Nuffnang-ADVertisemeNT

Assalamualaikum~~

Thursday, August 18, 2011

~Malam Lailatul Qadar~





Assalamualaikum n salam sejahtera sahabat2 sekalian~ bersempena dgn bulan Ramadhan yang mulia nih, marilah sama2 kita mencari malam yang lebih baik daripada seribu bulan iaitu malam LAILATUL QADAR.. sama2 kita merebut malam tersebut.. insyaAllah~

------------------------------->>>>>>>>>>>>>><<<<<<<<<<<<<<----------------------------------


MALAM LAILATUL-QADAR 

~Malam Lailatul-Qadar sunat dicari, kerana malam ini merupakan suatu malam yang diberkati serta mempunyai kelebihan dan diperkenankan doa oleh Allah S.W.T. Malam Lailatul-Qadar adalah sebaik-baik malam mengatasi semua malam termasuk malam Jumaat. Allah S.W.T. berfirman dalam Surah Al-Qadr 97: Ayat 3. 

Maksudnya " Malam Lailatul - Qadar lebih baik daripada seribu malam "
-----------------------|||------------------------

~Ertinya menghidupkan malam Lailatul-Qadardengan mengerjakan ibadah adalah lebih baik daripada beribadah pada seribu bulan yang tidak ada Lailatul-Qadar seperti sabda Nabi s.a.w.:

Maksudnya " Sesiapa menghidupkan malam Lailatul-Qadar kerana beriman serta mencari pahala yang dijanjikan akan mendapat pengampunan daripada dosa-dosa yang telah lalu"
-----------------------|||------------------------

~Diriwayatkan daripada Saiyidatina Aisyah r.a bahawa Rasulullah s.a.w. apabila tiba 10 hari terakhir bulan ramadhan, Baginda menghidupkan malam-malamnya dengan membangunkan isi rumah dan menjauhi daripada isteri-isterinya. Imam Ahmad dan Muslim meriwayatkan: 

 Maksudnya " Rasulullah s.a.w. berusaha sedaya upaya dalam malam-malam sepuluh akhir Ramadhan melebihi usahanya daripada malam-malam lain. "
-----------------------|||------------------------

~Malam Lailatul-Qadar berlaku pada 10 akhir daripada malam ganjil bulan Ramadhan. Rasulullah s.a.w. bersabda:
Maksudnya " Carilah malam Lailatul-Qadar pada sepuluh akhir bulan Ramadhan dalam malam ganjil. "
-----------------------|||------------------------

Lailatulqadar mempunyai kelebihan yang begitu besar. Ianya lebih baik dari 1000 bulan yang lain. 

Sebab diturunkan ayat tersebut diriwayatkan daripada Mujahid dikatakan sebab turun ayat tersebut ialah Nabi s.a.w. telah menyebut tentang seorang lelaki daripada Bani Israel yang telah menggunakan alat senjatanya untuk berperang pada jalan Allah maka orang Islam pun kagum di atas perbuatan itu lalu Allah menurunkan ayat di atas.

Riwayat yang lain pula dari Ali bin Aurah pada satu hari Rasulullah telah menyebut 4 orang Bani Israel yang telah beribadah kepada Allah selama 80 tahun. Mereka sedikitpun tidak derhaka kepada Allah lalu para sahabat kagum dengan perbuatan mereka itu. Jibril datang memberitahu kepada Rasulullah bahawa Allah w.s.t. menurunkan yang lebih baik dari amalan mereka. Jibril pun membaca surah Al Qadar dan Jibril berkata kepada Rasulullah ayat ini lebih baik daripada apa yang engkau kagumkan ini menjadikan Rasulullah s.a.w. dan para sahabat amat gembira.

Daripada ayat di atas dapatlah kita ketahui bagaimana besar kelebihan orang yang beribadah pada malam lailatulqadar. Ianya satu malam menyamai beramal 1000 bulan.
Dalam hadis Rasulullah s.a.w. menyebut 

Maksudnya: "Rasulullah bersungguh-sungguh beribadah pada 10 akhir bulan Ramadhan lebih daripada yang lainnya" 

Rasulullah s.a.w. melakukan ibadah pada malam itu bukan hanya setakat baginda sahaja tetapi baginda menyuruh ahli keluarga bangun bersama beribadah. Kata Aisyah r.a. 

Maksudnya: "Nabi s.a.w. apabila masuk 10 akhir bulan Ramadhan baginda mengikat kainnya. Menghidupkan malam dengan beribadah dan membangunkan keluarganya untuk sama-sama beribadah. Mengikat kainnya bermaksud bersungguh-sungguh mengerjakan ibadah."
------------------------------->>>>>>>>>>>>>><<<<<<<<<<<<<<----------------------------------


Tanda-tanda Malam Lailatul Qadar

1.    Udara dan suasana pagi yang tenang

Ibnu Abbas R.A berkata: Rasulullah SAW bersabda:
“Lailatul qadar adalah malam tenteram dan tenang, tidak terlalu panas dan tidak pula terlalu dingin, esok paginya matahari terbit dengan sinar lemah berwarna merah” (Hadist hasan)

2.    Cahaya mentari lemah, cerah tidak terik pada keesokan harinya

Dari Ubay bin Ka’ab RA, Rasulullah SAW bersabda:
“Keesokan hari malam lailatul qadar matahari terbit hingga tinggi tanpa sinar ” (HR Muslim)

1. Di pagi harinya, matahari terbit tidak memancarkan cahaya yang terik, Rasulullah SAW bersabda:
Ertinya: “Matahari terbit pada harinya tidak mempunyai sinar”. Hadits riwayat Muslim, no. 1762.

2. Malam yang cerah, tidak panas tidak juga dingin, Rasulullah SAW bersabda:
Ertinya: “Sesungguhnya aku diperlihatkan lalilatul Qadar kemudian dilupakan dariku dan ia ada di sepuluh terakhir (dari bulan Ramadhan) dan ia adalah malam yang baik dan cerah, tidak panas dan tidak pula dingin, seakan-akan di dalamnya ada bulan purnama yang menerangi bintang-bintang, syaitan-syaitan tidak keluar sampai terbit fajar”. HR. Ibnu Khuzaimah, 3/330 dan dishahihkan oleh al-Albani di dalam shahih Ibnu Khuzaimah, 3/330.

Ertinya: “Lailatul Qadar tidak panas tidak juga dingin matahari pagi harinya bersinar lemah kemerah-merahan”. HR. Ibnu Khuzaimah, 3/332 dan dishahihkan oleh al-Albani di dalam Shahih al-Jami’, no. 5351.

3.    Malam yang terang, tidak panas, tidak sejuk, tidak ada awan, tidak hujan, tidak ada angin kencang dan tidak ada yang dilempar pada malam itu dengan bintang (lemparan meteor kepada syaitan)

, Rasulullah SAW bersabda:
Artinya: “Sesungguhnya tanda lailatul qadar bahwasanya adalah malam yang bersih cerah, seakan-akan di dalamnya bulan terang tenang, tidak panas tidak juga dingin, dan tidak boleh bintang dijatuhkan di dalamnya sampai pagi, dan sesungguhnya tandanya adalah matahari pagi harinya terbit sejajar tidak mempunyai sinar seperti bulan pada malam purnama dan tidak halal bagi syaitan untuk keluar bersamaan dengannya pada malam itu”. HR. Ahmad, no. 22765.
Hendaknya memperbanyak membaca doa pada Lailatul Qadar:







4.Orang yang beribadat pada malam tersebut merasakan lazatnya ibadah, ketenangan hati dan kenikmatan bermunajat kepada Allah tidak seperti malam-malam lainnya.

------------------------------->>>>>>>>>>>>>><<<<<<<<<<<<<<----------------------------------

Formula Malam Lailatul Qadar

Menurut Formula Malam Lailatul Qadar oleh Imam Ghazali
Jika Awal Ramadhan (1 Ramadhan) jatuh pada hari :
[1] Ahad @ Rabu – Malam Lailatul Qadar dijangka berlaku pada malam ke-29 Ramadhan;
[2] Isnin – Malam Lailatul Qadar dijangka berlaku pada malam ke-21 Ramadhan;
[3] Selasa @Jumaat – Malam Lailatul Qadar dijangka berlaku pada malam ke-27 Ramadhan;
[4] Khamis – Malam Lailatul Qadar dijangka berlaku pada malam ke-25
[5] Sabtu – Malam Lailatul Qadar dijangka berlaku pada malam ke-23


 ------------------------------->>>>>>>>>>>>>><<<<<<<<<<<<<<----------------------------------
Wallahua'lam Marilah kita merebut 10 malam terakhir ramadhan.. Sesungguhnya belum tentu ada untuk kita ramadhan yang akan datang...




No comments: