Assalamualaikum n hye ALLs~~
today's entri is all about WILL vs NEED~~
today's entri is all about WILL vs NEED~~
Antara kemahuan atau keperluan pasti menjadi taruhan dalam sesuatu pemilihan. Benar, setiap dkali alam kehidupan ini kita pasti akan bertembung dengan pilihan untuk memilih yang mana satu yang menjadi idaman kalbu. Soalnya, adakah ia berupa Kemahuan ATAU Keperluan? aku sendiri juga pernah berdepan dengan keadaan sebegini. Pastinya, berkerut dahi memikir hal sebegini. Nampak ringkas, tetapi rimas . aku akan cuba membawa daripada sudut pandangan aku sendiri dalam memahami kemahuan dan keperluan.
Kemahuan ini berasaskan kamus Dewan Bahasa & Pustaka yang IR rujuk merupakan dari kata ‘mahu (kata kerja). Bersinonim dengan hendak, ingin, berkeinginan, berkepingin, berhajat, berhasrat, berkenan, bersedia, sanggup, rela, sudi, reda; suka, gemar, berminat, berharap, bercita-cita, berazam, mengidam, dahaga akan, damba akan, berahi akan, sir, embuh, kasik, lepau;, Kata Terbitan : mahu tak mahu, mahupun, semahunya, semahu-mahunya, kemahuan‘
Melihat kepada maknanya aku rasa ia lebih kepada bersifat keinginan kepada sesuatu yang teramat sangat. Bila sudah teringin kepada sesuatu, maka pertimbangan akal akan menjadi nombor dua dalam menentukan keputusan. Walaupun kemahuan itu akan membawa kepada pembaziran, tetapi kerana kita mahukannya, kita inginkannya, maka ia tidak akan dijadikan kewajaran dalam pertimbangan. Mungkin ideologi dalam membuat keputusan aalah berbeza. Namun asasnya tetap sama. Kita terlalu inginkannya. Sebagai kesimpulan paling mudah, aku mengambil contoh telefon bimbit. Kita sedia maklum, telefon bimbit kini menjadi satu kegunaan yang cukup-cukup penting dalam kehidupan seharian. Tidak kiralah jenama Nokia, Samsung, Sony Ericsson dan lain-lain lagi. Aku sudah memiliki telefon bimbit yang biasa2 je pada perkiraan aku sendiri iaitu NOKIA .. erm ape ntah model dia. Tetapi aku rasa seperti mahukan satu lagi telefon bimbit yang canggih lagi dari yang sedia ada. Maka ini yang dinamakan kemahuan sedangkan keperluan aku sendiri sudah dipenuhi. Muhasabah diri ana kali ini ye.Hehe. Itulah secara peribadi, aku simpulkan kemahuan ini lebih kepada nafsu kerana itu akal selalunya tidak dijadikan asas pertimbangan apabila kita sudah meletakan target kemahuan kita!
Keperluan
Ya. Apakah itu keperluan? Bukankah daripada kemahuan timbulnya keperluan? Mari kita rujuk juga kamus Dewan Bahasa & Pustaka. ‘Keperluan ini merupakan kata dari perlu (kata tugas)’
- Bersinonim dengan
mesti: wajib, harus patut, tidak boleh tidak, hendaklah, terpaksa, pasti, tentu,
- Bersinonim dengan
berguna: berfaedah, bermanfaat, mustahak, penting,
- Kata Terbitan : memerlukan, keperluan,
Initipati dari maksud keperluan yang aku boleh fahami disini adalah, keperluan merupakan sesuatu yang menjadi wajib dan mesti kerana ia berguna, berfaedah dan lain-lain perkara yang sinonim dengannya. Maka, kesimpulan mudah keperluan merupakan satu perkara yang tidak dapat tidak secara tabi’inya kita memerlukannya. Sebagai contoh aku memerlukan baju untuk bermain. Maka ini merupakan satu keperluan kerana pakaian sememangnya adalah keperluan manusia secara fitrahnya. Try aku bawakan contoh lain. Aku berkehendakan baju kemeja. Pada dasarnya kita melihat ia seolah-olah satu kemahuan. Tetapi ia merupakan satu keperluan kerana baju kemeja tidak sama fungsinya dengan baju yang digunakan untuk bermain. Melihat pemikiran simplistik kita, baju kemeja juga boleh dibuat bermain tetapi adakah ia sesuai dengan peranannya sebagai baju kemeja. Tentu tidak. Anda sendiri boleh menilainya. Kita tiada telefon bimbit, maka, adalah menjadi keperluan untuk memilikinya kerana digunakan untuk berhubung dan seumpamanya. Mungkin apabila kita sudah memiliki telefon bimbit, akan menjadi satu keperluan juga untuk memiliki sebuah lagi telefon bimbit yang baru. Ringkasnya ia bergantung kepada keadaan. Kita sendiri bijak untuk menilai apakah ia merupakan satu keperluan ATAU kemahuan. Kesimpulan mudah bagi memahami keperluan, biasanya naluri akal sendiri meletakkan ia sebagai satu keperluan secara fitrahnya seperti makan, minum dan seumpamanya.
Rumusannya. Kita sudah diberikan akal untuk berfikir oleh ALLAH tentang setiap perkara baik buruk dan segala yang berkaitan dengan kehidupan. Pertimbangan yang berlandaskan Al-Quran dan Hadis adalah suatu pemikiran aras tinggi yang melepasi kesemua pemikiran yang ada di muka bumi. Bukankah ALLAH telah berpesan kepada sekalian makhluknya dalam surah Ar-Ra’d ayat 19:
“Maka Adakah orang Yang mengetahui Bahawa Al-Quran Yang diturunkan kepadamu dari Tuhanmu itu (Wahai Muhammad) perkara Yang benar, sama Dengan orang Yang buta matahatinya? Sesungguhnya orang-orang Yang mahu memikirkan hal itu hanyalah orang-orang Yang berakal sempurna.”
Sekarang keutamaan kita kepada keperluan ATAU kemahuan? Mulakan pengembaraan kendiri anda!
~ Kejadian akal yang diciptakan oleh ALLAH adalah Maha Hebat kuasa ciptaannya. Gunakan ia dengan sebaiknya pasti kebaikan mengiringi bersama ~
sekian saja nukilan aku hari ini~~ slamat membaca y'allsss~~
wallahua'lam~~
3 comments:
tq ckguu :)
sme cm aku!
anonymous: ur most welcome!! :-)
eman: payah nk pilih bro!!
Post a Comment