Nuffnang-ADVertisemeNT

Assalamualaikum~~

Friday, July 20, 2012

:: TudiAAA!! Ramadhan mai dah!! ::


Assalamualaikum and salam sejahtera semua.. apa khabar sahabat sahabiah yang dikasihi? Semoga berada dalam jagaan Allah SWT selalu.. insyaAllah entri kali ini akan membicarakan Ramadhan yang kita lalui la ni.. insyaAllah semoga dapat ilmu yang bermanfaat (^^,)

______________________________________________________________________________________________

Ape benda gok Ramadhan nih???


Kalau nak tahu sebenar-benarnya Ramadhan nih perlu kepada pembacaan… jadi, saya gitau laa sedikit sebanyak.. Ramadhan ini adalah satu bulan dalam bulan-bulan di mana umat Islam wajib berpuasa… berpuasa lama mana?? Tempoh umat Islam berpuasa pada bulan Ramadhan ialah selama 30 hari.. buleh jadi jugok 29 hari tp kes-kes tertentu sahaja… Allah swt mewajibkan PUASA melalui kitab suci al-Quran, di dalam Surah al-Baqarah, ayat 183:



Maksudnya: Wahai orang-orang yang beriman! Kamu diwajibkan berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang yang dahulu daripada kamu, supaya kamu bertaqwa.

~ Selain daripada pensyari’atan Puasa, Ramadhan merupakan bulan dimana al-Quran diturunkan.  Firman Allah SWT lagi dalam kitab-Nya yang bermaksud


Bulan Ramadan, yang di dalamnya diturunkan al-Qur'an sebagai petunjuk bagi manusia dan keterangan-keterangan yang menjelaskan petunjuk dan (menjelaskan) perbezaan (antara yang benar dan salah). Oleh itu, barangsiapa di antara kamu hadir di bulan itu, maka hendaklah dia berpuasa pada bulan itu.."

(Surah al-Baqarah, ayat 185)

____________________________________________________________________________________________


GUane nok niat puasa???




~untuk puasa bulan Ramadhan nih kita kena niat puasa pada 

malam sblm puasa tuh.. COntoh, kita puasa hari Sabtu..

lepas smayang terawih hari jumaat tuh boleh NIAT PUASA

 TERUS.. walaubagaimanapun terdapat perbezaan pendapat

/ khilaf dalam kalangan IMAM MAZHAB berkenaan niat ini..

kalu nok senang, ikut hok MAZHAB SHAFIE (Mazhab kita)

yaitu niat tiap2 hari.. ngerti?



__________________________________________________________________________________________________________

Alhamdulillah, boleh laa kongsi ilmu sikit-sikit.. semoga ikhwan dan akhawat dapat ambil input berguna daripada entri kali ini.. Yang baik itu datang daripada Allah SWT, yang buruk itu datang daripada kelemahan diri ana sendiri.. wallahua'lam.. Selamat Berpuasa :)





No comments: