok niat guane abang eh... ? "





--laaa, niat pon... klik sini awok deh :)
-----------------------+++ -----------------------


 "Ya Allah, aku memohon semoga Engkau terima ibadah ku ini.. AMIN"








No comments: